Tuesday, March 30, 2010

Rindu pulak kat ibu..

Tetiba akhir2 ni sangat mengingati ibu tercinta. Sejak birthdayku yang lepas, 3 hr selepas my birthday is my ibu's birthday. Dekatkan..moga ibu panjang umur, murah rezeki, sihat2 selalu, dan smoga bahagia di dunia dan akhirat. Amin
Tetiba sangat merindui ibu...rindu nak bual2, gelak2 ngan ibu, dgr cerita2 dan lawak2 ibu tu, rindu masakan ibu, masakan ayah, rindu nak baring kat riba ibu sambil tgk tv(ngada-nih kalah aina ni..hihi), rindu nak ibu suap makan(ngada gak) kat kami yang tua2 nih..hahaha..ni kes malas nak mkn sendiri!!..semua rindu la..sob 3x
Gambar ni masa adik2 bawe ibu lawat family klang. Sangat happy dpt skype( video call) ngan ibu sbb selalu hanya dpt bual melalui phone je. Thank you mummydaddy.Ni lah 2 org adik perempuan. Kecik sekali tu anak buah sulung..haii besar dah kakak anis yek.

p/s : emo pulak..hihi..abai kan jelah ngada2 ku ini..hihi

Friday, March 26, 2010

Aina lagi

Aina Shafeeyah dah tido, so bolehla hadap pc sat..check la blog, amboi banyak sungguh posts yang masih dalam draft. Selalu gitu la, bile dah tinggal dalam draft, alamatnye asyik lupa dan cite pun dah basi, dan malas la nak post..hihi..
Ni free meh update gambar2 aina shafeeyah yang duduk dalam draft ni. Kami dah dah tau naper suka letak tgn kat pipi gitu, sbb duk tiru rancangan NHK dia tulah..ala lagu english tu, yang lagu last tu "GOOD JOB" , semua budak2 jpn tu letak tgn kt bahu dan angkat sebelah kaki..hahaha..aina sangat la suka rancangan NHK tu..tergelak kami duk tgk gelagat aina bile tgk rancangan NHK tu, duk tiru budak2 dalam tu, duk gelak sorg, tepuk2 tgn, joget2..hahaha..aina oo aina..byk la pulak ade gmbar2 aina yang terkumpul dlm draft ni..meh satukan, update sekali utk tatapan family di Malaysia.. Alahai sian tgk aina takde ruang nak main kereta tu, sorry ye aina, rumah kite ni cenonet sgt. Skrg kereta tu duk dalam stor je. Rancang nak bawe main kat koen( taman ) je..hr tu duk main2 kt bawah rumah ni, pastu nak simpan kereta tu masuk stor, punya la menangis duk tarik kereta tu. Dari beli pun, aina je yang tarik kereta tu sampai kaunter nak bayar. Beli 2nd hand je pun. Kami nak bawe kereta tu pun aina nangis2 tak bg lepas, akhir nye terpaksa dukung aina dan kereta die tu sampai ke car park..adoii aina aina..
sangat suka main kereta mainan skrg..;p hr2 duk minta "car..car" hihi actually bukan kereta mainan si aina pun, kereta mainan ayah aina...habis si aina ni belek2 kereta mainan tu, buka pintu kereta tu, duk jalankan kereta tu....ayah aina kan suka kereta, dah nampak sgt si aina pun gitu..;p Duk main kereta control pun pandai dah, tp pandai tekan ke depan jelah..hihi..anak perempuan ni...risau duk main bola dan kereta je hr2, duk belila mainan dapur masak dan alat2 masak tu, iron dan iron board, seronot la hr2 duk masak kat dapur mainan tu, yang lawak ye, kereta mainan mesti ade atas dapur masak sekali , tak pun atas iron board..hahaha..red car kesukaan aina mmg tak tggl. Kdg2 sampai tertido duk pegang kereta merah itu..aduss..
Ni pulak gambar time birthday party Zayyan ahad lepas. Sejak gi birthday party kekawan iskandar dan Nazran, aina sgt kenal ngan lagu happy birthday. Klu nyanyi lagu happy birthday, aina mesti gelak, sampai tepuk tgn dan mucung mulut ke depan je...gaya nak tiup lilin kot..hahaha..budak2kan, kuat ingatan . Suka la tu ramai2 kekawan jumpa.
Okla, sekian saje..Masa utk titun..

Thursday, March 25, 2010

Kanazawa Zoo @ Kanazawa Shizen Koen

Kanazawa Zoo ada buat anniversary festival, so cuti weekend 3 hari weekend lepas tu tu entrance fee tu free je. Sabtu lepas tak kemana tu, duk cibuk konon ye nak ke kedai untuk baiki kereta yang dilanggar cenonet tu, tp tak jd, sbb weeknd kan nak guna kereta.
Hari Ahad lak, ade jemputan birthday party zayyan, thank you murni & joe jemput kami. Kami gi ngan idanuar je. Thanks to idanuar dtg ambil kami. Seronot la kan duk bual2 jumpa kekawan.
Hari isnin tu, pagi pkui730 dah kuar gi Kanazawa Zoo ni. Mula2 tu malasla nak pergi sbb tak prepare ape2 pun. Pas subuh, sempat goreng keledek utk sarapan..Dalam perjalanan singgah beli 3 ketul onigiri. Planning mmg nk gi awal pg sbb nak balik awal. Sampai2 sampai kat gate tol nak ke Kanazawa Zoo pun tak buka lg, hihihi, tu pun mmmg dah ade org jepun beratur duk menunggu. Tak lama pun duk tunggu. Tapi mmg berbaloi la dtg awal, masuk awal, dan dpt balik awal. Masa balik tu, tgk punya ramai duk beratur nak masuk parking zoo tu , cuaca pun cerah dan free pulak, mmg ramai la umat manusia ye.
Sementara tunggu gate zoo tu buka, duk layan bergambar kat nanohana ni. Konon datang siap pakai mask, tp tak cun la nak bergambar..so cabut je simpan..hihi..alhamdulilla ok sikit hidungku minggu ini.;)
Nonahana ni depa tu tanam kat liring bukit. So cam susah sikit nak ambil gambar.hihi.
Bunga apa ntah ni layan jelah yek.hihi
Aina asyik nak lepas je berlari2. yelah budak dah kuat berlari maner nak duduk diam. Masuk je gate Kanazawa Zoo tu dapat survenior 3 ketul pin button. Ayah aina kate klu dpt magnet ke keychain ke ok gak.haha. org dah nak bg, abik jelah..;p
Masuk2 je gate, ade laluan terowong dan kiri kanan ade kartun2 nih. Aina suka jelah tgk.
Chak aina naik bas ngan ibu nih..;p
Pastu mula la perjalanan melawat haiwan2 kat zoo ni. Aina mmg taknak la dah duduk dalam stroller..lari sana sini, tunjuk haiwan tu tunjuk haiwan ni..ponat sunnguh kejar die je sana sini. mulut pun bising je..ape yang di cakap, ntah la bukan ye kami paham pung..kihkih. duk sibuk nak pegang anak2 jpn la, mainan anak2 jpn la...alahai aina ooo aina. Pujuk masuk stroller taknak, takpela ikut jela si kenit tu. Then bile tiba jalan yang berbukti, tercungap2 duk jalan..hahaha..
"Aina duduk la dalam stroller ye" ..terus tepuk2 stroller minta duduk, kemudian duk jerit airr air..hahaha..tau pun penat..Kemudian rehat makan keledek sementara ayah aina duk menembang sana sini.
Dalam byk2 gambar aina, nak gelak tgk mata aina time nih..hahaha..Ntah berapa kali aina duk turun dr stroller, ayah aina kate tak reti duduk diam dalam stroller. haha. "Biarla ayah aina, aina nak bebas, takpela ibu aina jg je..ayah gi jelah menembak haiwan2 tu..;p"
Ntah berapa kali duk berhenti rehat, sbb berbukit2 la Zoo ni..ponat den..hihi. Ni last berhenti, kami makan onigiri je..hihi
Ni pulak haiwan2 yang sempat di'tembak' oleh ayah aina. Layan jelah yek. Bila kat rumah aina tgk gambar2 haiwan ni, punya la bising mulut die duk tunjuk2 jerit2..kenai la kot haiwan2 tu..hahaha
Salah satu permandangan yang di ambil. Tinggikan kawasan nih..tu jenuh kakiku..
Kemudian, pukul 12 tu kami gerak balik. Aina dan ibu aina pengsan dalam kereta..hihi. Sampai rumah, solat zuhur, dan sambung tido balik..hihi..bangun2 baru terasa lapar..makan, dan kejut aina, sbb dah tido lama sgt..hihi.solat asar, kemudian kuar gi beli brg2 dapur dan singgah hardoff..;)

Fruit Jelly

Fruit Jelly ni dah banyak kali buat. Ni resepi duk ambil dari KYani MyR. Terima kasih kYani. Kali ni buat duk bawa di birthday party zayyan. Meh duk simpan resepi ni kat blog ni utk rujukan akan dtg..

Bahan-bahan ( 2 orang ) - oren, grapefruit atau limau
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

Nugget Ayam

Nugget ayam ni buat minggu lepas. Lama dah duk teringin dah makan tp malas nak buat..hahaha..kali ni duk try nugget ayam kHana tu..simple dan mudah je..thanks you kak Hana..duk simpan CnP dan sini yek.

Bahan-bahan
  • 400g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar breadcrumbs - bleh ganti tpg gandum@serbuk cornflakes@oat
  • 1/2 sudu kecil baking powder - tk nk ltk pong xpe.hanya utk kembungkn je
  • 1/4 biji telur
  • garam
  • lada sulah
Utk Coating
  • Kaedah 1:
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum
  • Telur - dikocok
  • Kaedah 2:
  • Air
  • Penyembur air@spray
  • Breadcrumbs
Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  • Bulat2kan dan leperkan mengikut kehendak masing2. -hana buat bentuk love.
  • Utk saduran@coating:
  • Kaedah satu - Lumurkan nugget yg dah siap tadi dengan tepung, kemudian celup ke dalam telur yg sudah di kocok dan last skali guling2kan ke dalam serbuk breadcrumbs. buat sehingga habis. Jika inginkan coating yg lebih tebal, ulang 2 kali kaedah tadi.
  • Utk kaedah kedua agak mudah kerna tak menggunakan telur. hanya perlu semburkan air ke atas nugget depan dan belakang then lumurkan dengan serbuk breadcrumbs.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
  • Siap utk dihidang dengan sos dan juga mayonis.

Wednesday, March 17, 2010

Aina - Check up

Hari ni, pagi2 dah kuar untuk check aina shafeeyah kat Kuyakushou untuk umur 18bulan. Dah lama menunggu check up nih, sbb ade check up doktor gigi..sebab ape? jom cerita..
Kami sampai 845 pg dan ambil no. Alhamdulilla no5 je..Bual2 tanye aina pandai ape, suruh cakap, sebut, tunjukk pun aina diam je..hihi..blur la tu pg2...Bila ibu ayah suruh tunjuk bru die nak tunjuk sikit..tak kisahla part tu sbb normal la tu budak2...
Kemudian gi timbang dan ukur tinggi dan jumpa doktor. Doktor kate ketinggian dan berat aina ni paras2 biasa je, so kena makan banyak lg..Aina sejak 14bulan bru nak makan okay sikit, tp tu pun nasi kurang la. Kemudian bila dah 16bulan, laju sikit makan tu..alhamdulilla. Dan sejak seminggu ni alhamdulilla aina membuang (poo) hari2 dah. Sebelum ni aina hanya membuang 1minggu sekali je semenjak berusia 3 bulan. Dan sejak makan solid pun, kalau masa nak membuang tu, aina mmg akan nangis, walaupun tahi tak keras maner pun. Kalau keras, lagi la nangiskan.. Even, sekarang pun aina membuang hari2, aina still akan merengek nangis, tgk tutt tu takdela kerass pun, tp nangis gak..Risau dah, sbb sejak lahir aina ada masalah usus sikit, hingga masuk ward masa usia aina 7hr. Dan bila skrang aina dah membuang hari2, syukur sgt2, moga aina tiada masalah ape2..bab nangis tu..ntahla, tp itula hakikat nya, so mmg tau la klu aina nak membuang mesti akan nangis atau pun merengek minta dipeluk..hihi..berbalik pada doktor td, die kate okay je, usus aina nak sesuaikan diri kot..insyaALLAH moga2 semuanya normal.
Akhir sekali, kami jumpa doktor gigi..
Doktor : naper gigi aina ni ke depan? ape berlaku?
ayah aina : emm tak tau..naper doktor?
Doktor : Saya pun tak tau, tp ini abnormal. Nanti leh check ngan pakar gigi.
Gitu la lebih kurang dialog doktor gigi tu ngan ayah aina.
So dalam buku boshitenchou tu mmg kena bulat la abnormal..huhu..Sebenar ye kami mmg tau dah. Aina lahir dlu, Doktor Chin (paed aina kat msia) dah bgtau, rahang aina senget sikit. Siap kate ibu ade terjatuh je ketika mengandung, takde. Takpela, janji anak ibu ayah sorg ni sihat2 hendaknya. Mmg perasan pun, time aina kecik2 takde gigi, time tidur tu, bibir bawah aina akan senget..ibu aina selalu selawat je betulkan bibir tu. Doa2 moga2 semua ye normal. Bila dah besar sikit, ok dah bibir tu, tak nampak sgt..
Dan bile aina dah tumbuh gigi, mmg perasan pun kelainan dgn susunan gigi atas dan gigi bawah aina. Doktor td kate, gigi/gusi bawah aina ni ke dalam sgt atau gusi/rahang atas ke depan sgt. So mmg ade ruang di antara gigi atas dan gigi bawah bile aina tutup rapat gigi die. Lebih jelas gigi atas menutupi gigi bawah bile aina rapatkan senyumm..hihi..susah nak terangkan. Tapi mmg dah perasan sebelum ni, dan tau aina mmg gini sejak lahir gitu, takpela aina, ibu ayah tetap sayang aina dan bersyukur sgt dengan kelahiran aina ke dunia ini.
Balik rumah terus call makcu aina. Makcu gelakkan aina..sampaii hati makcu yek..Makcu kate takpe, mungkin rahang mulut bahagian bawah aina tu kecik sikit, tu yang jadi camtu. Bila jadi camtu,mungkin akan ade masalah dari segi nak permakanan(gigitan gigi) dan kecantikkan( susunan gigi). Sekarang aina kecik lg, so biarkan dlu, insyaALLAH mungkin rahang mulut tu boleh normal. Ape pun nanti boleh check pakar gigi atau pakar kanak2. Ayah aina kate, takpela, kami tunggu makcu jd pakar doktor gigi dlu yek..insyaALLAh amin..Ibu ayah sentiasa doakan aina shafeeyah sihat2 hendaknya. Aminn

Daging Masak Merah

Dah banyak kali duk try masak daging masak merah ni. Dari resepi kHanieliza tu, ke resepi ros, ni pulak try resepi kHana. Semua pun sedap2 dan yang penting en.Suami suka. Almaklum la daging masak merah tu mmg kesukaan die. Kate je daging, mmg Ok jelah..ok ni rajin sikit nak letak resepi kHana ni. Terima kasih kHana.

Bahan-bahan
  • 300g daging - rebus dan hiris
  • *15-20 tangkai cili kering - celur air panas, cuci dan toskan
  • *3 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 btg serai - ketuk
  • gula @ madu
  • garam
  • tomato - belah 4 - optional
  • sedikit air rebusan daging - utk lebih berkuah
Cara-cara
  • Blend@kisar bhn yg bertanda *. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  • Masukkan bhn blend dan serai. tumis hingga cili msk dan pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, gula@madu dan garam secukup rasa.
  • Masukkan daging. Jika inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air rebusan daging tadi. Kacau dan didihkan.
  • Last sekali masukkan tomato jika suka. Matikan api dan siap dihidang.