Tapi letak dalm blog, snap gambar roti dari sudut yang agak comeyy sikit..hahahaha..So first time la rase roti nih..sedap2..suka2..hihihi..pasni leh buat lagi..hihi.
Bahan-bahan ( 10 biji )
ROTI
125ml air
30g telur
250g tepung roti
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast
COOKIE
150g tepung gandum
45g gula halus
4g baking powder
30g butter
50ml telur
20g chocolate chips
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
- Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
- Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
- Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
- Satu bahagian letaklah chocolate chips.
- Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
- Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
- Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.
Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. - Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
- Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
- Canaikan cookie
- Letakkan cookie ke atas roti
- Celupkan bahagian cookie ke dalam gula
- Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
- Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
- Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C
lawa laa roti aisha,nampak bekas2 4segi tu,fith buat bila dah naik dia tenggelam.
ReplyDeletesedap kan?hehe,fith ni terasa nak buat lg,haha.
fith : sama2 fith,mgm ade yg tenggelam, ade gk yg terus terbelah ..hahaha..commott sungguh.tp mmg sedap2. suka2. jom buat lg jom..haha
ReplyDelete