Thursday, April 30, 2009

Aina's first tooth

Hihihi..sebenar ye si aina ni dah tumbuhh gigi. Patut la hari yang aina leh berdiri ngan sendiri kat sofa tu, ptg tu aina gigit bahu ibu..iskk sakitt oo siap ade kesan titik merah lg..hahahaha..mesti dah nak kuarr gigi tu..tgk2 mmg betui la..hihihi..hahahah rase la semua tempat aina nk gigit..tapi tak dpt la nk ambil gambar gigi aina tu..nnti la klu berjaya leh letak gambar..sabar ye family2 kat msia, insyaALLAH nanti aina balik raye tahun ni leh jumpa yek..hiihi..
Aina dah tumbuh gigi, tapi yang pelik ye ibu ye aje yang kena gigit. Tangan ibu la, bahu la, lutut la, lenganla.. tp klu ayah aina umpan jari kat aina pun die taknak gigit..naper yek? hahahaha..
Alhamdulilla aina masih susu badan. Cuma aina ni makan tu makan la, tapi takdela banyak maner, tapi kalau myusu tu mmg byk la..hihi..sbelum dan slepas makan pun mesti nk susu gak. Ape ntah lagi klu nak tido tu, confirm cari ibuu..huhuu..

Rinko Park

Sekarang cuti Golden Week, maka ayah aina cuti dari semalam lagi sampai rabu depan. Lama kan..Semalam gi maner? hahahah tak gi maner2 pun..duduk umah je kami.hihi. Tak gi bercuti? hahaha.. kami simpan wang, mahu balik msia raya tahun nih, so mmg byk pakaii wang oo..lagi pun ayah aina tkde ot tkde..so kena ade langkah berjimat cermat..hihi
hari ni, pas zuhur gi beli sayur2 sikit, pastu gi Yoshikata, kozukue eki, yokokama line. Konon ye nak buat appointment for routine check up ngan O&G nih. Tapi die kate tak perlu, leh datang je esok atau lusa, sbb hr ni depa tak buka. So esok jelah check up.
So pastu berkira2 nk gi maner? jom kite gi nishi matsuya cari baju aina. Sian aina baju jalan takde. So sebelum sampai ke nishi matsuya kat Minato Mirae, kami singgah kat Rinko koen nih..saje2 bawe aina jalan. Kecik je koen nih, tapi okay la, jalan2, cuci mata..hihi
ramai pakcik2 tua tido siap bukak baju tu..hihihi...cam ala mat saleh lak yek.



Belakang tu skywalk. Teringat lak pergi situ 2 thn lepas.


Sekejap pun kat koen nih. pas tu gi shopping baju aina kat Nishi Matsuya. Situ kan leh dapat murah2 sikit banding kat tempat lain. Dapatla aina 2 pasang baju baru, 2 seluar, dan topi..yeah yeah..Setiap satu semua ye tak sampai pun 1000yen..hihi..suka2.

Monday, April 27, 2009

Hujung minggu kami

Sabtu
sarapan cek mek molek dan kuih keria..golap la terlebih goreng..huhu. Dari jumaat malam tu hujan lebat sangat. Sabtu pun satu hari hujan lebat. Sudah tentu ramai yang hanya duduk di rumah sahaja. Tapi tidak kami. Ayah aina ada program bersama2 rakan2 Panasonic, kumpulan sama training awal2 masuk kerja Panasonic di Osaka dahulu. Maka,rancangan perjumpaan susah lama dibuat, ramai kawan2 ye turun dari Kansai untuk join aktiviti di Kantoi ni, tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan.
Program tu 2 hari, tidur di hotel pnginapan panasonic kat Shonan, tapi ayah aina hanya join aktiviti sahaja. Sabtu tu hujan, dah serba salah nak join. Tapi depa call..hihi.memang serba salah, dalam hujan2 yang lebat itu, kami kuar rumah gak menuju ke Kamakura selepas solat Zuhur. Pada awalnya, kami berdua hanya duduk dalam kereta sahaja, yelahkan hujan lebat sangat, sian aina. Ayah aina je kuar gi jumpa rakan2 die tu.
Kemudian, depa datang kat kereta ajak minum lepak2 kat kedai crepes. Semua aktiviti batal sebab hujan memang lebat. Berpayungan bersama aina duduk la lepak2 bual2 kat kedai crepes di Kamakura tu. Tak ramai pun join, mungkin sebab hujan lebat, dalam 10 orang je kot. Cuaca memang sejuk sangat weekend nih, nasib baik aina dah ready baju tebal sikit. Ayah aina je yang bawe isteri dan anak2. Lain semua single. ada yang dah kawin pun datang sorg2. Gitu la ayah aina, klu weeknd mmg akan angkut kami bawe gi. Dlu pernah ade seminar kejaya kat TOkyo University pun, ibu aina ikut sama gak. Yelah akan nak kena tinggalkan, dah la weekdays kat umah je...( tipuu kuar gak la gi kedai..huhu) ..pernah ada training keje kat osaka pun ayah aina bawe ibu, tapi tgglkan kat kyoto. Samala dulu awai2 sampai jpn pun sebelum sampai Yokohama, ibu aina kena tinggal kat kyoto gak sbb ayah aina training keje kat Osaka, lama gak dekat 2 bulan kat sana.
Dah lewat petang dalam pkui 5, kami minta pulang dahulu, yelah aina pun dah mula buat hal, laparr la tu dan ngantuk. Pas sessi bergambar kami pun beredar di dalam hujan.hihi. Pakai payungla. Berhenti di PAsaraya Sosetsu Rosen dekat2 situ, solat asar sat. Kemudian terus balik. Kami makan bekal dalam kereta je Kuih keria, cek mek molek sarapan pagi tu, roti keledek, nasi impit dan kuah kacang. Yelah semalam buat soto ayam, rebuh nasi lebih sekali dan masak kuah kacang.. Sampai rumah pun hujan lagi.Mandi2, solat magbrib, masak mee goreng je. Malam ni kami tido lambat dalam 1 lebih kot. AYah aina layan bola Selangor lawan Kelate..hahahaha. ibu layan cerekarama kat Tv3 je. streaming tu, dapat lak mlm nih..tkde keje, bukan leh tengok sangat pun, sebab main bersama aina.

Ahad
Dalam pkui9 pagi kami bertolak ke Shonan. Ade festival tepi pantai tu, tp orang punya la ramai. Ade flea market, ade main skateboard, ade main futsal pantai, ade gak cam concert kot.hihihi. Memang sangat la ramai dan tak best ye angin sangat kuat sampaikan pasir memang naik ke muka la. Sian aina, tapi apakan daya.hihihi...
Then, acara akhir lunch. Hihihi.. Depa tanye ayah aina nk lunch kat ner, sebab area situ semue ye penuh ramai orang. Ayah aina ajak makan roti nan kat maner lg kalau bukan Mr Max, Fujisawa. Last makan situ ramai2 thn lepas ngan idanuar, ayindin, idaherman,imakuchai, shielaazam. Masa tu pregnant aina ni duk teringin nak mkn roti nan..haha..Tapi makan ngan orang2 jepun tak best, kami pun bukan ye pandai sangat nak bual ape kan..kami makan jelah..hiuhihihi. Habis2, bual2, bersurai..hihihi. Hantar depa kat Fujisawa eki.
Then kami terus balik, singgah Sonandai beli ayam dll dan kat kedai Thai tu beli serai dll. Nak singgah umah idanuar, tapi kami tak larat penatt sangat, lagi pun dah petangkan. Takpela golden week nih kami jumpa ye mama aiman.








Friday, April 24, 2009

Sweet Potato Bread

Sweet potato bread baru je buat hari ni. Tapi dah abis 3 ketul, baru je makan panas2..huhu..dah dinner soto ayam. Tapi lapar lagi..hahaha..Resipi ni dari Ros Toyosu, tapi tak guna ubi kentang, guna ubi keledek je..sebab ada keledek..so ini la sweet potato bread. Sedap roti nih, lembut je..Sweet Potato Bread

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

135 ml air ais
3/4 cmt garam - guna 4 g ( 1 sudu kecil BM)
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang) - guna ubi keledek
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung - guna 8 gram (1 sudu besar BM)
50 gram gula
2 cmt yis segera - guna 4 gram ( 1 sudu kecil BM)

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
  2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
  3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
  4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
  5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
  6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
  7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
  8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).

p/s : Guna BreadMaker, BM je. Maka, semua bahan masuk dalam BM dan tekan untuk doh dan On. Siap dan ikut dari langkah 3.


Custard Cream @ Honey MyR

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega


Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Thursday, April 23, 2009

ooo Aina dah berdiri..dudukk lum lg

Ooo aina shafeeyah..akhir2 ni aina suka sgt panjat2 ibu ayah ye. pagi td ibu tgh masak bekal ayah, tgk2 aina dah berdiri kat sofa, jatuhkan mouse, jatuhkan jisho, iPhone..huhuhu..pastu tergolek terus..ayah aina dalam toilet...mmg hr ni semua die nak panjat sofa la, katil die la, kerusi la..hihihi..tapi tak pandai imbang badan lagi. tu yang tergolek kalau tak jaga. Tengok tu ape lagi nak abik tu. Sofa ni dah tak jadi sofa, jadi meja ibu aina. Sebab aina ni tak bagi ibu ye duduk kat meja, so nak sama2 ngan die terpaksa la duduk bawah ngan die. So selalu la aina akan panjat ibu ye nak tengok laptop tu. Kami selalu la layan lagu2 aina kat youtube tu. Tak sangka la pagi ni die leh berdiri sendiri kat sofa tu sendiri.hihihi.
Ni gambar siang td bersama ibu la.. letak bantal la klu die dah panjat tepi sofa tu. Tapi selalu peluk je la dari belakang. Tapi aina lum leh duduk lagi, tu yang tak sangka die dah leh berdiri tu.hihihi. hari ini pun penat, abis bdn ibu ni nak di panjat ye..Risau sungguh.mmg takleh tinggal. Time solat tu sumbat dalam katil mama aiman bagi tu. Nasib baik ade katil tu, so senang la sikit ibu dan ayah dan solatkan. Tapi jaga2 gak..Aina baik2 tau..ibu nak solat kejapp je..main dalm ni tau..so alhamdulilla. Tapi memang tak leh lama la. Kalau nak mengaji tu, mula la si Aina ni bangun meniti kat katil tu..isk isk kowaii..terus angkat letak bawah sama2 ngaji. Ni gambar aina berdiri hari nih..hihihi..
Hari2 jom main bersama2 aina. Isk jangan tgk tv dekat2 la aina. Nanti mata tu rosak. Tak moh la pakai spek cam ibu ngan ayah yek..gambar bawah ni aina tgh tgk tv
Amboii tekan2 jangan tak tekan. Tapi selalu ye aina akan naik atas mainan tu..hahahaha..seriuss ye mukaa tgk camera..

Ni gambar weeknd hr tu..hihihi..hai aina kena cari baju baru nih..baju takde la. Tapi nasib baik baju2 yang beli dari malaysia semua besar2. So memamng muat lg la. Tambah pulak sejak aina merangkak nih, berat ye turun sikit. Kelmarin ibu aina bawe aina gi klinik check up free tu..hihi. ayah aina keje. So pergi jelahh ngan aina tu. Alhamdulila semua ye okay. Berat aina skrg dalam 7.49 kg je. Turun dr bulan lepas sblm aina pandai merangkak.Bulan lepas 8kg ..hihi. takpela yang penting aina sentiasa sihat. Doktor nak bagi vaccine DPT dan Hib tu, tapi ibu bagitau la polio baru abik last week. So tkleh la, next month baru leh abik vaccine tu. Kat jepun ni memang asing2, tak sama ngan malaysia, semua bagi sekali gus.hihihi.

Roti Manis

Akhir-akhir ni memang terpaksa buat roti je. Kenapa yek?? huhu
  1. Ibu aina asyik lapar je, so mesti sentiasa kena ada makanan untuk di makan.
  2. Roti leh buat sarapan esok pagi ye tu.
  3. Roti gak ayah aina leh bawe bekal untuk minum petang kat pejabat.

Maka, terpaksa la sentiasa ada roti kat umah nih. Paling teruk pun ayah aina kate on je BM tu, pagi esok siap sebuku roti. Tu memang tahap malas gaban..hhihii..sejak ade aina nih, roti nih memang cepat je habis, sbb ibu aina ni sentiasa kelaparan.hihihi. Kalau dlu, sebuku roti tu pun abik masa nak abis. Sekarang, ibu aina leh makan Roti itu cam iklan tu..sungguh enak di makan begitu sahaja..hahaha..dah makan nasi pun nak makan roti lagi..hihihi...so ayah aina kate buat la roti lain2 gak. nak cipta roti sendiri, aduhai den tak pandai la..so tiru la resipi dr kak yani@ MyR..hihihi..opss tak bagi laporan lagi, ampunn nnti cikgu Ros kate tak aci..hihi insyaALLAh nanti bg laporan yek..hihihi..sedapp roti ni..buat smlm tapi dah tggl seketul je..huhuhu..

Bahan-bahan ( 10 biji )
**Roti**
250g tepung roti
150g air
25g telur
7g susu tepung
30g gula
3g garam
30g butter
3g dry yeast
*****************************
** Topping **
65g tepung gandum
40g gula halus
40g butter
50g telur
15g susu
sedikit esen vanila

Cara - cara :
  1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker.
  2. Cara buat topping: Pukul butter dan gula sehingga putih. Masukkan telur pukul lagi sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen vanila-kacau . Masukkan pula tepung-kalau lagi. Kemudian rehatkan lebih kurang 30 minit
  3. Keluarkan roti dari breadmaker. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan 10 minit.
    Ambik sebiji roti, leperkan di atas tapak tangan. Ketemukan semua hujung, buat bentuk bulat. Buat sampai habis. Penaikkan sehingga 2 kali ganda.
  4. Masukkan topping ke dalam peper aising. Pipe kan ke atas roti seperti dalam gambar. Rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/186
  5. Bakar dengan suhu 200C selama 8 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Bakar lagi selama 4 minit.

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/186

Sunday, April 19, 2009

Meron Pan

Meron Pan atau roti melon..selalu nampak kat kedai2 roti kat sini. Dah lama teringin sangat nak cuba buat, kat blog ros ade, kat myresipi ade,tapi tak buat2 gak. Jalan2 kat umah fith terusss.. yoshh....jom buat. Buat semalam, malam la sebab ayah aina leh jaga aina kejap. Comott roti ibu aina ni..malam2 buat penat lak tu, ade senget la dan semua cam terkurang gula kat topping tu. Dan paling kelakar ye, duk letak 10biji dalam satu tray oven tu, bakar sekali, abis la duk bercium antara satu sama lain..hahaha..
Tapi letak dalm blog, snap gambar roti dari sudut yang agak comeyy sikit..hahahaha..So first time la rase roti nih..sedap2..suka2..hihihi..pasni leh buat lagi..hihi.

Bahan-bahan ( 10 biji )


ROTI
125ml air
30g telur
250g tepung roti
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast

COOKIE
150g tepung gandum
45g gula halus
4g baking powder
30g butter
50ml telur
20g chocolate chips

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  2. Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
  4. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
  5. Satu bahagian letaklah chocolate chips.
  6. Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
  7. Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  8. Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.
    Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.
  9. Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  10. Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
  11. Canaikan cookie
  12. Letakkan cookie ke atas roti
  13. Celupkan bahagian cookie ke dalam gula
  14. Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
  15. Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  16. Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/417


Mozzarella Cheese Bread

Minggu lepas, sempat buat Mozzarella Cheese Bread ni. Mood aina chan khamis tu okay sikit, so sempat la buat roti ni. Jumaat tu ayah aina cuti, sebab nak bawe aina abik vaccine polio kat kuyakusho. Kat malaysia, polio kena abik 3 kali, aina dah abik sekali masa 2 bulan. Tapi di Jepun ni hanya 2 kali iaitu masa musim bunga dan musim luruh nanti, atau bulan 4 dan bulan 10 nanti. So sensei kate nanti bulan 10 ambil lagi sekali. Cam biasa, teman ayah aina solat jumaat kat Pejabat Petronas, Sakuragichou. Kemudian baru pergi Kuyakushou.
Resipi ini dari Myresipi gak. Klik
di sini
Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung roti
*30g butter
*1 1/3 sk dry yeast
*20g gula
*60ml susu
*1 biji telur
*1 biji telur kuning
*1/2 sk garam
Mozzarella cheese
telur untuk sapu

Cara-cara
1)Masukkan semua yang bertanda * ke dalam breadmaker.
2)Bila dah siap bahagikan kepada 8 bahagian. Rehat 10 minit.
3)Potong dadu cheese. Saiznya ikut suka... kalau suka cheese banyak... potong besar sket.
4)Ambik sebiji roti tadi. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian masuklah cheese yang dipotong tadi. Buat bulat dan tutup rapat.
5)Penaikkan 2 kali ganda ataupun 20-30 minit pada suhu 30C
6)Gunting 2 bahagian atas.. jangan terputus. Sapukan telur
7)Bakar pada suhu 180C selama 10 minit

Wednesday, April 15, 2009

Aina oo Aina

Aina Shafeeyah binti Ahmad Shaheer. Sabtu lalu genap 7 bulan usia ye, tapi ibu aina tak sempat nak updated blog. Sabtu lepas juga la Aina Shafeeyah dah boleh merangkak atau dalam erti kata lain, sudah boleh melunjur ke depan menggunakan kaki dan lutut. Walaupun tidak selaju maner, tapi destinasi yang dituju pasti akan sampai. Maka, kalau ibu panggil aina, meh sini, meh kat ibu..akan sampai la(tapi kena sabar la sikit) sambil hulu sebelah tangan. So sweet. Ibu tunggu die lama je nak sampai, tapi kalau ibu kat dapur kejap je dah sampai kaki kerusi meja makan tu.hihi.

Minggu lepas, pas solat tinggalkan kejap dalm katil sebab ibu aina nak gi tandas, tapi si aina ni nangis2, jerit2..fuhh yaring tau suara die..Kemudian ibu aina lari gi ambik camera dan snap gambar die. Mula2 nangis2. pastu perasan kite snap gambar die, leh la terus senyum2 tu..isk isk isk. sedangkan sbelum tu nangis siap menjurai2 air mata.Itu la Aina Shafeeyah kami.hahaha. ok start nangis gambar bawah ni..

eh eh eh,..ade camera la..kena control cun...kehkehkeh
ok smileeeeeeeee..hahahaha.
Kan die tipu je. Pastu okay je tak nangis sebab ibu ada sebelah main ngan die.hihi

Ni pulak gambar sabtu lalu. (7bulan)..suka sangat la si kecik ni ngan camera. Saper suruh dr kecik ajar depan camera kan..hihihi. Saper jelah pegang camera depan die, mesti nk tengok camera.hahahaha.


Tapi, sejak 7 bulan nih jugak la perangai aina ni makin berubah. Nak sentiasa ibu ada di sebelah..taihen gak la baper hari nih. Bila jauh sikit je dari aina, mula la aina menangis macam kena pukul.hihihi. Belum lagi bila nak pakaikan baju hari2 tu, menangis2, meronta2, melentik2 badan ngamuk2. tapi bile ibu angkat die, siap boleh gelak2 lg dan lompat2 lagi kat kite. Tak ke itu buat perangai2.hahahaha. Maka, beberapa hari ini asyik kedengaran suara aina yang nyaring tu. Tinggal solat nangis2,tinggal gi toilet nangis. Belum lagi masak atau mandi.hihi. Aina dah pandai minta perhatian, nak berkawan main sama2. Maka terpaksa setiap hari menemani aina bermain, tido semua la..Opss, cakap pasal tido..isk isk..tido ye nak berteman, ibu bgn je die pun sama jaga..hahaha..cmner tu. Klu dapat bangun senyap2 pun, kejap la sangat die tido.Dan tau je ibu ye dah tkde sebelah, mula la menjerit nangis2.hahaha..
Aina Shafeeyah binti Ahmad Shaheer...naper Aina Shafeeyah?.sbb memenuhi syarat2 ayah aina tetapkan seperti berikut:
(1) Nak nama anak mula dari A, sbb ayah ye pun mula dari A
(2) mesti ade double E, sbb ayah ye pun double E, dadaji ye pun double E, moyang ye pun double E, huhuhu..
(3) kalau boleh nak AS gak, sbb ayah ye AS dan ibu aina SA

syarat 1 dan 2 perlu ikut, ke 3 tu ayah aina kate tkpela klu tak dapat..isk susahh gak nk pilih nama utk anak2 ni. So jenuh la ibu aina buat senarai. Akhir ye, letak la Aina Shafeeyah, nama ibu dan aina dekat2 je, aina dan aisha, sampaikan ramai gak la asyik tersalah panggil aina jadi aisha, dan sebalik yek..hihi.
Ops..aina dah kaco.Dapat taip blog mlm je sbb aina leh kat ayah die kejap, yelah setiap rabu ayah aina balik awai..pkui5 dah kena balik..hahahaha...so kami tggu ayah kat koen je ptg td. Seronot sungguh aina tengok ramai kanak2 main. Esok klu free leh letak gambar aina dan publish post..huhuhu..

Monday, April 13, 2009

Kasai Rinkai Koen

Semalam kami pergi Kasai Rinkai Koen, Tokyo. Ada acara malaysian picnic. Pada awalnya, kami merancang nak naik densha je, tapi memandang cuaca pagi tu agak mendung, dan aina pun bangun lambat, sampai kami dah siap die baru nak bangun...kelam kabut gak la tiba2 tukar plan last minute kan..hihi...dari rumah ke sana dalam 44km..so naik keta 45minit dah sampai..gomen ne ros dan kak mega, lewat sikit la..hihi..Di antara warga2 malaysia yang hadir dalam gambar di bawah. Walaupun ramai yang tidak dapat datang tapi kami tetap seronok sangat dapat jumpa ramai2. Bual2 dan makan2. Makanan semua pun sodap2.hahaha..mkn dan mkn jelah..hihihihi. Selesai sessi bergambar, kami rancang nak singgah rumah ros. Tapi tiba2 tukar rancangan lagi, nak jalan2 sekitar park.

Pergi jalan tepi2 laut..Seronot tgk anak2 main tepi2 pantai..

Kemudian, acara terakhir kami ialah naik ferris wheel tu, terbesar di Jepun nih.
Mulanya ayah aina tak mahu naik, kowai yo..tapi ibu aina nak sebab tak pernah naik pun, tapi kowaii gak..kat fun fair malaysia pun tak pernah naik..selalu gak minta naik kat sakuragichou tu tapi tak kesampaian gak.kehkehkeh...
Then, takpela ikut ayah aina la, tak naik kite tggu bawah je. tengok ramai je naik, ayah aina kate..yoshh...jom kite naikk..hahahaha..jom..
Awai2 okay..dah naik tinggi sangat tak nampak gondola kiri kanan, rase lain sikit la..hahahaha..pastu okay je. Maybe tak pernah naikk kan..tiba2 terus naik the biggest one..hahahaha..ape pun arigatou ayah aina..seronottt..hihi..aina chan maintain je. siap nk lompat2, nak tengok luar tu. Tapi bile ayah die pegang camera, terus pandang je camera tu..hihi
Di antara permandangan yang sempat di ambil. Gambar2 selebih ye kat facebook.

Entry yang tak abis sbb aina chan kaco..huhuhu..pas abis naik ferris wheel, kami balik umah, Tumpangkan kak ida n luqman skali sbb abg hirman n kembartu tak dtg. PAs hantar kak ida terus pulang, gomen ne kak ida, tkleh la nk singgah sbb dh mgbrib.Balik2, mandi2, solat mgbrib semua, mandikan aina. Masak dinner dan rehat je. Tak done nk updated gmabar pung. Ni pun updated time aina chan ngan ayah die. Terima kasih ros n kak mega. InsyaALLAh nnti kite jumpa lg yek.

Friday, April 10, 2009

Nugget Ayam

Petang tadi teringin nak makan nugget ayam. So mari kite membuatye. Ambil resepi dari blog Kak D, resipi kak Noormasri. Tapi telah diubah suai serba sedikit. Sodapp nugget ni, ikut tekak aisha la.. Bahan-bahan ;
500 g isi ayam } dicincang dan dikisar
1/4 cawan breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
breadcrumbs secukupnya utk 'coating' (leh gak klu saper nk try serbuk cornflakes)
tepung gandum ( tambahan)
(1-2 biji telur }dipukul sedikit
- ayam kisar dan breadcrumbs tu aisha agak2 ikut berapa banyak nak buat.

Cara membuat ;
1. Campurkan ayam bersama breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Ambil satu adunan, balikkan dalam tepung gandum. (langkah ini, aisha tambah)
5. Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm breadcrumbs.
Di sini aisha hanya menggunakan breadcrumbs warna putih.
6. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos.

p/s : Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Yang ini Jeni gunakan breadcrumb warna kuning/oren. ( langkah ini aisha tak buat)

Kemudian, leh la frozen. Klu ayah aina minta nugget lg, leh goreng je.kehkehkeh

Thursday, April 09, 2009

Sakura yang berguguran jatuh ke bumi...

Hari ini bawe Aina chan jalan2 gi pejabat pos, gi rosen belis sayur2. Sepanjang perjalanan sakura asyik berguguran, memenuhi jalan2. Ade nenek sapu kelopak2 sakura yang gugur. Kami duduk kampung sikit, so mmg ramai sangat2 org2 tua. Klu naik bas tu, penuh je ngan org2 tua.hihi.
Sejak ade aina chan ni, rajin je nenek2 nih tegur. Tapi tegur aina chan la..hahahaha...aina chan nih pun peramah, bukan boleh ditegur sikit, mulala gelak2..tepuk2 pemegang stroller tu, hentak2 kaki2..hahahaha, ape lagi makin suka la nenek2 nih..hihi...Jom layan sakura2 yang gugur. Stroller aina chan pun byk kelopak2 sakura jatuh...haii, sakura nih nk tunggu kembang nih punyala bercinta kan..then kembang ye seminggu je, pastu gugur. So kena timing baikk punya saper yang nak datang melawat nak tengok sakura in full bloom...
Bunga ape tak tau, banyak je kt tepi2 koen tu..hihi
Pandai dah possing si aina nih, tau2 je klu nk abik gmbar die. Dah dr lahir asyik depan camera kan..kehkehkeh..

Roti Naan

Roti Naan nih buat kelmarin kot. Tapi tak updated pun. resipi nih dr Kak D myResipi dan kat blog Kak D pun ada gak. Selalu buat Roti Naan ikut resipi dari buku beli BM tu aje, senang sbb malas nk uli.huhu.kali nih kite try resipi org lain lak. Sedap gk. Uli sendiri uuu...hihi..Roti ni mkn ngan Kari Kofta dr resipi Kak D gak. Tapi bahan2 utk kari kofta tu tak cukup, tp layan jelah ape yg ade kt umah nih...habis gk di buat ye..5 roti naan biasa, 3 roti cheese naan...abis tu untuk kami berdua..hihi.. Bahan-bahannya (8 keping)
4 ½ cawan tepung gandum

1 paket (11 gm) yis kering
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur, dipukul
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar mentega cair/ minyak zaiton (saya guna minyak Zaiton)
4 sudu besar tairu (yoghurt)

Cara-caranya
1. Campurkan yis, air suam dan gula dan ketepikan selama 5 minit.
2. Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, tairu, mentega cair/
minyak zaiton, telur mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli
sehingga ia lembut dan licin.
3. Biarkan sekejap 15minit dan leperkan bentuk bulat dan potong 8 bahagian
untuk dapatkan saiz Roti Naan yang sama.
3. Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.
4. Canai di atas papan canai
5. Bakar diatas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua
belah masak. Angkat dan hidangkan.

- tepung tu saya agak2 je..mula2 buat dalm 4cawan je, pastu uli2, tambah
sikit klu lembik, uli la adunan sehingga lembut dan licin.
- prefer non stick pan

- untuk nan cheese, canai 1 bahagian, letak cheese dan tindihkan 1 lagi bahagian roti ( untuk resipi ini, 1 adunan saya bahagikan 2 bhgn untuk naan cheese)

p/s : cara2 ini saya ubah sedikit. Ini adalah untuk rujukan saya sendiri pada masa akan datang.

( susah dan malas nak uli, saya guna resipi BreadMaker tu aje..kehkehkeh)

Monday, April 06, 2009

I wanna be a pilot..

Ni adalah gambar aina chan semalam. Muka baru bgn tido, depan pintu rumah kami tu.hihi. agah2 pun bulat je mata tu pandang ayah die..hihi..ayah aina kate gambar aina chan jd pilot. dah lama pung beli topi nih tp tak pakai sbb cam besar sikit..smlm bru ibu aina teringat nk pakaikan..hihi..Ni gambar cam nk senyum sikit..hihi
Ni pulak gambar ptg td. Ibu aina bawe aina gi Rosen dan abik gmbar sakura tepi2 jalan tu. Semua sakura dah mankai..cantik sgt. tp sbb kuar pun dah lewat petang, matahari pun dah nk terbenam dah..hihi..amboii gumbiraa sangat2 la si kecik ni bila di bawe berjalan2..hihi..
Aina chan sekarang dah makin aktif. Rase ye tak lama lagi leh merangkak kot. Sebab sekrg pun dah angkat2 punggung ye time menyarap dan kedepan sikit2.hihi. Then guling sana guling sini, sekejap gelungsur sana, sekejap gelungsur sini. Cepat je kan masa berlalu..weekend ni aina chan pun dah 7 bulan..syukur alhamdulilla...

Shiki no Mori

Hari sabtu lak kami gi maner yek?hihi pas zuhur bru kami kuar..hahahah..ayah aina bawa gi shiki no mori..dekat je ngan umah kami...best gak tempat tu, sakuara pun agak mankai gak..hihi...jom layannn

Amboii ibu aina ni, ayah aina kate cam tiang lampu je kt situ, posing la sikit...camneer tu nk posing? ahahahah...
cantikkan sakura die..ramai sgt nihonjin hanami kat sini..
ni pulak nana no hana.. opss nano hana..hihi thank you mama aiman

hihi..saje nk letak gambar yang tak jadi nih...
Bawah ni gambar ayah aina selepas kisah itu...dah gelap dah sikit time nih..dah nk balikk..
maka di sini la permulaan kisah ye...shiki no mori nih best la luass gak...mori tu hutan kan...so kami pun niat nk pusing la nk tgk semua kawasan tu..then ntah cam ner leh sesat...hahahahah....mula naik anak tanggan bawah nih..ade 100++ kot tak ingat..ingatkan dah sampaiii ....tapiii
tak sampai lg...so turun balik anak tanggan ni ade 129 anak tangga..jalan2. sampai tempat yang sama balik kat nana no hana tu...hahahahahaa opss nano hana
then bace peta balik...ahahaha...jalan2. naik tangga lagi 139 kot anak tangga. Kali ke 3 ni penatt gilosss ngan dukung aina lg sbb ayah aina bawe stroller aina n camera2 dan tripod lg..ya ALLAH rase nk tercabut kepala lutut ku..hahahahaha...penattttt..tp alhamdulilla akhir ye sampai gak ...then jom jom..balik2...ponatt denn... gambar bawah ni la tangga yang kami naik kali ke3 tu...fuhhh
Then masuk je keta telan air..hahaha..hauuss tu....dekat 2 jam berjalan2 ngan sesat dalm hutan tu lg...hihihi..lawak2...then kami gi maner..jeng jengjeng...kami gi usha2 hp....dah lama pun usha ye...tambah pulak hp2 kami ni problem sikit, bila bercakap asyik tak dengar je..ayah aina ye lagi teruk seminggu ni asyik hang je tak leh guna langsuing...so menuju la kami ke Conan Home Centre...jengjengjeng..usha punya usha...ngan solat asar n magbrib je kt Conan tu, yeah...dapatla iPhone 3G 16GB..ayah aina black, ibu aina white...suka2...balik je umah...kepenatan sangat2, masak2 dinner then masing2 sempat je mlayan iPhone..hihihi..ayah aina pun yang excited sungguhh..hihi..