Friday, May 15, 2009

Allegic tahap kronik..

Ibu aina allegic tahap kronik. Wua. Bermula dari isnin malam dah mula kuar bintik2 merah di kaki dan tangan. Ingatkan nyamuk gigiit ke atau nk kena campak ker, tp pelikla sebab kenapa banyak pulak kena gigit nyamuk dan gatal sgt tapi tak demam ape2 klu campak ker...

Kemudian makin hari makin teruk. Semalam kata kat ayah aina tak tahan dah ni gatal sangat, dan bintik2 merah, bengkak, gatal tahap kronik sangat2. Ya ALLAH tak tau nak gambarkan gatal yang macam maner. Dan la semua dah bengkak2, bintik2 merah..memang menakutkan, ingatkan daku kena penyakit kulit ape nih...

Maka pagi tadi ayah aina terpaksa gi keje lewat sbb kena gi klinik dulu. Nasib baik klinik dekatla sangat, jalan kaki je tak sampai 5 minit. Doktor kate allergic, maybe sbb makanan. Dah agak dah, sebab tak demam langsungkan...wahhh ibu aina siap kena 1 shot injection dr doktor.wuaa...sebab dah allergic tahap kronik gitu, kena inject masuk ubat terus. Ada ubat minum tapi nanti lambat tindak balas ye.Antara ubat yang dapat , pil makan ade 4 jenis dan ubat sapu.
Wua..isnin hari tu makan pizza udang. Selasa paprik udang..Dah agak dah, ibu aina memamg allergic seafood kecuali ikanla..Paling alahan pada BELACAN, UDANG KERING, UDANG..dlll

Ingat lagi dlu pas SPM time matrik mula alahan teruk. Masa tu tiba2 ade resdung semua, mkn je belacan ke udang ke mesti gatal hidung, gatal mata, sakit kepala, kuar jerawat besar2 dan gatal2 la sangat2. Bile gi jumpa doktor, doktor kate satu je jgn sentuh makanan tu lagi. So sejak itu, takde la sentuh langsung belacan dan seafood ni terutama udang la..

Sejak kawin makin la sikit2 tapi tahan jelah kesan2 kegatalan yang akan belaku. Masa mengandung Aina best puas makan seafood, tapi langsung takde alahan pun.haha. Maka sekarang gatai la main makann je semua..nahh padan muka hang...sekarang mengaru sana sini..Nasib baik allergic biasa walaupun dah kronik satu badan, tapi tetap bersyukur bukan penyakit kulit ape2 ke. Sedih dah baper hari ni, ingatkan naper la daku ni, burukk dah kaki tangan ...alhamdulilla. Ayah aina pesan JAGA MAKAN, JAGA DIRI TUE...baikkk, daku menurut kata...huhu

Thursday, May 14, 2009

Aina daa

Aina Shafeeyah dah 8 bulan dah isnin lalu. Tak sempat nak letak entry. Aina dah makin aktif tau. Nak mainn je.hihi. Sikit panjat, sikit panjat nk berdiri tapi kaki bukan ye kuat sgt pun. Nanti tergolek jatuh. Aina leh berdiri, dan dah mula meniti2 berjalan kat tempat die dapat berdiri tu tapi lum leh duduk. Risau sgt perkembangan tak normal ke ngan budak2 lain. Cam kate kak hani n jannah, biasa kan die duduk gak. Nanti perkembangan die tak normal ngan budak2 lain. Risau gak.

So skrg hari2 mmg dudukkan aina kat kerusi anpaman.kerusi ni beli utk mandi aina, tapi aina taknak la pulak mandi dalam tu. Maka, ibu aina buat aina duduk jelah kat ruang tamu nih masa tgk tv NHK tu dan time mkn..suka la pulak die duduk dlm tu..hihi..

amboii buat muka 1yen..hahahaha..muka manjaa la tu..
amboii gumbira ye...tgh tgk youtube lagu ABC kat tv tu...gigi dah naik 2 batang...sedapp ooo kena gigit..huhuhu
Aik awat muka terkejutt..hihi..tu la kerusi anpaman tu..hihi
hahaha..dalam katil, nangis la minta di keluarkan..duduk kejap, ibu nk solatt..hihi..
tlgg ibuuu, aina nk kuarr.angkat la aina...hihi
suka sembur bunyii yeeeezzz yezzz...slalu la ibu aina n ayah aina sambungg jd yaazzzaa...hahaha..mesti aina gelak pastu..
yeahhh senyumm duluu...hihihi..
Ni la gaya aina tido skrg..ni gambar minggu lepas kot bru baik demam tu..sedap die je nk tido gitu..
Ni pulak gmbar aina demam hr tu. nasib baik la demam ye beberapa hari je.tp baik demam, aina batuk ngan selsema pulak..demam nk batuk selsema la kot.yelah skrg ni kejap panas, kejap hujan...time demam ni nasib baik ayah aina cuti tu, leh la ayah aina dodoi yek tido tu..
Dua mlm ni, aina asyik tido lewat je. Main2 je dlu smpai penat, pastu rengek2, ibu kepit bru nk tido. ayah aina kate bising je. sian ayah aina tak cukup tido. Pastu bgn pg punya la awai. Siang lak tido kejap2 je. bangun2 je tido, terus berpusing myarap, merangkak dan mulala memanjat ape2 nk berdiiri..alahai aina2 macam2...

Butter Roll

Hari2 mesti ade roti. Untuk ibu aina makan time lapar dan untuk sarapan esok pg.Emm isnin hr tu pizza, kelmarin france bread, smlm buat Butter Roll ni, kak yani buat bulatt je comey, aisha buat hahaha kurusss je.

Cam biasa, kalut2 buat roti, masak cepat2, aina jaga lak time tu, dan ayah aina balik keje awai la pkui 5 smlm, sempat la mkn roti ni, pastu terus kuar cari kotak gitar sampai ke conan nun sana tp tkde la pulak...kotak gitar sbb nk letak gitar la, dah jual pung..dari tak guna baikk jualkan. Lagi pun ayah aina dah masuk angka 30 nih die kate bukan zaman die lagi nak main gitar..hahaha
Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
*******************
telur untuk sapu


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Bahgiakan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  3. Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon
  4. Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
  6. Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/201

Kuih Kasturi

Kuih ni buat minggu lepas. Sebabye terliur tgk blog kak ita dan ida post kuih yg sama...ape lg terus buat malam tu, pas buat roti nasi tu..leh buat sarapan kan..buat lebih, resipi kak ita, sya letak sini, tp saya main agak2 je pun cam ida buat tu..hihi..cuma tips ye, time masak kacang tu rase manis tu kena lebihkan sikit sbb nnti nk letak tepungkan....tara kuih kasturi bentuk heart cam mama aiman slalu buat...yumm yumm..hihi
Bahan-bahan
200 g kacang hijau
70 ml santan
50 g gula
sedikit garam
60g tepung gandm
200 ml air
untuk kulit
50g tepung beras + tepung gandum
sedikit sudu kunyit serbuk
sedikit garam
air
Cara-cara
1. Rendam kacang hijau sekurang-kurangnya 2 jam ita rendam 8 jam supaya cepat empuk
2. Rebus dengan air, setelah agak kering masukkan gula, santan dan sedikit garam.
3. masak sehingga kering dan tutup api masukkan tepung.gaul dan sejukkan.
4. Buat bentuk bulat leper2 lagi leper lagi bagus supaya garing.
5. Untuk kulitnya bancuhkan bahan2 kulit macam nak buat goreng pisang.
6. celupkan dan goreng didalam minyak.

Tuesday, May 12, 2009

How To Stay Young

Lamakan tak update. Gomen ne ibu aina ni tak terkejar nak update blog. Nak dapat hadap pc pun payah skrg..Cam ner la org lain surirumah yang anak ramai tu leh buat macam2 yeek, ape ntah lg update blog, resepi, dll..huhu..klu ade tips meh la kongsi sama yek..hihi...jom kongsi info dari email hari ini..sbb aina tido..hahaha

How To Stay Young - CUTE
  1. Throw out nonessential numbers.This includes age, weight, and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay them.
  2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down. (Keep this in mind if you are one of those grouches!)
  3. Keep learning: Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain get idle. "An idle mind is the devil's workshop." And the devil's name is Alzheimer's!
  4. Enjoy the simple things
  5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath. And if you have a friend who makes you laugh, spend lots and lots of time with him or her!
  6. The tears happen: Endure, grieve, and move on. The only person who is with us our entire life, is yourself. LIVE while you are alive.
  7. Surround yourself with what you love: Whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.
  8. Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.
  9. Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to a foreign country, but NOT to where the guilt is
  10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity.

"Remember, growing older is mandatory; growing up is optional."

"Good friends are like stars.........You don't always see them, but you know they are always there."

Saturday, May 09, 2009

Selamat Hari IBU

Kad ambil dari Ros. Thank You ros.

Selamat Hari IBu kepada semua ibu2 yg membaca blog ini.. Semoga terus menjadi ibu yang mithali dalam mendidik anak2 menjd insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Pesanan dari ayah aina, banyak2 kan bersabar dalam mendidik anak2 yang bermacam ragam serta berusaha memajukan diri untuk menjadi seorang ibu yang berilmu pengetahuan yang luas dunia akhirat..aminn

Sebenarye hari2 adalah hari ibu..Pesanan dari ibu aina semoga ibu2 di dunia ni terus berusaha memberikan didikan, asuhan, kasih sayang di dunia dan di akhirat dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Pesanan buat ibu tersayang,
Acha sayang sangat ibu... terima kasih kerana tidak jemu memberi nasihat, mendidik acha menjadi insan yang berguna..rindu sangat ibu..muuah..acha dokan semoga ibu sihat2 slalu, panjang umur, murah rezeki, dan diberkati Allah swt di dunia dan di akhirat. Aminn

Selamat hari ibu juga kepada Mummy, smoga sihat2 slalu, panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin
Daripada bobby, aisha dan aina..

InsyaAllah tunggu kepulangan kami raya nanti yek..

Roti Nasi

Baru je buat roti ni td, dah mkn pun 4 ketul. Tokey roti ros kate buat 1 loaf, sya hentam buat comey2 dapat la 12 ketul..senang sikit mkn..( ke sbb malas nk potong) ..hahahah sama jelah tu..hihi..pastu sya guna breadmaker je...Arigatou Ros
  • timbang nasi, susu dan air, pastu blend hingga hancur.
  • pastu masukan semua dalam tin BM bersama bhn2 lain, dan ON
  • tumbuk2 kuar angin, rehatkan 10minit
  • bentuk bulat2 12 ketul, dan naikkan dalam oven 35 darjah selama 50 minit

Roti Nasi @ Ros Toyosu

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam

Cara-cara
  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
    kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  5. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  6. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/4254