Tuesday, January 26, 2010

Kodomo Shizen Koen

Hari Sabtu kami hanya ke kedai thai dan pakistan di Shonandai untuk beli serai, cili dan bahan mentah lain. Singgah sekejap kedai kereta tu ayah aina cuci mata. Then lunch kat Tenya makan tempura. Aina yang sangat la suka, so banyak la die makan. pumpkin,prawn, fish tempura tu memang die suka. ape ntah lagi miso sup tu. Alahai aina, kemudian gi main badminton seperti biasa.

Hari Ahad pulak, pg2 kami dah ke Kodomo Shizen Koen nih. 10km je pun dari rumah. Pernah sampai sini tahun lepas. Saje bawa Aina main2 kat situ.
Mouse!!! hohoho..main aina jangan tak main. Kat sini ade tempat binatang2 ni utk anak2 main, so aina yang cam berminat je tgk org pegang2, main2. so bawe la aina masuk. Bab tikus ni mmg geli..hihi..ibu aina la geli..anak jepun ni siap nak bg pegang lagi..oh no..nnti la lain kali..hihi
Ayam dan arnab pun ade. Aina memang suka sangat. InsyaAllah nnti kite datang lagi sini yek main2. Koen ni pun sgtla luas. Tak larat nak pusing abis pun..hihi..
Tengokla tu, leka sungguh tgk arnab tu, siap pegang2 lg..hihi..tapi binatang2 kat sini cam bodo je..org pegang ke ape ke..baik je die..hahaha. Cuba ko pergi pegang ayam malaysia tu. mahu terberak2 nak kejar.. Ni ayam2 sini tu pun ok je budak2 dukung2..hihi
Opss..ade org skodeng ibu aina ambik gambar rupa ye. saje snap gambar bunga ume (plum blossom) ni..wah sudah kuar bunga la. Rase ye pokok2 sakura( cherry blossom) pun mesti dah nak berputik. Ni menunjukkan dah nak masuk spring, wahh seronot ye..hihi
Akhir sekali, biarkan aina bermain2 ngan pigeon kat tepi tasik tu..seronotla die, lebih2 lagi ada kawan anak jepun tu. Pegions pun banyak datang sbb org jpn tu bagi makan..

Oitt buat ape tu? tengok itik la ibu..hihi
Dah jom balik jomm..hihi
Okla nanti kite datang sini lagi, leh main2 lagi yek. Kemudian kami singgah Hardoff Machida cari potty utk aina dan tak lupa ke upgarage utk ayah aina..hihi. Aina tido je sebab dah letih sangat la tu lari sana sini. Sebelum sampai rumah, singgah beli barang2 dapur.
Nak tengok aksi aina nangis..hihi..lihatla di bawah ini. Ni gara2 kena sakat ngan ibu ayah die..hihi..Nangis tak kuar ayak mate tu nama ye nangis tipu..hhihi..Alahai aina..Sekarang suka sgt main hide n seek. Nyorok bawah selimut la, balik langsirla, bila tanye eh mane aina? Die leh diamm je..bile kite intai die, leh die gelak2, guling2..hahaha. kalau main ngan die sampai penat kami, kami berhenti main ngan die, mula la nangis ajak main lagi..haha..sudah besar kamu ni ya aina..;p
Semua org kate aina anak ayah sebab rupa ayah. Okla tu nak rupa saper lagikan klu bukan ibu ayah die. Dan org tua2 kate anak pompuan rupa ayah nnti sejukk..ape yg sejuk tu tak tau la yek..kehkehkeh
Rambut pun dah panjang..dah boleh ikat 2 tu. Tapi rambut aina sangat la sikitt..hihi. Gigi pun dah 8batang kat depan tu. Geraham pun dah mula kuar, tu yang makan pun sedap je..time kena gigit ngan aina lagi sedap..hihi
Ni pesanan utk mak ani dan makcu. Kalau tengok blog kami ni, jangan lupa save gambar aina dan tunjuk kat nenek yek bile balik Seremban nanti. Sian nenek atuk asyik tanye aina je. Dah lama tak tengok aina.

Monday, January 25, 2010

Yang Tertinggal ...

Ini gambar2 yang tertinggal. Tahun lepas sempat gak jalan2 gi tengok tulip kat Enoshima. Wah tulip time winter?keh keh keh. cam tak caya kan. Tapi itu la kenyataan yek. Thanks to ida yek bg info ni. Nasib baik ida tahu tempat tu berbukit2 dan tak pergi. Memang berbukit, jenuh la mendaki, angkat aina, tolak stroller. Entah berapa byk anak tangga daa. Tapi jgn risau ade banyak escalator tau ida, tapi kena bayar la kalau nak naik.
Ni gambar street nak naik tu, kiri kanan ade kedai2. Jalan yang kecik ini pun sudah mendaki tau..hihi. Tengok jalan2 yang gini, teringat pulak Kyoto.
Yosh aina,gambare..yosh..yoshh.. Ni la antara anak tangga yg kami naik...oo manyakk lagi oo..hihi..Kami berdua tu tertinggal kat belakang. Aina suka la naik anak tangga ni, ibu aina yang sakit pinggang terbongkok2..hihi.
Tapi takdela penat sgt pung.. ok je la, maybe sbb sejuk dan berhenti2 rehat. Bila sampai atas, dapat tengok tulip tu sangatla suka.
DaH sampai pun kawasan tulip tu. Tulip die cantik sgt ade byk jenis dan warna. Walaupun tak banyak ditanam seperti yang selalu tgk time spring dan ditanam di dalam petak2, tapi okla, cantik2 dan macam bentuk dan warna..Puas hati..hihi Sampai atas tu sempatla kami mkn, solat semua. Bila nak balik kami ikut jalan turun lain. Dari awal mmg nak naik ikut jalan ini sebab kurang tangga, tapi ingatkan tutup, rupa2 ada. Jalan balik ni tepi hutan sikit dan tepi laut. Permandangan yang sangat cantik. Sampai bawah dah nak magbrib, solat dlu bru gi Costco Kanagawa lak. Oh ye dari sini leh nampak Mt Fuji gak, tapi jauh la kan..

Ntah hari ape, tak ingat dah, ade gak gi Jalan kat Odaiba dan Asakusa. Kali ni naik bas dan train sahaja.
Gi Odaiba ni sempat gak naik Fuji Television. Kemudian kami ke Asakusa ..Street yang ramai sangat org.. Adoi pening kepala, nasib baik aina tido je..hihi
Okla ni sambungan cerita2 basi dari kami. Hihihi. Niat hati nak ler gak upload kat facebook kan. Tapi bila kate pasal facebook ni, nak buka pun payah. Ntah la server busy je. lewat petang atau malam bru leh buka..Tu jarang sikit buka facebook.

Wednesday, January 13, 2010

Winter 2009

Wah lama sungguh dah update blog kami ni. hahaha dah masuk 2010 dah pun..Selamat tahun baru semua. Moga semua bersemangat ngan azam baru okay..
Fuyu yasumi/winter holiday tahun ni kami ditemani family2 ayah aina dari Malaysia. Oleh kerana, mereka sampai 18 dec 09, maka kami pun bercuti awal..Kami?takdela ayah aina la kan . Awalye ayah aina rancang nak kerja dan cuti silang seli, sebab tahun ni 30 dec 09 baru start cuti tu. Tapi tak sampai hati pulak, so ayah aina abik cuti awal..hihi...
Pagi 19 dec, kami gi jemput family di Narita Airport. Tapi dah la kami gerak lewat, jalam sesak pulak nak masuk Disneyland tu menyebabkan kami sampai lewat kat Narita. Flight dr Msia pulak sampai awal..huhu..sorry sgt lama menunggu kami.
Gambar2 berjalan2 tersangat la byk..campur2 semua camera mahu semuaye 2000++ keping. hohoho..sangat manyak okay. tak larat den nak pilih..Ni ade beberapa keping je main abik je..hihi..nak citer lebih2 pun dah basi..kehkeh..layan jelah yek.
Nilah gambar si kecik tu gi jemput dadima, paklong, maklong dan ameem dari Msia.
Sampai rumah kami, rehat2..ptg tu kami gi Hard Off ..cuci2 mata, shopping sikit2..hihi
Hari ahad pun, kami jalan dekat2 aje, gi hardoff.houseoff/bookoff, daiso, 100yen shop..Ntah berapa banyak hardoff kami pergi utk 2 minggu ni...hihi..Semua la, shoppping2 jgn tak shopping..Then kami bawe mereka makan tempura..
Hari isnin pulak, awal pagi kami gerak ke Disneyland, tokyo. Dulu pernah sampai sini 4 januari 2007. Time tu berdua je lg. Winter gak, makna ye sejukkk..seharian duk dalam tu, malam 930mlm kami gerak balik.Hari Selasa lak, ayah aina keje. Kami lepak2 kat rumah sahaja. Pusing2 kawasan rumah..Gi rosen beli sayur. Jalan kaki je lah.
Hari Rabu lak, kami gi Odawara Castle. Kami naik shinkansen dari shinyokohama, then balik singgah Daiso 5tingkat kat Machida. Dari dalam shinkansen nampak la Mt. Fuji gak.
Itu lah castle ye. Ni kali ke-4 kami sampai sini. Gajah2 dan binatang2 yg lain tu pun dah takde, dah kena pindah..Yg tinggal pigeon jelah banyak kat situ.hihi. Jumaat pulak, kami jalan area yokohama. Ayah aina solat jumaat kat Petronas ye office tu. Kemudian kami jalan gi landmark tower, queen square, cosmo world. Pastu gi tgk ice skating kat Red Brick Warehouse. Gi Pc depot dan Nishimatsuya.Ni pulak gambar gi kecik ni kat kedai sushi. Tak sabar nak makan ye aina..Ahad pulak, kami gi main snow (buatan la pun kan) kat Yeti. Ni ikut nuar ida. Thank you.Okla utk lepas gian tak pernah main snow. hoho. Tapi keras lah snow tu.hihi..ape pun best2.Tengokla si aina ni seronot je walaupun waktu ni mengantuk tu.hihi.
Kami tak guna baju sewa pun. Main belasah je guna baju tu. Basah la jugak kan, sampai ke stoking..Sebelum balik semua tukar la, then kami gi singgah kat Gotemba Outlet utk Shopping..hihi..dah nak tutup outlet tu bru kami balik..huhu.puas hati gi time tu. Takdela ramai org, puas hati nak memilih ke nak membeli ke, sale tu tetap sale gak, cristmas sale. so mmg puas hati. Kalau gi time new year sale 1 hrbln tu, ya ALLAH ramai ye umat manusia, sesak dgn org ye, nak shopping pun mmg tak best langsung..So berbaloi la gi shopping hr tu kan..hihiAik mane gambar gi Odaiba, Asakusa..huhu..terlupa la tu..takpela..hihi..Kami gi naik bas, naik train..so mmg kena jalan kaki la kan. Sian maklong aina sampai sakit2 kaki kepenatan.. So esok tu rehat2 dan gi shopping dekat2 je..

Ni pulak gi melawat Mt fuji kat Yamanakako. hihi. Lunch situ, then jalan kat Nenba (perkampungan jepun lama)Baby bear merenung masa depan yek..;)Masa kat rumah2 kat Nenba ni , rezeki pulak kami di jamu ocha dan pickles oleh obaachan ni..arigatou gozaimashita.Ni pulak hari sebelum balik, tu kami bawe depa gi makan strawberry kat Ebina bersama2 family idanuar. Aina tido, dah nak balik bru bangun, so cepat merasa 1 biji je..kehkehkeh..
Amboi anak dara kecik..ahad tu kami hantar depa balik. itulah 2 minggu kami..Balik tu kami lapar yg amat, singgah mkn tempura, then balik kemas2 rumah. Esok tu ayah aina masih cuti lg, tp kami lepak2 duduk rumah je. ni la serba ringkas aktiviti cuti hr tu. Nak citer pjg2 pun tak leh. Ponatt oo nak taip ...hihi..lg pun basi dah..haha..okla..aina pun dah lena kat tgn ni. lenguh ni taip sampai pangku dia..hihi..okla papaii

Thursday, December 17, 2009

Tentatif

Malam esok, family ayah aina dari msia dah fly dtg sini. Sabtu pagi dah mulakan aktiviti kami. hihi. Arap2 semua ye berjalan lancar. Moga2 aina dah sihat time tu. yelah sekarang ni sejuk la sgt, nama pun winter kan. Ayah aina start cuti winter tahun ni lewat sikit, 30 dec gitu. Tapi tak kisah la kan, cuti tahunankan ade lagi, so leh pulun abik je..Antara tentatif yangdibuat utk 2minggu family di sini adalah spt berikut, nanti depa dah sampai sini, leh la tukar2 maner yg patut ikut suara majoriti..hihi

12/19(Sabtu) Holiday [FREE] Hard-off Tsurugamine, Hard-off route 16, Costco, Hard-off Nagatsuda, Dinner at Tenya

12/20(Ahad) Holiday Baybridge, Skywalk or Uminohotaru, makan sushi

12/21(Isnin) Holiday {FAR} Disneyland or DisneySea

12/22(Selasa) [WORK]

12/23(Rabu) Holiday {FAR} Fujisan, nemba, cave etc

12/24(Khamis) [WORK]

12/25(Jumaat) Holiday Yokohama, Minato mirai, PC depot,Nishimatsuya, Autobacs, B-kids

12/26(Sabtu) Holiday {FAR} Tokyo: Odaiba, Ginza, Akihabara, Tokyo tower, Asakusa, Shinjuku, Shibuya

12/27(Ahad) Holiday [FREE] Shonandai, Hard-off Route 45

12/28(Isnin) Holiday {FAR} Odawara castle/Machida ( shinkansen)

12/29(Selasa) Holiday [FREE] Upgarage, 100yen shop at bike shop etc

12/30(Rabu) Holiday {FAR} Hakone, onsen etc

12/31(Khamis) Holiday [FREE] Fireworks ( ade ker) , shopping

01/01(Jumaat) Holiday [FREE]shopping, solat jumat @ masjid jamek

01/02(Sabtu) Holiday Strawberry farm ( jika nak)

01/03(Ahad) Holiday **Fly back**

4 januari 2010, ayah aina masih cuti lg...yeah..Okla salam maalhijrah 1431 untuk semua. Moga2 semua ye terus cemerlang di dunia dan akhirat serta sentiasa di redha Allah swt.Aminn

Wednesday, December 16, 2009

Mikan Gari @ Oimatsuda IC

Ahad lepas, 13 December kami pergi Mikan gari kat Oimatsuda..Per lagi melantakla limau makan sampai lebamm..muhahahaha..Kami bawe balik dalam 7kg limau..petik jgn tak petik ayah aina..hahahaha..1kg limau tu hanya 130yen shaja..sempat gak ibu aina petik 2 ketul brokoli. 2 ketul besar tu 50yen..muahaha. Banyak pun sayur lain gak, tapi kami pergi hari penutup, dah agak lewat tu, byk dah sayur2 abis dicabut..ape pun tetap puas hati.

First time pun pergi mikangari ni. Ni pun dapat tiket murah dari company ayah aina, 300yen sorg so boleh makan kat ladang tu berapa banyak yang mampu sampai lebam. Tapi kami tak larat nak mkn byk2 kat ladang tu, sejukkkkkk sgt....mungkin sebab tu kot aina demam, sejukk sgt...gomen ne aina chan..Ape pun aina tetap paling gembira di hari yang sejuk itu.Memang mkn sampai lebam, ni kat rumah nk banyak lg, ingat nak buat ape2 ke yang patut, tp since aina demam ni, emm nangis je..so terbantut sikit aktiviti..

Okla layan jelah gmbr2 kat bawah ni. Nanti sambung lagi, aina dah rengek nangis je kat ayah aina tu..komen2 akan di balas kemudian yek..hihi






Pastu, kami gi singgah Up Garage sat ( kedai kereta ayah aina - ntah bile ayah aina ade kedai kereta ntah..) hahahaha..Kami lepak tido dalam kereta je cam biasa. Pastu singgah hardoff, daiso dan kedai utk beli brg2 keperluan rumah sat. Balik sampai rumah dah pukul7 malam. Penat tp seronot sgt. Sorry to puan jannah, InsyaALLAH next time ye.