Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431

12 Rabiuawal 1431. Salam Maulidur Rasul buat semua. Marila kita bersama2 mengingati baginda dengan perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda, mengikuti amalam dan sunnah baginda.
Semoga kita dapat meningkatkan amalan ibadat kita untuk bekalan hari akhirat di sana. InsyaALLAH..


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
p/s : Peristiwa2 ni di petik dari http://myjusdy.wordpress.com/

Thursday, February 25, 2010

Aina vs Pigeons

Aina sekarang suka la sangat kuar rumah. Kalau sejuk main kat bawah rumah ni aje.Dah panas ni leh la gi koen jauh sikit tu ( kat Rosen) selalu. Saje suka main2 ngan aina. Aina suka la sgt main gelongsor. Sekarang dah nak naik tangga gelongsor tu sendiri. Uish berdebar2 ibu ni tau aina. Aina ni siap jerit2 marah kalau dipegang. Hari nih naik tangga rumah(rumah aras 2 ) dengan sndiri. Aduhai dah la tangga tu kotor sikit berpasir2 tapi bila dah nangis2 jerit nak naik sendiri. Ikut jelah dari belakang..Amboiii memang berjaya sampai depan pintu ;p

Untuk keluarga tersayang di Malaysia, layan la video aina berlari2 kejar merpati nih.

Wednesday, February 24, 2010

Cerita kami

Wah lama sungguh la tak update blog ku ni..dah bersawang sana sini..meh hr nih duk mai clean up semua sawang2 kat rumah kami ni..;p

Sejak seminggu lebih kami kurang sihat. Ibu aina la mulakan dulu. Demamnye kejap je, tp selsema dan batuk2 tu je yg berlarutan sikit. Ibu aina jelah yg masih selsema..tinggal sikit je..sejuk2 ni susah nak baik. Ke sbb mmg ibu aina ni kurang antibodi ;p Oleh kerana tak sihat tu, kami duduk rumah je weekend, layan Heroes session 4 dan Avatar. Heroes Session 4 tu layan sampai habis..hahaha..mmg suka tgk heroes ni dari session 1 lg. Pastu kami ni siap berangan plus lakonan lawak2 nak jadi hero dan ade superb power...aduhaii..;p

Aina Shafeeyah kami pun dah besar. Banyak la sangat keletah ye. Kejap la sgtkan die membesar. Rase macam baru je lahirkan aina..hihi..tak puas lagi nak tengok die masih baby. Sedar2 ni dah berlari nih.
Ni bawah ni ade video untuk tatapan family2 di Malaysia yang merindui Aina Shafeeyah kami. Ni video ahad lepas. Abaikan mukanya yang serabai itu ( baru bgn dr tido)..Abaikan la juga bunyi pinggan tu. Tengh goreng bihun tu kat sebelah tu jek. Hehe. Pas subuh slalu taknak tido nak terus masak ke kemas ke, tp si kecik tu tahu je ibunye takde sebelah, isk sabo yolah yek. Paling tak best, bunyi air paip tu pun die leh jaga. Sebenar ye mmg leh dgr pun, slalu kalau dalam bilik ngan aina, mmg leh dgr ayah aina kat dapur plus ruang tamu ni tgh buat ape cam buka tv ke, lagu ke, buka paip ke, gi toilet ke..hahaha.nampak sgt kecomelan rumah kami. Okla layan jelah ye video bawah ni.


Sekarang pun dah mula panas sikit2. Lega la sikit..tak suka winter, sebab sejukk sgt, nak buat ape pun susah..dan kalau sakit demam semua ni susah nak baik.Pasni musim bunga..yeahh..musim yang kami tunggu2. Sangat suka. Tak sabar pulak nak gi menembak bunga2 itu. Tak sabar nak tengok sakura. Okla time to sleep. Gd nite.

Saturday, February 13, 2010

Purikura

Gambar purikura kenangan masa my family datang Japan 2009/2010..

Tuesday, February 02, 2010

Snow 01022010 @ Yokohama

Ramalam cuaca bagitau akan turun snow kat tokyo dan yokohama semua la. Gembira la sgt, moga2 la lebatkan. Tapi dari petang semalam akan hujan je. Dalam pukul7 tu nampak la turun salji sikit tapi cair la bila sampai ke bumi. Takpela mungkin takde rezeki nak turun tahun ni. Tahun lepas pun turun sikit je. Dua tahun lepas best, lebat gak time tu, siap ramai sangat org2 kat sini buat snowman.hihi. Tapi time tu pregnant aina, jenguk dari dalam rumah jelah.hihi.
Kemudian dalam pukul 815 ayah aina balik dalam keadaan basuh kuyup dengan salji sekali. Yatta yuki/snow!! Malam tadi agak lebat gak. Kami siap turun dalam pukul 1130 mlm . Hajat hati nak je buat shnowman ke main2 salji ke, yelah salji tengah turun gitukan, tp ayah aina kate bising nnti ganggu ngan suara aina gelak semua. Takpela aina, kejap jelah ye..Aina asing tengok atas je bila salji tu kena muka die. Terkelip2 mata basah ngan salji dan hidung pun merah. Aina memang seronot sangat la, tapi kejap jelah.hihi
Pagi tadi pas subuh semangat sungguh nak main salji, tapi tengok jalan semua dah jd gini. Salji pun dah mula cair. Takpela ambil gambar jelah nanti. Masak bekal ayah aina semua, kemudian kejutkan aina. hihihi.Ayah aina gi keje lewat sikit la sbb nak layan ibu ngan anak ni main salji. Ibu ye lebih2 kot ;p
Ni kat koen dekat ngan rumah. Siap baringkan aina. Awal2 aina seronot. Bila tangan die pegang salji tu, sejukk mula la asyik tunjuk tangan. Perit la tu. Ibu aina pun terlupa nak bawe gloves...aduss..sorryy

Seronotla sangatkan. Ringan je salji ni cam bedak la pulak..hahah. Konon nak buat snowman, tapi bile salji tu berderai2 cam powder, takpela batalkanla. Lagi pun aina dah sejukk..rengek2..kita main jelah aina..;)
Kemudian kami pusing2 ambik gambar kat kawasan ladang sayur..cantik2, putih je semua..hihi
Awat aina nangis..wuaaa sejukla ibu..dokongla aina. Nasib baik dokong okay je, tp asyik tunjuk tgn, merah dh..hihi




Kemudian balik, ayah aina sarapan je, terus gi kerja. Walaupun tak sempat nak buat snowman, tetap best dapat main snow..hihi. best2. Kalau ayah aina cuti, confirm kami kat bawah main salji ni. Skrg nih tengah pangku tidokan aina.hahaha.gagahkan diri update blog. Pasni nak buat karipap dan roti untuk bekal ayah aina. Wua ayah aina ada training 3 hari kat Gunma esok hingga jumaat. Tinggalla kami berdua je. Sedih2. First time kami kena tinggal ngan ayah aina kat Jepun ni. Moga2 aina sihat2 ye. Jangan pulak asyik tanya ayah tau..Jumaat malam ayah aina balik dah..Okla layan la video kat bawah ni, ni abik malam tadi..jaa