Saturday, February 19, 2011

Rahmat Ujian - Mestica

Setiap hamba dimuka bumi ini tidak terlepas daripada menerima pelbagai dugaan. Kadang kala kita rasakan kita tak mampu menghadapi, rasa kecewa, sedih, just remember that Allah is always with us.
Tapi hakikatnya sangat susah menghadapi realiti hidup yang sebenar. Tapi kita perlu kuat untuk meneruskan kehidupan yang amat singkat ini dan penuh dugaan.

Semoga kami tabah menghadapi liku-liku perjalanan hidup di dunia ini dengan lindungan dariNya.

Bersyukur kerana kita masih mampu bernafas, bergelak ketawa, tidur, makan, berjalan, ...menikmati semua nikmat yang diberi..terlalu banyak nikmat yang kita ada sehingga kita lupa bersyukur, malah mengeluh itu dan ini pulak...Oh terasa diri ini sangat daif..sesungguhnya apa yang kita lalui tak siapa yang tahu..
Disebalik ujian yang dilalui..terlalu banyak rahmat



Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimala dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Friday, February 18, 2011

Hitam-hitam si tampok manis ;p

Ketika ayah 2Ai pulang dari kerja malam tadi, gambar ini sedang terpapar di skrin komputer..
Aina : Ayah ..ayah..aina...( sambil tunjuk komputer)
Ayah : hihi..india maner la tu aina, ayah seorang je hitam..anak-anak ayah cerah..

Daku yang baru sahaja menunaikan solat, turut memandang skrin komputer sambil tersenyum.

Ayah: "Abang macam bangla je dalam gambar tu" sambil memandang ke arahku..


Hitam-hitam si tampok manis,
Walaupun hitam, dipandang manis.
Sesungguhnya Allah swt tak pernah membeza-bezakan warna kulit, hanya manusia di dunia ni yang meletakkan perbezaan itu.

Thursday, February 17, 2011

Dari hati

Jam dinding bilikku menunjukkan pukul 430 pagi, terasa badan ini sungguh tak selesa, lenguh-lenguh satu badan, perut rasa kejang-kejang je..susah untuk aku menghuraikan di sini. Tapi sungguh rasa tak sedap badan. Melihat puteri-puteriku tidur dengan lena, tanpa ada sebarang kerisauan di wajah mereka, sungguh indah mereka diulit mimpi barangkali. Mereka segala-galanya bagi aku. Kesyukuran menadah tangan kepada Ilahi, kerana memberikan rezeki yang amat berharga ni buat kami..alhamdulilla

Menatap wajah peneman hidupku di dunia ini, bagaikan tidak sanggup kehilangan dirinya. Terlalu banyak suka duka kami harungi bersama-sama di bumi sakura ini sejak kami di hijab kabul lebih kurang 5tahun yang lalu. Bukan mudah untuk kami mengharungi hidup di sini, tambahan pula berjauhan dari keluarga.Tapi kadang-kadang itu amat baik untuk kami mengenali hati budi masing-masing.
Susah senang kami di sini, biarkan kami sahaja yang tahu.. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing, begitu juga kami.Tiba-tiba teringat kembali detik-detik pertemuan kami. Sesungguhnya ALLAH swt Maha Adil, jodoh dan pertemuan, ajal maut semua ditentukan olehNya. Dan aku bersyukur aku diketemukan dengannya.

Ku lelapkan mataku kembali, agar tidak memikir yang bukan-bukan. Kringgg..jam loceng berbunyi menunjukkan jam 530pagi, seruan subuh untuk kami..Selesai menunaikan solat subuh, daku rebah di tilam kembali, menyambung tidoku..terasa kepala ni amat berat..doaku kuatkan diri ini untuk meneruskan rutin harianku..

Tuesday, February 15, 2011

Salji turun lagi...

Salam Maulidur Rasul buat semua..Semoga hari keputeraan junjungan besar kita, nabi Muhamad saw ni dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang kepada baginda..InsyaALLAH.

Semalam salji turun lagi. Patutla dr pg sejukk je la sgt..tp luka dngan 2Ai ni, tak sedap pun salji turun. Sedar bile semua kawan2 heboh kt fb..huhu..tgk luar dah memutih je, terus call ayah 2Ai ni, die pun bru sedar..mungkin balik kena jalan kaki kalau bas dah takde, sbb nk naik moto ni mmg tak lepas kot. Alhamdulilla bas ade wpun kena mggu 15minit dr jadual, cuma bas tak naik kat atas ni, kena jalan kaki dr bawah bukit tu, tkpela, bukan jalan kaki dr opis..jauh tu, ngan sejuk2 lg. tp tak sedar pun ayah budak2 ni sampai, sbb bru tertido ngan budak2 ni, adusss..;p

Bangun, teman ayah 2Ai ni mkn, kate sakit kepala, pening sgt..emm sbb tak cukup tido la tu, sbb saper lg, Aina la..yes aina, not bb Aida..semalamam duk nangis2 sampai ke subuh..aina oo aina..
Pagi tadi sebelum ayah aina g keje , pkui730 tu kami kuar kejap je, 15gitu..saje nk ambil gmbar..tebal gak salji..mmg lebat pun kali ni..tp tak best tak dpt main salji..hihi..tkpela ade bb ni susah la sikit, lebih2 aina pun tak pandai lg, asyik minta dukung je..10minit kuar dah mula nangis sbb sejuk..hihi..
Ambil gambar kt koen je..hihi


dah nangis dah time ni minta dukung..hihi..pas ayah 2Ai gi keje, ajak aina kuar main, ok nak la die, masa tu adik aida ni dah tido, tp bru je kuar...jom ibu, masuk2, aina taknak main, sejuk..hihi..ibu pun sejuk, jom2 masuk rumah..;p

Monday, February 14, 2011

Weekend kami

Assalammualaikum wbt. Aina bru je tido, aida ade ni, so tb2 rase nak berblog. Perasaan nk menaip, bercerita sentiasa ada, tp adakan daya ibu 2Ai tk berpeluang nak berhadap pc, klu berjaya pun si kakak Aina ni sentiasa ade sebelah duk main keyboard la, main mouse la, so jgn harap dapat menaip cam sekarang nih..:)
Dan cerita mcm2 pun semua dah basi, nnti klu nak bercerita gak, buka entry lain. Ni cerita weeknd lepas shj. Ayah 2Ai ni pun cuti dari Jumaat. Salji pulak turun, sejukkkk .. berkurung kt rumah jelah jelah..Kdg2 mmg byk nk bercerita, yelah kat sini bukan ye ade ramai kawan nk bercerita sgt, Aina dan Aida la teman setiap hari semasa Ayah 2Ai ni gi keje. Walaupun dah 3 minggu kami balik Jepun, Ibu 2Ai ni masih merindui Malaysia, masih rindu pada keluarga. Balik sini, terasa amat sunyi...emm tkpela tutup cerita..Aina pun masih mmod malaysia lg.
Jumaat lepas, Kakak Aina dah 2tahun 5bulan. Pagi bgn terus menebar roti canai utk Aina, utk ibu ayah die juga la..Punya la seronot Aina makan, sampai ke ptg pun masih minta roti canai..Walaupun, ibu 2Ai ni buat tak sesedap kt kedai, tp bile tgk anak2 suka makan, mmg puas hati..Pasni kena selalu beli yg instantla kot..haha..Dari pagi tu pun salji dah mula turun, tp hujan salji jelah, masa ayah aina g solat jumaat dh mula lebat sikit..sempatla kami berdua pun main salji kat bawah ni sat selepas ayah Ai balik dr solat jumaat..ye kami berdua, kejap je pun, 2Ai tido la time tu..gmbar2 tu masih dlm camera ayah Ai tu..malas nk pindah ke pc lg..bertapa la gmbr2 dlm camera tu..kihkih
Alhamdulilla cepat je masa berlalu. Semoga Aina Shafeeyah ibu jadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Walaupun Kakak Aina ni dah ade adik Aida, tp masih manja,yang sulung kan, mmg nak semua lebih kat die, nak ikut semua kata die..lambat layan sikit, dah nangis2 sampai guling2 tu..aduhh Aina oo aina..tkpela aina, aina pun masih kecik lg, tp kdg2 sian kat adik aida..tkpela, aida mesti lg cepat berdikari, kuat, dari kakak ainakn..;p InsyaALLAH..
Sampai jepun masih musim sejuk. Mmg banyak mempengaruhi mood Aina. Dari awal sampai mmg hari2 nangis2, tak pernah la aina ni shr tk nangis. Taknak pee, tknak shower, taknak cuci tangan..taknak gosok gigi..semua yg melibatkan air, dah nangis awai2..so sgt susah nk basuh tgn die, sebelum, semasa dan selepas cuci tgn mesti nangis2. tu belum lg, masa nak mandi, tgh mandi dan lepas mandi..kdg2 geram pun ade..bak kate ayah 2Ai ni, mengada2 je lebih Aina ni..mmg pung, lg layan, lg pujuk, lagi mengada2 kdg2 tu..Ibu 2Ai ni pun tk larat sgt sejuk2 ni..emm tk suka..rase susah sgt sejuk2 ni. tp apekan daya dah duduk kat negara 4 musim ni, kena la hadapi semua ni..;p
Tanda kat dahi Aina mmg jelas kelihatan. Semua duk tegur..emm semua yg berlaku pasti ade hikmah ye, ambil iktibar..semoga aina sihat2 slalu.
Alhamdulilla Kakak Aina mmg sayang kat adik die, tp dalam sayang pun, mmg nangis2 gak la klu time si Aina ni geram kat adik Aida ..biasa la tu, budak2..;p
Amboi iklan gigi nampak..masa ni tgh main ngan aina atas katil..Ape2 pun 2 permata hati ibu yang sentiasa menemani hari2 ibu..menceriakan hidup ibu, kdg2 buat ibu nangis gak..saper tu..kakak aina la..haha..
Amboii renung saper tu..semua kate adik Aida rupa ibu, emm sbb mata sepett sikit..sorg ikut ayah, sorg ikut ibu..okla tu, ape2 pun, yg penting jd seorg anak yg solehah, beriman, bertakwa kepada ALLAH swt..tu yg paling penting dlm dunia ni, tak kira la saper pun kite kt dunia ni, miskin ka, kaya ka, jawatan kecik ka, jawatan besar ka..semua tu sama di sisi ALLAH swt..iman dan amal shj yg membezakan kite..
tgk gmbar ni mcm lelaki..hihi..kwn kate, teringin anak lelaki tu lahir cam lelaki..tkpela klu ade rezeki tk kemana...bersyukur dgn ape yg dikurniakan skrg..semua ada hikmah ye..


Ciuman kakak kat adik die ni mmg dah biasa hari2..kdg2 terjerit2 bb aida..tkpe2..tggu la sikit bulan lg, siap la kamu kakak Aina..hihi
Nampak bulat pulak sikit gmbr ni, tp mmg 2Ai ni dah makin bulat..ibu die pun makin bulat..makn tido jekan..uhuhu

Salji tgh lebat gak turun masa bawe 2Ai ni turun .. Aina sibuk sgt nk turun main salji..pas asar, jumaat ptg, kami turun gak main salji ni..tp kejap je. nasib baik bwe payung, bile salji duk kena muka aina, duk nangis2 dah die..adik aida ok je, masuk sling tu, terus je lena..hihi


Sabtu pulak, dah siap2 nak main salji, salji turun lg pulak masa tu..so tak jd..ingat nk main salji yg dah memutih tu aje..tgk2 tghr sikit dah mula cair...mlm pulak kami bawe aina main kt lalaport je..buhsan die kt rumah je..Okla aina ni pun dah jaga ni..nangis ler minta dukung..adik aida tido..ok nnti sambung lg..;)

Wednesday, February 09, 2011

I'm back..:)

Lama sungguh tak update blog. Biasa la, banyak sgt benda lain yg lebih penting nak buat. Nak hadap pc pun susah bila sentiasa ade pembantu nak tlg taip kan. Kami sudah berada di Japan..alhamdulilla semua ye dipermudahkan..dan insyaALLAH klu free2 nnti akn update la cerita2 kami di sini..mungkin dah tak lama kot kt Japan ni, sethn 2 je lg....Bile ramai dah nk balik msia, yg dah balik pun ade, hati ini turut teruja nk balik msia for good je. tapi kite hanye merancang, Allah swt yg menentukan segala2nya. Ape2 pun, semua yg terjadi ade hikmah ye.. hargai setiap detik masa yg kita lalui..setiap perjalanan hidup di dunia ini penuh dgn warna-warni kehidupan..penuh suka duka..
Okla tutup cerita, nnti akan keudara lagi.. bb aida pun dah bangun..nanti kita sambung lg. Mungkin selepas ini, blog ni hanya banyak cerita cerenti kami shj. Gambar2 pun dah senang update kt facebook je..;)

Saturday, January 01, 2011

Our AS

Tinggal 20 hr je lagi ayah AS ni akan balik msia utk ambil kami balik jepun semula..tk lama dah tu, tp brg2 tk shopping lagi. Takpela nnti ayah balik kite shopping la ye brg2 nk bawe balik nnti. Baby aida pun dah 40hari, alhamdulilla sihat walafiat..makin mulatt..MAknaye ibu AS ni dah nk abis pntang la kan. Oleh kerana badn2 ni sgtla sakit2, maka hr ni urut lagi utk kali ke3, fuhh alhamdulilla lega sikit..klu tak sgt la sakit perut, kaki2 ni semua..Paham2 je la ye berpantang ngan 2 anak ni, mmg ligat la sikit ibu AS ni..lebih2 hr tu ade jatuh sikit..hihi..Moga2 terus sihat sampai balik jpn..tk sabar pulak nk jalan2..hihi..

okla nnti cerita manyak2..ni ayah AS mesti rindu kt 2AS ni, anak2 ayah pun rindu kt ayah..jom layan gmbr2 2AS ni yek..
kakak Aina suka sgt tgk adik aida ni mandi..alhamdulilla ibu AS ni dah mandikan adik skrg..tp pakai buai tu la..takut terlepas je..walaupun sgt lenguh klu dukung lama2 bb aida ni, tp suka juga sbb senang nk pegang..hihi..
Ni la kakak aina, tkleh letak adik aida ni kt lantai..terus sama nk tido sblh sama..tgk la anak ayah tu..suka la sgt..
haaa...aina buat ape tu? kan adik dah nangis...
nnti si kakak ni akan jawab....
"adik jgn nangis, aina ada..ibu ada..semua ada.."
hahahah..first time dgr aina cakap gini kt adik die, tergelak2 ibu As ni..sgt comel..

bru2 ni aina nangis, ibu kate la, aina jgn la nangis..aina ni asyik nangis je..aina leh jawab..
" adik ade, ibu ade..semua ade.." hahaha..pandai pun..

skrg mmg aina dah byk cakap, mmg tergelak2 kdg2 ayat2 yg die guna..alahaii..pasni mesti la awak rindu msia, yelah sini ramai kawan2..tkpela ye aina, tggu adik besar sikit..dah leh main sama2..hihi


Selalu la sgt nk sayang adik die ni..kdg2 sampai menjerit2 adik die..basah2 pipi adik aida ni..hihi..ganehh la kakak aina ni..;p

besar la dah anak dara ayah sorg ni..hihi..semoga jd anak yg solehah ye sayang ibu..insyaALLAH amin
alhamdulilla aina dah boleh pee kt toilet je..tak susah pun nak ajar aina pee kt toilet..cuma penat dan sabarr jelah sikit ngan kerenah aina ni sbb ibu AS ni masih dlm pantang hr tu..naper ajar dlm pantang? ntahla..ingt nk ajar pas abis pantang, tp saje hr tu suka2 mula2, tp aina ni suka pulak pakai panties2 tu, tknak pulak pampers, so terus kan je lah..Alhamdulila 2 hr je terbocor, pastu ok..syukur2..cuma nk poo dan time tido pun duk sarung jelah pampers, risau la terlepas je nnti..so far aina slalu bgn utk pee...tp yelah pee senang la kan..poo je susah, lebih2 aina ni pulak ade problem sikit nk poo...tkpela slow2. insyaALLAH kena usaha lagi..;p
aina tergulak pulak..hihihi..org cakap gelak..aina akan cakap gulak pulak..hihi..

baby aida pun dah mula renung2..dan dah pandai gelak terutama bangun pagi..hihi..
ayah mulatt tak adik??

chak ayah..tgk la adik gelak..tgk aida ni, mcm aina kecik2..cuma aida ni mata ye sepit sikit..ikut ibu die kan..
okla tk dpt nk taip pjg2, sambil2 je ni.....ni upload gmbr pun dh berjam2..ingt nk upload kt fb je utk tatapan ayah AS sbb blog asyik tkleh buka td, tp fb lg teruk..lngsung tkleh upload gmbr..ape nk buat i guna line broadbnd je..okla ayah AS..take care..cam aina selalu cakap...ayah ambil aina tau!!..hihi..