Wednesday, August 29, 2012

alhamdulilla rezeki ramadhan

 Alhamdulilla rezeki ramadhan yang lepas, ramai menempah cookies dan cokelat raya dr page saya Assa Chocolate, lebih 50 balang tempahan yang sempat disiapkan..Syukur ya allah, alhamdulila nasib baik ayah2 2Ai ni cuti musim panas, masa leh la siapkan tempahan di siang hari..;)
Kami sekadar memberi pilihan kepada kawan2 yang beraya di jepun ini..
Sebarang kekurangan, insyaALLAH kami cuba memperbaiki..
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada yang mempercayai kami..

 Gambar dari penempah Hokkaido..

Ni gambar pengeposan terakhir yang dibuat sebelum menjelang aidilfitri..

InsyaALLAH kami masih menjual dan menerima tempahan choc&cookies ini sepanjang tahun di bumi sakura ini selagi kami masih menetap di sini..Niat kami, sekadar memberi pilihan kepada semua di sini..
Terima kasih sekali lg..

Tart Gulung Nenas

Alhamdulilla di sini, nak kongsi resepi yang saya guna untuk buat tart gulung nenas..resepi yg agak mudah dan alhamdulilla sedapp..saya sangat suka..terima kasih kak liza..tu sifu tu, dulu awal2 tk pandai masak, tak pandai buat biskut, slalu tgk blog die dan belajar buat..alhamdulilla sgt membantu..:) 

Sumber : Kak Liza ( Hanieliza)

Bahan :
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek ** saya suka tambah serbuk kulit kayu manis sikit**
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara :
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, July 06, 2012

Kebun Kecil

 Mula sahaja april hari tu dah mula menanam serba sikit, terutama tomato..tahun ni tanam 4 pokok tomato, saje suka tengok anak2 suka petik tomato ni..
Aina dan Aida memang giler mini tomato..mungkin sebab tomato kat jepun ni manis2 kot..hari2 la kena ade tomato..so  setiap minggu kena beli tomato..kalau masa mahal tu, catu la sikit tomato tu utk budak2 tu, sian tapi ibu ayah tak larat nak nak beli tomato je..tp yg best ye jika depa cam kurang je selera nak mkn, umpan je lah tomato..insyaALLAH tb2 selera 2Ai tu makan..Alhamdulilla..
Sekarang tomato ni sedang masak ranum..hari2 anak2 akan minta kuar gi petik tomato. Aina ok pandai dah petik yg masak je, aida bg die petik 2 biji je dlu, pastu suruh duduk tepi pegang tomato, jika tidak, selamat hijau2 tomato tu aida petik..

 Bila duduk jepun ni, baru la nak menghargai sayur2 msia yg takde dan agak susah nak cari.
Laksa adalah kesukaanku..hihi..kalau tkde kesum tak jadi la..bunga kantan tu mmg tkde tkpe..
Alhamdulila tahun lepas bile pindah Osaka, ade adik yokodai (yokohama univ) tolong pos kesum ni..asalye kami beli kesum ni kt Sonandai, dan belikan juga utk geng2 yokohama, kak ita dan adnin..alhamdulilla rajin ye mereka tanam...menjadi pulak tu, rimbun sekali..cuma skrg tak tau la, kak ita dah pindah, tinggal adik2 kt situ..tak pasti keadaan kesum di sana..
Masa winter tu ingatkan kesum ni mati dah, sbb daun2 semua dah perang/kuning..tp tkpela abaikan saje, mmg terbiar je die kesejukan diluar.Tapi alhamdulilla mula je musim bunga, sikit2 tukar kaler hijau..
Masa cuti golden week tu gi Fukuoka 1 minggu, balik dari sana, sangat terkejut, kesum sgt menghijau dgn banyak ye..ape lg, gunting2 frozen..buat stok..syukur alhamdulilla. 
Tahun lepas jauh merantau kesum2 ni ke famili sini..byk jasa ye.alhamdulilla..kesum2 saper nak kesum..hr tu masa BBQ lupa pulak nak bawekan kesum ni utk geng2 sini, tkpe insyaALLAH next time jumpa leh bawe :)

 Daun kari ni dari msia..winter lepas, MIL ade bawa, try tanam dlm cawan..keadaannya sama, mmg terbantut je masa sejuk tu..sekarang alhamdulilla menhijau..moga dpt bertahan untuk winter kali ni..
 

Serai oo serai...suka tanam serai..alhamdulilla serai pun boleh survive masa winter walaupun dah cokelat jd lalang, tp alhamdulilla hijau semula..cuma walaupun ada tanam serai, tak pernah lg dapat guna hasil ye..hihi..

 Sebelum ni mmg slalu cari benih kunyit kt Conan Home Center, tapi takde..Alhamdulilla tahun ni, april hr tu banyak sangat jual..ada 3 jenis, warna kuning/orange cam kite punya tu, warna kuning cair dan dan putih..
Bulan april hari, kami beli yang warna kuning/oren..tanam punya la tanam, 2 bulan lebih pun tk kuar ape2 tunas..korek2 pun tgk tk kuar ape2 tunas, tp tanam je lah balik..
dan alhamdulilla masa round2 nak beli tanah lagi bulan lepas, jumpa 3 paket kunyit yg dijual separuh harga..kunyit2 tu dah kelihatan kering dan bertunas sikit..
Ape lagi sambar la 2 paket, 1 jenis kuing cair, 1 lagi jenis putih. Yang macam kunng/oren tu tkde..
Alhamdulilla pas sebulan, naik tunas2 hijau tu, tu skrg tengah menghijau..cuma ade 2 versi tanam, daun pun ada 2 versi, lebar2 dan kecik2.Tapi tak tau maner satu dr baka yg mane..tkpela janji dpat daun kunyit..Gunting2 dan frozen..boleh la menrendang raya ni.Alhamdulilla..

Selain pokok2 ni, ada tanam sayur lain gak, edamame, buncis, cili api, piman..cuma tahun ni pokok2 cili api tu kena serang ulat..skrg cam nak mati dah..tkde rezeki la nak memetik cili api segar tahun ni..
Arap2 pokok2 ni boleh juga bertahan masa winter ni spt tahun lepas..Aina suka cakap ngan pokok2 ni.."nanti hidup tau" hihi..ni dgr ibu die cakap la tu..:)

Ohh laksa..ok layan gambar laksa simple yang selalu saya buat :)
Okla nak masak ..nanti sambung lagi :)

Wednesday, July 04, 2012

BBQ at Osaka & Kyoto

 Sekarang cuaca dah mula panas di Osaka ni walaupun musim hujan. Panas2 ni buat BBQ, mandi manda memang best!!.
Bulan lepas 23 june 2012, ada buat BBQ ngan geng2 osaka dan kyoto di Hattori Park, Osaka.
Kat osaka ni maner la nak cr sungai kan..so lepak2 berBBQ kat park sahaja.
Ramai juga yang tak dapat join BBQ di Osaka nih, tetapi kami tetap buat juga sebab dah banyak kali tertangguh sbb hujan..
 Sebagai penganjur, kami datang awal untuk book tempat. Alhamdulilla anak2 pun tak meragam pagi tu, bile dah  tengahari je meragam nak tido..:) 
Famili2 je yang join di Osaka ni, tambah meramaikan trainer dr Panasonic
 Datang awal book tempat dulu :)
 
 Antara makanan yang ada...Sodap2 :p
 Dalam 4petang, kami balik dah, mmg sgt penat ;p tapi best..Alhamdulilla..

Seminggu kemudian, 30 june 2012, kami join BBQ yang dianjurkan oleh adik2 myKytoto.
Dapat kenai kenalan baru Mykyoto, jumpa murni/joe yg dah lama tak jumpa2..:)
Cuaca agak mendung, dan angin ye sejukkk..tp kami berrendam jugakk. Dan petang tu hujan, tapi alhamdulilla sempat kami kemas2 semua dan singgah rumah Radhi/Naza.
Gelagat aina dan aida main kat gigi air sungai ni..airye sejukkk sekali..
cam teringin nak gi je lagi bila dah panas2 sikit, tp puasa lak tu..hhi :P
Terima kasih pada adik2 myKyoto..:)

Monday, July 02, 2012

Almond London


Alhamdulilla, rasa free sikit petang ni, nak kongsi resepi almond london..Aisha guna resepi dr Kak Ita @ Masam Manis..Alhamdulilla memang sedap..maner yang berpeluang nak buat biskut2 raya tu, leh la mencuba ye. Nampak almond london ni, teringin pulak nak makan ptg2 ni..;)

 ALMOND LONDON
sumber asal : kak azlita@masam manis

Anggaran dalam 120  biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.

Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing-masing.


alhamdulilla


Alhamdulilla, sekarang Assa Chocolate dah ada logo..fanpage ni saja suka2, sekadar memberi pilihan kepada kawan2 di Jepun untuk mendapatkan Cokelat dan cookie halal.
Memandangkan raya yang bakal memjelang, alhamdulilla, kami menyediakan sedikit pilihan biskut dan cokelat raya..Ramai sangat2 rakyat malaysia di Jepun ni balik beraya di Malaysia tahun ni, memandangkan cuti raya jatuh pada Summer Holiday, so syokk ler balik berpuasa dan beraya di Malaysia..Kami? kami beraya di perantauan juga nampaknya..

 Antara pilihan biskut raya yang kami sediakan almond london, cruncy chocolate chip, corn flakes madu, tart nenas gulung, mazola, mini oreo chocolate etc..hihi..buat2 biskut raya ni, laju je kami 1 famili makan..bahaya2..tp tulah dah buat, saper lg nk mkn kan..:)
So saper2 yang beraya di Jepun, teringin nak mkn biskut raya? meh meh leh order meh :)

Ok ni pulak cerita yang dah basi..bulan lepas, kami menerima tempahan Bentou dari Halal Tour di osaka ni..
Alhamdulilla first time masak byk2 ni..dalam 17bungkus, mula2 sgt la risau, camner nak masak ngan anak2 kecik tu lg, tp alhamdulilla ALLAH swt mempermudahkan urusan kami..syukur sgt, dapat menyediakan makanan halal untuk tourist muslim yang datang ke Osaka ini selama 5hari..
Untuk 5hari tu, antara menu yang ditempah ialah nasi beriani+mutton masala, nasi ayam madu, nasi+udang masak lemak+salmon, nasi lemak+ayam rempah, nasi+ikan asam pedas dan nasi tomato..
Penat mmg penat sgt, tp alhamdulila syukur dapat peluang begini..
terima kasih yang tak terhingga pada yg abang yang sentiasa memberi sokongan dan galakan..
Terima kasih pd kak mali yang memberi peluang kpd saya untuk menyediakan bentou ini..

Nasi Tomato Set

Assalammualaikum wbt semua..lama ye tk bukak blogku ini..tkpela, update bile2 free..
Ok sahabatku naza..ni la resepi yang sya gunakan..nasib baik cr2 resepi asal ni jumpa..hihi..terima kasih pada kak umi utk resepi nasi tomato dan ayam masak merah yg sedap ini dan norren@MyR untuk dalca daging..:)

NASI TOMATO HOME SWEET HOME
Resepi asal: Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 1/2 cawan beras basmathi Moghul Faiza - basuh dan rendam 15 minit. Toskan.
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu sejat Ideal
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 4 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 4 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang (akak x letak kali ni)
  • bawang goreng secukupnya (akak x buatpun..hehe)
Bahan Tumis:-
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 7 biji bawang merah - dimayang nipis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
  3. Masukkan beras basmathi dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
  4. Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik tersebut dan alihkan untuk masak seperti biasa).
  6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah. SELAMAT MENCUBA!!
AYAM MERAH TOMATO
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
Bahan Kisar :-
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis :-
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.
DALCA DAGING
Resepi asal : Norren@myR
Bahan-bahan

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam
Bahan tumisan:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2.Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari.
3.Goreng hingga garing.
4.Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

Wednesday, April 11, 2012

AssA Chocolate


Sesungguhnya rezeki itu semuanya dari Allah swt. Kita hanya berusaha, dan yang menentukan untung atau tidak, hanya Allah swt. Sebenarnya, tidak terniat la nak bisnes2 cokelat di bumi sakura ni, tetapi galakan dari kawan2, terhasil la Assa Chocolate ni. Cokelat ini sesuai dijadikan hadiah harijadi, anniversary, graduasi atau nak makan sendiri jelah..tu kami la tu, buat2 kami sendiri yg mkn..hihi..;p

Sebenarnya baru je belajar sikit2 dari kakak ipar, so sajela suka2 nak jual cokelat kat Japan ni..Tidak la semudah yang disangka, ngan aina aida yang masih kecil, sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Apa2 pun, anak2 lebih diberikan keutamaan. Tetapi seronot gak buat cokelat comey2 ni, cuma market kat Japan ni susah sikit la, tp tkpela ayah 2Ai ni kate suka2 je buat bisnes kecik2 dr rumah..

Terima kasih sangat pada kak ita dari Simple Homemade Cake, banyak beri galakan dan tunjuk ajar..mmg salute la kat kak ita tu, comey2 bangat seh cake2 die buat, dan mmg sodapppp laa..yummyy

Sebenar ye baru je siapkan satu tempahan tadi, so duduk rehat jap, tengok gambar, takpela post la sikit kt blog ni, so kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diambil. Sebenarnya kalau kat Msia, cokelat2 ni dah famous dah..macam2 ada..;p




Mini Oreo Chocolate
Sekarang tengah kumpul2 mould yang comey2..saje buat koleksi, kat sini beli yang silicon ye, sbb tahan panas kan, alhamdulilla sangat puas hati..so klu buat pudding pun senang jelah curah je dalam silicon mould ni, anak2 pun suka mkn comey2..



Ada lain2 koleksi, tapi tak sempat nak snap lg..insyaALLAH esok la try snap :)

Maka ini la bisnes kecil2 ibu 2Ai ni sekarang, sebenar ye memang ada buat bisnes online je, jual brg2 dapur online, dan ayah 2Ai jual barang2 kereta online...dan alhamdulilla, memang ada permintaaan dari Msia. So far, bila ada orang order baru kami beli dan pos..dan hot item yang selalu orang order dari Assa Kitchen ibu 2Ai ni ialah takoyaki pan..alhamdulilla..rezeki dari Allah swt..okla dah lewat ni, apa da melalut malam2 ni, ok la nite...

Sakura 2012


Alhamdulilla, tahun ini dapatla bergambar2 dan menikmati keindahan sakura di bumi matahari terbit ni. Tahun lepas, sibuk ngan tsunami, pindah ke osaka, so tkde la bergambar2 sangat ngan sakura..
Seminggu sebelum ni semua orang dalam rumah ni tidak sihat. Ingatkan tak sempat la nak picnic di bawah pohon sakura, tetapi kami pergi juga walaupun sampai lambat ke Hanami Mykyoto, sebab jenuh mencari parking yang semestiye penuh( tulah lewat sgt sampai ye) ini sebab tak rancang nak join Hanami, tetapi alhamdulilla dapatla berjumpa ngan kawan2 dan adik2 warga Kyoto.
Kali ni adik2 ni buat kat Uji-gawa, Kyoto..



Kawasan rumah pun cantik jugak sakura yang mekar2 ni..tahun lepas cam tak perasan sangat, yelah masa tu sibuk2 pindah, tak sempat nak jalan2 tgk sakura...minggu ni kebetulan ayah ye dah tak boleh OT, panasonic mengalami kerugian, so semua pekerja di arah balik awal..So ptg2 dapat la kami tunggu dan jalan2 di tepi sungai..


Aina dan Aida yang baru lepas baik demam..alhamdulilla..:)

Cherry Blossom, close up sikit :)
InsyaALLAH minggu ni leh join Hanami Aadik MSAJ kansai buat kat Osaka je..:)

Friday, March 30, 2012

Aina mengenal Al-Quran

Di sini, saya ingin kongsikan video2 aina menghafaz surah2 pendek. Ini sekadar menjadi motivasi kepada ibu untuk terus istiqamah dalam mendidik anak2 ibu. Terlalu ramai lagi di luar sana yang lebih sempurna, apatah lagi kekurangan kami sebagai ibu ayah dalam mendidik anak2 kami ini. Kadang2 selalu berpikir, ya ALLAh mampukah daku untuk mendidik anak2 anugerahMu ini tentang agamaMu, amanahMu, perintahMu, sedangkan diriku serba kekurangan. Selalu berpesan dihati untuk cuba mendidik yang terbaik untuk anak2 amanah Allah swt, walaupun diri ini serba kekurangan..kdg2 terlalu banyak yang ibu tak tau, tak dapat nak ajar kepada anak2 ibu..tak tau belajar!! yes, that's right..mencuba yang terbaik..insyaALLAH..

Lebih kurang setahun yang lalu, masa tu dah pindah Osaka, ayah 2Ai ni ada terbuka satu blog ni, iaitu blog darwishndarwisya ni,dan ibu pun terbaca. Alhamdulilla Allah swt ketemukan kami ngan blog puan lina. Maka dari situ, terbuka hati ingin mendidik aina untuk menghafaz serba sedikit surah2 pendek ( surah lazim). Pada awalnya, terpikir di hati, mampukah Aina lakukan, sedangkan Aina dah dekat 3 tahun masa tu, tapi better late than never..atau mampukah ibu aina lakukan, sedangkan ibu aina sendiri tak hafal sangat..:( malu pada diri sendiri..kemudian, terdengar seorang kawan ni membaca doa2 harian spt doa bgn tido untuk anak2 ye, masa tu terpikir, Ya allah kenapa la aku begitu lalai dgn semua ini ya ALLAH. Terima kasih ya ALLAh, Engkau telah memberikan petunjuk dalam mendidik anak2 anugerahMu ini..Maka, saya berazam untuk mengajar anak2 serba sedikit, biarla hanya kekurangan itu pada diri saya, tetapi saya cuba baiki demi zuriat yang saya ada..insyaALLAH...biarla sikit2, asalkan ada pengisian dalam diri anak2 kami ini.

Saya mulakan ngan surah2 yang dah biasa aina dengar dari dia kecik iaitu al-fatihah..surah al-fatihah, 3 qul dan ayah qursi selalu kami bace bersama2 sebelum tido, maka saya terpikir mungkin lebih mudah untuk aina terima..Tetapi tak semudah yang dijangka, kesabaran dan konsisten sgt2 diperlukan untuk mendidik anak2 kecil ini. Pada awal ye, ye mmg agak sukar, sbb aina taknak cuba baca. yelah takkanla nak terus hafalkan. so saya membacakan surah alfatihah itu di depan aina byk kali setiap kali pas solat magbrib. Lama-kelamaan aina mula ikut hujung2 surah itu..Hinggala pada suatu hari, hati ibu ini tersangat terharu,syukur padaMu Ya Allah, setelah berusaha dan bersama2 membaca alfatihah dengan aina, akhirnya Aina boleh membaca al-fatihah dgn sendiri..Ya ALLAH, sungguh bersih hati anak2 kecik ini..Doa ibu pada Aina dan Aida, semoga anak2 ibu sentiasa diredhai ALLAh swt untuk terus mencintai Alquran dan mengamalkanye..

Di sini, ibu ingin kongsikan video2 aina shafeeyah menghafal surah2 pendek..Ni dah sebulan aina tak menghafal surah2 baru...Bukan setiap hari Aina menghafal, tetapi ini hanya mengisi masa lapang Aina, Aina bukan bersekolah spt kanak2 lain, masa aina hanya di rumah , main, tv, main , tv..yes, tv bukan ye baik sangat, maka perlu lebih kreatif dalam mengisi masa anak2 ini dengan aktiviti yang lebi berfaedah dan membina minda :)

Sekarang aina cuba hafal surah al-qariah. dan lebih sebulan, kami cuba menghafal bersama2. mungkin ibu sendiri pun tak hafal. Ye itu kekurangan ibu, bile kite ibu dah hafal, maka lebih mudah Anak2 nak ikut, ni kite sendiri pun tak hafal, nak harap aina hafal..adussss..Aduh, terasa sangat kekurangan diri..tiba2 mlm ni, bile tgk video2 aian menghafal ni, ya ALLAh lama ye ibu tak duduk mengaji bersama2 aina..insyaALLAH ibu cuba sayang ibu utk terus istiqamah dalam mendidik anak2 ibu..Ya allah, berikanla kekuatan kepada diri hambaMu ini dalam mendidik anak2 anugerahMu menjadi hambaMu yang solehah..aminn









Semoga dirimu Aina Shafeeyah terus mencintai Al Quran kalam Allah swt ini sepenuh jiwamu dan mengamalkannya..InsyaALLAH..




Friday, March 23, 2012

Wajah Baru..:)

Bismillahirahmanirahim...

Sudah lama tidak berblog, tidak blog walking...tiba2 terasa nak aktif blog semula..dulu pun bukan la aktif sangat, sekadar mengisi masa sendiri dan mencoretkan cerita2 untuk dijadikan kenangan hari esok..insyaALLAH.

Salam kembali kepada semua kawan2..sudah dekat 1tahun kami berhijrah dari Yokohama ke Osaka. Alhamdulilla sudah dapat menyesuaikan diri..walaupun pada hakikat ye amat merindui Yokohama dan kawan2 di sana. Sesungguh Allah swt tu lebih mengetahui dan memberikan yang terbaik untuk hamba2Nya..insyaALLAH..

Kantou dan Kansai, rasa ye banyak perbezaan, tetapi insyaALLAH lama-lama kami sudah biasa dengan keadaan di sini.. Dan kami pun bukan ye nak tinggal lama di bumi matahari terbit ni. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..

Sekarang dah nak masuk musim bunga..kalau dadulu setiap kali nak masuk musim bunga, mesti rase tak sabar nak mengakhiri musim sejuk, tetapi sekarang...hohoho..sejak ade pollen allergic ni, rase tak larat nak hadapi musim bunga lama2 kat jepun ni..siang malam tak selesa..Apabila Allah swt telah menarik suatu nikmat yang diberikanNya, baru la rasa rugi ye ..Sentiasa la bersyukur di atas segala nikmat yang ALLAH berikan kepada kita di waktu senang dan susah..Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri..insyaALLAH..

Ok, rasa nya sampai di sini dahulu, setelah penat membuang segala sawang2 sini, coretkan sedikit cerita, dan saya akhiri coretan saya..:)

Tuesday, June 28, 2011

Adik Darwisya dan Darwish

Apabila menjumpai blog Puan Lina ini dan melihat sepasang anak puan Lina ini, terasa kagum dengan kehebatan mereka ini dan lebih kagum sebenarnya kepada Ibubapa kepada budak ini iaitu Puan Lina kerana berjaya mendidik anaknya untuk membaca dan menghafal al-quran pada usia semuda ini.

Menurut puan lina, tiada apa lebih atau peliknya kepada anak mereka kerana semua anak-anak mampu melakukannya janji diasuh,jaga pemakanan dan teknik mengajar yang betul.

Teknik Puan Lina, ibu kepada Darwisya dan Darwish ini :

  • Mengamalkan surah2 dan ayat2 Al-quran semasa mengandung
  • Mendedahkan Darwisya dengan VCD al-furqan seawal bayi
  • Pada setiap pagi, anak-anak beliau akan diperdengarkan dahulu dengan ayat-ayat suci Al-Quran
  • Mengambil masa 30 minit – 1 jam untuk mengajar anak-anak membaca al-quran pada waktu malam menggunakan kaedah Iqra’
  • Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.
  • dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.
  • Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, Mazlina selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.
  • Puan Lina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran

Antara makanan tambahan yang diberikan kepada anak-anaknya :

  • kacang badam
  • Kismis
  • Kurma
  • Madu
  • habbatus sauda
  • buah zaitun
  • Air yang dibaca dengan surah Taha
Pada 26 Jun 2011, Darwish beserta kakaknya telah membacakan hafazannya di depan ribuan orang sempena Majlis Ulangtahun Pusat Pendidikan Al Barakah yang ke-5, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Perak sendiri - dari blog puan lina
- boleh rujuk fb ustaz kazim juga untuk melihat gambar terbaru mereka..


Kesimpulannya, ibubapa yang perlu mendidik dengan cara yang betul...yes, ibubapa..semoga masih belum terlewat untuk ibu 2Ai ini memdidik 2Ai menjadi anak2 yang solehah, beriman dan bertakwa..InsyaALLAH..

"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
.

Tuesday, June 21, 2011

Aida 7bulan

Alhamdulilla Aida dah 7bulan..2 minggu lepas 2 batang gigi bawah Aida dah kuar dah. Memang sedap la kena gigit ngan die. Sekarang pun asyik nak berdiri je sana sini, kat meja la , kat sofa la.. Ibu tak risau sangat kalau Aida sorang2 berdiri tu, just mantau dan letak bantal keliling gitu. Tapi Ibu duk risau kalau Kakak Aina ada sekali. Aduh semalam je dah 3 kali Aida kena tolak ngan Kakak Aina..tolak sikit tkpe, tp klu tolak sampai terlentang kt lantai dan aida legat nangis..aduhaii..Nak marah Aina? marah tu mmg marah, selepas pujuk tak jalan..Tapi ibu sedih la, satu sebab Aida jatuh,kedua sbb Aina kena marah ngan ibu nanti..pastu nnti ibu bebel2 marahkan aina...
Tp kali ke3 Aina tolak Aida, spontan ibu jerit marah Aina dan sempat tangan ibu ni naik kat kaki Aina, tapi Aina diam je, mungkin terkejut kot.ibu la pulak nangis sedih..then Aina pun nangis terus peluk ibu...aduhh..ape la ibu Aina ni..fuh fuhh sabarrrr... ;) budak2 je tu..;p
Baru je abis dinner masa tu, angkat pinggan nak letak kt dapur, bru je sampai sink, dungg..tgk aida dah legat nangis terlentang kt lantai..tkleh tinggal sgt 2Ai ni..tp yg bagus tu bile tanye aina, saper buat adik ni.."Aina tolak adik" huhu..ngaku tu..;p

Ibu suka adik Aida ni suka makan. So far sejak perkenalkan 'solid food' kepada Aida, alhamdulilla, Aida mudah je terima. Syukur berbeza la sangat2 klu nak dibandingkan ngan kakak Aina dulu. Kesan ye sampai ke hari ni agak liat nak makan.. Maka mudah la sikit kerja ibu bile masak makanan untuk Aida ni..takdela buhsan atau risau Aida tak makan..Alhamdulilla. :)

Dan Ibu syukur sangat Adik Aida boleh duduk dahulu selepas menyarap, kemudian, mengesot2, dan berlutut dan berdiri..Sekarang dah boleh merangkak sikit2..Kalau nak dibanding ngan si kakak Aina ye, dekat 10 bulan bru nak duduk, sbb ye duk berdiri dan meniti pegang sofa dlu..

Opss entry atas ni type sminggu lepas..aduh asyik entry duk myorok je skrg..ni nak abiskan juga..skrang adik aida dah makin laju la merangkak..makin luarla die pergi, terutama duk kaco kakak die. Tapi sian je kat adik, slalu kena ketuk ngan kakak die...biasala tu kan adikberadik..hihi..kdg2 gaduh, kdg2 sayang..:D

Friday, June 17, 2011

Bersiaran dari Osaka


Hai lama sungguh daku meninggalkan dunia blog..nak jalan2 blog org pun malas..ape kess?? ntah la semenjak sampai Jepun akhir Januari busy ngan rumah..tb2 kena pindah Osaka, pastu kalut ngan tsunami dan gempa, tp tetap kena kemas2 rumah pindah Osaka gak..sgt sedih tau dan sekarang walaupun dah masuk 4 bulan kat Osaka ni, masih rindukan yokohama dan semua kawan2. Duduk Osaka ni terasa sgt sunyi. Nasib baik ade 2Ai tu..alhamdulilla...

Sejak pindah Osaka pulak, sebulan tu tkde internet la kan..pastu busy sgt ngan family dr msia datang..pastu busy ngan anak2, asyik separuh jalan je nk update blog nih...last2 terus tinggai gitu je..ade ke patut...;p tkpela ibu 2Ai bukan seorang yang aktif blog pung..sekadarr mengisi masa lapang..lani takde dah masa lapangg..haha..emm kdg2 terasa sgt penatt melayan pertama hati 2Ai tu..kdg2 tu mmg termenangis jugak bile rase sgt penat dan tak cukup rehat tu, kdg2 rase tak mampu dan tkde masa utk diri sndiri..tp tkpela anak2 adalah anugerah ALLAH swt yang paling berharga sekali dalam hidup kami dan setiap anak mempunyai perangai yang berbeza2, anak2 kita mungkin tak sama mcm anak2 org lain...dan 2Ai ni la yang menjadi teman penghibur duka lara yang setia daku setiap saat..:D dan ini adalah pesanan utk diri sendiri yang hanya seorang surirumah sepenuh masa untuk terus sabar, tabah, sihat, kuat dalam membesar, mendidik etc anak2 sehingga menjadi seorang anak yang solehah, beriman dan bertakwa di dunia dan akhirat..insyaALLAh amin..

Adik Aida dah nak masuk 7 bulan..pendek kate Aida dah menyarap ( ni masa nenek die dtg hr tu), dan mengesot ke depan, dah duduk, dan mula berdiri ke meja dan sofa..sangat terkejut sbb lum pun 7 bulan. dan sgt la risau, sbb slalu la sgt si Aida ni tergolek sana sini kena tolakla, tampar la, kena pijak la, gigit la dan mcm2 lagi ngan kakak die tu..Si kakak tu sgt geram dan jeles ngan si adik nih..dlm sayang2 mesti ade la die buat. Terjerit2 la nanti si Adik ni..tkpela adik beradik, umur agak rapat pulak. Moga2 takdela berlaku ape2 kemalangan yg berbahaya..Maka, mmg jarang dpt tinggalkan mereka berdua ni, kena la sentiasa pantau..tp dlm pantau2 tu cepat sungguh tangan kakak ni ..huhu..sabo jelah ;p

Ni gambar terbaru adik Aida ngan tudung kakak ye. Pagi ni duk main2 tudung atas katil.
Aina : adikkkk...hahahahahaha

Aina : mmmuahh..
pastu adik kena tolak..;p
tapi bile tgk gambar tu..sangat cumell..suka tgk kalau kakak ni sayang adik..sayu je hati ibu 2Ai..tp klu si kakak ni geram ngan jeles ngan si adik..adoiii, rase mcm terhenti2 jantung ibu 2Ai ni..klu tgh solat tu lg la..ntah baper byk kali duk terhenti..huhu

Ni aksi adik Aida bulan lepas kot..banyak je abik gambar tp semua terkubuu je dlm camera tu..;p

Kakak Aina pun sekarang dah 2tahun 9bulan..alhamdulilla. Walaupun Aina sgt memilih makanan dr kecik, tp skrg alhamdulilla okla sikit mknnya.. lebih2 kalau benda yg die suka tu. Tapi sgt susah nak ajar Aina rase makanan baru..Oh ye, aina dah leh makan ice cream!! sebelum ni mmg die ni tak mkn ice cream. Puas la duk ajar, kat msia pun die pegang je ice cream tu..rase je sejuk terus taknak..sekarang dah boleh mkn, dan asyik minta ice cream je pulak tu..tp nak ice cream coklat je..hihi..Aina mmg suka coklat cam ibu ayah die, tp Aina takleh mkn sgt..sikit je mkn dah sembelit teruk..kdg2 darah..klu pantangkan benda2 yg coklat, alhamdulilla dah okla die membuang tu, tkdela nangis2 cam dulu..last weeknd saje duk bagi coklat adalah 2 ketul je, tp sembelit 5 hr tak membuang dan nangis2 duk menerannn..adoii nakk, kamu mmg tkleh mkn coklat..tp sian sgt bile die minta nk coklatt..takpela skali skala tu boleh la ye Aina..

Ok sampai sini dlu ye.nnti sambung..:)

Monday, February 28, 2011

Kena Pindah Osaka

Assalammualaikum wbt..

Ye kami kena pindah Osaka..1 April ayah 2Ai ni dah kena mula keje di Osaka. Sebulan je lagi kan. Macam2 berlegar dalam kepala ni. Nak kena tinggalkan Kantou, nak kena duduk Kansai pulak dengan suasana baru, rumah baru, kawan2 baru..semua ye baru..Agak kelam kabut juga bile nenek dan Makcu 2Ai ni nak sampai 24 April ni. takpela, jom kite gi Osaka ye ibu.
Rase sedih nak tinggalkan Yokohama, banyak sgt kenangan kat sini..
dr Oktober 2006- Mac 2011.

20Ogos 2006 dulu, kami sampai di Osaka, saya duduk di Kyoto untk 2 bulan dan en Suami training di Osaka. 6 Oktober 2006 kami pindah ke Yokohama, masa tu bulan posa, berdua je, masuk rumah ngan ape2 pun tiada, tido malam atas tatami gitu je (ini kes tilam yg dipos tak sampai2), makan untuk sahur dan berbuka pun biskut2 je..berhujan2 kuar naik bas cr kedai, beli barang peti ais, washing machine, dapur dll semua skali kt yodobashi ..fuh..hutang la kan..masa tu tak tau hardoff ka ape ka..dah takde ape2 kat rumah , tambah bulan posa masa tu.. dan masa tu tak kenai sape2 pun kat yokohama ni..nasib baik kami berdua je time tu..sejuk sikit time tu..emm susah oo..siapa kate duduk oversea ni senang..macam2 susah kami lalui..takpe2 susah senang semua tu ade banyak hikmah ye...serius berbulan2 kami tak kenai sape2 org msia shingga la 31 dec2006, kami jumpa family kak maz dan abg khamidun dalam densha, then jumpa kAyinDin, IdaNuar, dll..lama2 seronot je ramai org msia..dan skrg kami perlu pindah ke Osaka..Mungkin ni permulaan saya sampai di jepun dulu..dan insyaALLAH 2013 kami balik ke msia for good..Kami hanya merancang, ALLAH swt yang menentukan segalaNYa...yosh ganbarimasu..:):) Kemas2...

ops Sakit, yes sakit kami tak hilang lagi..Ayaah 2Ai ni dah selamat sampai di Jepun pkul 1pg ahad..hihi..lewat kan, kami pun dah tido..Sabtu tu kami ye pollen allergic ni makin teruk la. dan Aina pun sama..Malam tido meleleh hingus ni kuar cam air paip( tipula air paip tu kan ;p) tp meleleh2 la..wah dah la terpaksa bernafas ikut mulut kan..amat seksa..mata, telinga, hidung semua gatal2 okay..sgt seksa, kite seksa, tgk aina tu lagi la seksa..nangis je..petang ni tak kira kena gi Klinik abik ubat..sian kat aina tu.ibu 2Ai nak makan sebarangan ubat, tkleh la sgt, sbb myusukan adik Aida..tkpe, kang ayag 2Ai ni balik 430, gi klinik kejap..cepatla sihat, sgt tak larat dah ni, sakit dada, sakit kepala..nak makan pun takde selera, dah bernafas ikut mulut kan..
Semoga kami cepat2 sihat, kuat dan nak kena mula mengemas ni.fuhhh..byk ye barang2...Doakan kami ye..ok papai..

Friday, February 25, 2011

5 hari hampir tamat ;)

Apakah maksud ye itu? Esok malam, insyaAllah ayah 2Ai ni sampai jepun semula. Doa semuanya selamat. Selama 5 hari ini terasa masa berlalu tersangat la lambat.Terasa kosong je hari2 dilalui. Tidur malam pun tak lena, makan takde selera (ini sebab demam..hihi)..Amboi jiwang la pulak dah..ape salah ye pung..tp serius..saper pernah lalui, paham2 jelah ye :);p

Isk ni baru 5 hari, yg awak tu dekat 5bulan kt Malaysia tu tak lama ker? emm amat la berbeza..walaupun jauh malaysia japan tapi hari2 duk dengar suara, sms, dengar kabar..Ape ni? hohoho..tadi tengahari dapat dengar suara, walaupun kejap , semua okay, alhamdulilla..makan je susah kt Shanghai, China tu..takpela nanti balik jepun leh qada makan semua ye ;p


Sempat pulak taip n3? yelah Aina bru tido, ni adik Aida tak tidur lagi. Tapi bising je ni. Awal pulak Aina tido malam ni, selalu die yang lewat, siap bergaduh2 tiap2 malam..mungkin sebab Aina demam sikit. Ibu mereka ni pun demam. Em allergic to pollen. Sekarang dah nak masuk musim bunga, maka debunga2 sedang berterbangan. Angin pun sangat la kuat hr ni..Ape lagi, makin menjadi2la kegatalan hidung, mata, tekak..hidung tersumbat, bersin je manjang..Tak suka ye, rimas sangat..tapi ape nak buat dah ibu ni memang jenis alahan..antibodi lemah..bertahan jelah, tp tersangatla seksa..Dan petang ni Aina dah demam sikit, bersin, mata merah, hidung berair je, gosok2 mata ngan hidung..adakah Aina pun alahan jugak???
tapi nampak gaya ye gitu la..takde selera makan dah, asyik nak muntah, duk kate gatal kt leher..emm tekak gatal la tu macam ibu..aduhai kite rase seksa, ni budak 2 tahun cam Aina, lagi la kan..sian gak tengok..Arap2 Aina cepat2 sembuh ye..Ibu pun panas je badan ni, dan sakit kepala..aduh tak suka ye keadaan gini, buat ape pun rase tak selesa..takpela redha jelah...taknak allergic debunga ni pi balik Malaysia..kehkehkeh ;p

em okay gak tu..hahaha ;p

Wednesday, February 23, 2011

Aida - 3months

Aida Shadeeyah dah pun 3 bulan pada ahad lepas. Kejap je masa berlalu, adik Aida dah pandai kuarkan suara kalau ibu, ayah dan kakak Aina panggil sambil senyum-senyum. Kaki adik pun makin ligat tendang2..Kakak Aina suka la sangat usik adik Aida ni, picit-picit tarik-tarik kaki tangan adik sampai adik nangis kuat2, datang jerit kuat2 kt adik bile adik tidur sampai adik terkejut terjaga dan nangis2..Aina selalu kena marah ngan ayah. Biasa la, umur cam Aina masih muda lagi untuk mengerti, selalu cakap Adik sakit kalau Aina buat gitu..lagi la dia suka..kalau ayah marah, aina terus nangis2..semua paham-paham la ye kalau cik Aina ni nangis macam maner..Kalau ibu kata, ibu sad tau Aina buat adik, ibu sedih tengok adik sakit, adik nangis, Aina tak sayang adik ker? Nanti Auntie Ida ambik adik ye..(sambil buat muka sedih)...Aina terus nangis peluk ibu, kemudian peluk adik...sayang jugak kamu kat adik ye, abis naper selalu picit-picit adik..hihi..budak-budak lagi la, maner la tau...;p

Sekali pandang macam Aina masa kecik2..tapi lain la..;p
Ni gambar Aida tidur...
Ni pulak masa Aida dah buka mata..rambut lebat dan hitam berbanding ngan Aina ..tak caya, cuba tgk gambar aina kt bawah tu..
Bawah ni gambar Aina masa 3 bulan..lain kan..maner sama..hihi..
semoga membesar dengan sihat anak2 ibu ayah ni..Minggu ni suram je rasa, walaupun cuaca cantik je kat luar tu..bukan apa, ayah 2Ai ni takde..gi China, tu yang terasa sangat sunyi..nasib baik la sibuk ngan 2Ai ni, tp tido malam pun asyik terjaga-jaga je..Selalu nyenyak je hingga ke subuh. Malam tadi asyik jaga, tengok bru pukul 1, tengok pukul2, jaga lagi pukul3 bangun la gi toilet, baru je masuk toilet, Aina leh bangun nangis2 sampai dapur duk jerit2 ibu ibu..adus..tau je ibu bangun, mmg dari kecik pun Aina gitu, kalau Aina jaga takde ibu sebelah dia, terus bangun nangis2..alahai Aina oo Aina..
Sekarang terasa berat sangat dukung Aida..duk timbang la smlm...guna penimbang biasa je kt rumah ni..pandai2 la kan..hohoho sudah 6.7kg..biar betul dik..sblm adik 2 bulan check up kt msia masa tu 5.7kg..skrg sudah naik 1 kg daa...patut la sakit pinggang bile ibu dukung adik ngan kakak aina. Aina dah 11kg, adik ni dekat 7 kg, so 18 kg tu..aduhh...yess dukung dua2..ini kes darurat..kelmarin gi klinik bertiga je, sling adik aida, tp nak check up aina, terpaksa la dukung aina gak naikkan atas katil dan lain spt kalau kami kuar bertiga je, nak gi koen ka, aina terjatuh ka..kalau kat klinik msia, senang la minta tlg nurse ka..ni kt klinik tu ada doktor je sorg tgh duduk..haii sgt rindu kt msia...;p opss lupakan msia buat masa ini..bak kata ayah aina...bertahan je lg 2 thn ja..ok ganbarimasu..;p
tu yg skrg amat la penat ;p ..patutla slalu sakit perut ngan pinggang ni..aduss...moga2 ibu sihat dan kuat untuk membesarkan anak2 ibu ni..insyaALLAH amin

Saturday, February 19, 2011

Rahmat Ujian - Mestica

Setiap hamba dimuka bumi ini tidak terlepas daripada menerima pelbagai dugaan. Kadang kala kita rasakan kita tak mampu menghadapi, rasa kecewa, sedih, just remember that Allah is always with us.
Tapi hakikatnya sangat susah menghadapi realiti hidup yang sebenar. Tapi kita perlu kuat untuk meneruskan kehidupan yang amat singkat ini dan penuh dugaan.

Semoga kami tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidup di dunia ini dengan lindungan dariNya.

Bersyukur kerana kita masih mampu bernafas, bergelak ketawa, tidur, makan, berjalan, ...menikmati semua nikmat yang diberi..terlalu banyak nikmat yang kita ada sehingga kita lupa bersyukur, malah mengeluh itu dan ini pulak...Oh terasa diri ini sangat daif..sesungguhnya apa yang kita lalui tak siapa yang tahu..
Disebalik ujian yang dilalui..terlalu banyak rahmat



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimala dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Friday, February 18, 2011

Hitam-hitam si tampok manis ;p

Ketika ayah 2Ai pulang dari kerja malam tadi, gambar ini sedang terpapar di skrin komputer..
Aina : Ayah ..ayah..aina...( sambil tunjuk komputer)
Ayah : hihi..india maner la tu aina, ayah seorang je hitam..anak-anak ayah cerah..

Daku yang baru sahaja menunaikan solat, turut memandang skrin komputer sambil tersenyum.

Ayah: "Abang macam bangla je dalam gambar tu" sambil memandang ke arahku..


Hitam-hitam si tampok manis,
Walaupun hitam, dipandang manis.
Sesungguhnya Allah swt tak pernah membeza-bezakan warna kulit, hanya manusia di dunia ni yang meletakkan perbezaan itu.

Thursday, February 17, 2011

Dari hati

Jam dinding bilikku menunjukkan pukul 430 pagi, terasa badan ini sungguh tak selesa, lenguh-lenguh satu badan, perut rasa kejang-kejang je..susah untuk aku menghuraikan di sini. Tapi sungguh rasa tak sedap badan. Melihat puteri-puteriku tidur dengan lena, tanpa ada sebarang kerisauan di wajah mereka, sungguh indah mereka diulit mimpi barangkali. Mereka segala-galanya bagi aku. Kesyukuran menadah tangan kepada Ilahi, kerana memberikan rezeki yang amat berharga ni buat kami..alhamdulilla

Menatap wajah peneman hidupku di dunia ini, bagaikan tidak sanggup kehilangan dirinya. Terlalu banyak suka duka kami harungi bersama-sama di bumi sakura ini sejak kami di hijab kabul lebih kurang 5tahun yang lalu. Bukan mudah untuk kami mengharungi hidup di sini, tambahan pula berjauhan dari keluarga.Tapi kadang-kadang itu amat baik untuk kami mengenali hati budi masing-masing.
Susah senang kami di sini, biarkan kami sahaja yang tahu.. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing, begitu juga kami.Tiba-tiba teringat kembali detik-detik pertemuan kami. Sesungguhnya ALLAH swt Maha Adil, jodoh dan pertemuan, ajal maut semua ditentukan olehNya. Dan aku bersyukur aku diketemukan dengannya.

Ku lelapkan mataku kembali, agar tidak memikir yang bukan-bukan. Kringgg..jam loceng berbunyi menunjukkan jam 530pagi, seruan subuh untuk kami..Selesai menunaikan solat subuh, daku rebah di tilam kembali, menyambung tidoku..terasa kepala ni amat berat..doaku kuatkan diri ini untuk meneruskan rutin harianku..