Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Selamat Ulangtahun Ayah Aina

Selamat ulangtahun ke-31 kepada ayah aina..Semoga ayah aina dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat2 slalu dan sentiasa berada di bawah lindungi Illahi, insyaALLAH amin.."tua dah.." ayah aina kata..hihi..
sedar pun..mmg kite makin tua pun kat dunia ni, tiada yg makin muda..:p
Semoga bertambahla keimanan dan ketakwaan kita kepada Ilahi seiring dengan pertambahan usia kita..insyaALLAH.. amin
Semalam ade jamuan raya...mmg beraya la smlm..alhamdulilla seronot jumpa kawan2 dan mkn2..balik malam tadi sempatkan diri buat kek coklat ni..dah lama pun ayah aina request, tp tak terbuat lg..alhamdulilla larat pun buat mlm td sblm tido..so hari ni bru potong kek ye, ok la mmg besday ayah aina hari ni pun..dekat2 je ngan aina..dan yg paling happy mesti la aina shafeeyah..dr mlm td duk nyanyi happy to u dari awal buat kek sampai siap..hihi..Suruh nyanyi lagu besday to ayah, aina kate to aina gak..hahaha..takpela aina, sama la tu..
Aina yg terlebih excited..


okla nak story manyak2 pun takleh, byk benda nak buat ni..rumah pun dah jd kapal karam...hari ni 1st packing brg2 nk balik msia...duk kuarkan semua maner2 yg nak bawe balik..arap2 takde la yg tinggal..uishh bykk ye brg..hahaha..klu tak muat ni, byk la kena tinggai..hihi..;p

Monday, September 13, 2010

Raya Aidilfitri 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Ayah Aina cuti jumaat lepas untuk kami bersama2 beraya diperantauan ini. Kami beraya di Kedutaan Malaysia, Tokyo. Mungkin tak semeriah seperti di Malaysia, tetapi cukup meriah la bagi kami diperantauan ni untuk bersama2 berkumpul bersolat hari raya dan menjamu juadah hari raya.
Kami pergi bersama2 idanuar. Thanks idanuar tumpangkan kami. Seawal 6pg idanuar dah sampai rumah. Alhamdulilla jalan pun tak sesak sgt, parking pun senang je.Cuma mak buyung je asyik tak selesa. Perut pun cam semacam je. Mungkin gara2 renyah sgt duk buat mcm2 dan kurang rehat kot. Sebabye duk nak prepare utk jamuan Hari Lahir Aina hari raya ke2 nanti..Hari khamis sebelum raya tu je, duk kemas rumah, mop lantai, masak rendang ayam n daging, masak nasi impit sendiri ( tak sama cam instant tu ler..hihi), duk buat kek utk aina, mlm lak duk buat dadih..hohoho..pagi raya tu pkul4 dah terjaga subuh, tp takleh tido balik..dah la malm raya tu tido pkul1..tu yg rase semacam je hari raya tu..Memang sgt tak selesa je hr raya tu..hihi.. Alhamdulilla nasib baik ade ida dan aliza yg sgt2 byk membantu dalam masak2 utk jamuan hari raya dan birthday aina pada 2 syawal tu...terima kasih..
Dalam kereta idanuar, duk setting2 camera. Konon nak bergambar2 ramai2 la, akhir ye takde pun, sbb perut cam sakit2 je...wuaa..sgt risau..
Sampai2 sempat la kami bergambar2 di depan pintu masuk kedutaan ni.
Ramai2 ngan famili idanuar dan kak nat.
Sempat snap si kecik ni..tp dah mula takde mood sgt, ngantuk la tu..tido mlm td pun pukul1 pg, pkul 5lebih dah kena kejut..hihi..
peace from aina shafeeyah..
Tak lama pun kami kt embassy tu. Balik beraya kat embassy tu, sempatla idanuar beraya dirumah kami..jamu ngan kuih2 raya je..pas depa balik, sempat la kami tido..hihi, alhamdulilla lega sikit sakit2 perut mak buyung ni..pas bangun tido, duk rebus nasi impit, lemang2 semua..Duk beli barang2 utk jamuan kt daiso..Malam tu gi hantar ayam kat kak aliza utk masak rendang lak dan deco kek aina....fuhh sgt susahhh.. ni sebb tak pernah ehh deco kek..sgt huduhh je rase ye..dah tu, masa bawe ke rumah murni, kek terjatuh la sikit..lg la huduh..:(
Pagi sabtu ade check up adik aina..balik dr klinik, terus gi supermarket tu beli brg2 utk jamuan ptg tu..Balik solat zuhur, terus ke dapur, nak sediakan bahan nak masak bihun lemak. Ayah aina sempat prepare gift utk kanak2 yg hadir ni, kemudian tlg preprare tauge...nasib baik la si aina tu tido je..Aina pun penat sgt kot. Dalam pkul2 bru die bangun..
Jamuan birthday aina ni kami buat kat rumah murnijoe..Terima kasih la sgt kepada tuan rumah yg sanggup bg pinjam rumah..so bolehla kami berkumpul ramai2. Nak harapkam rumah kami ni...sgt la comeyy..Dalam 230ptg duk kemas2 masuk brg dalam kereta... aduhh tak muat...nasib baik idanuar call, so dapat tumpang brg2 kt kereta die..alhamdulilla..terima kasih lg kt idanuar..byk sgt korang bantu kami..thanks a lot
tu die makanan2 jamuan sabtu lepas..nasi lemak, nasi impit, rendang, nasi lemak tu kak aliza yg masak.. ida masak nasi impit,daging, kuah kacang, dan lemang..alhamdulilla ramai yg membantu..syukur sgt2..sgt berterima kasih..gmbar kuih raya je tak sempat snap..berbalang2 kuih raya campur ida dan murni punya..puas hati tgk tetamu mkn..hihi


Ni gambar birthday girl, aina shafeeyah.. awal2 mood okay la sangat.. duk mainn je sampai berpeluh2...selepas 2 jam, pkui5 dah mula la bad mood, mybe dah penat dan dah panas..mmg klu panas sikit, cepat je mengamuk si aina ni..klu tido mlm pun, klu panas sikit, mula la nangis2..aduiii..sabarr jelah..hihi
Thanks again to murni bg kek yg sedap itu..ibu aina buat cheesecake je yg comot itu..alhamdulilla dua2 pun abis..
ok ready nak tiup..dah tiup, bile nak potong, duk nangis la pulak..tak tau la naper..alahaii aina oo aina..
Tgk tu birthday girl nangis..hihihi..
pastu potong ngan ibu je..pas potong, tak heran pung kek tu..bukan ye die nak mkn pun..macam2 awak ni aina..tak lama lepas magbrib tu aina tido..penat sgt la tu dan kepanasan serta kepenatan..hihihi
Majlis semua berjalan dgn lancar. Semua dapat tapau sikit2 shingga semuaye abis..alhamdulilla..thanks pada semua yg terlibat dalam jamuan hari itu..nak harapkan mak buyung ni mmg dah tak larat dah sgt..hihihi
Sampai rumah, mandi2. then masak sikit lg bihun lemak sbb ayah aina tak puas mkn bihun lemak kegemaran die tu..nasib baik ade lg lebih cili yg dah tumis tu, duk mkn la kami mlm tu..aina pun byk mkn..kelaparan masing2..hihi..pkul 12 mlm duk mkn..
ape pun syukur alhamdulilla semua ye selesai, walaupun sangat penat tp sangat gembira dapat berkumpul ramai2..:)

Tuesday, February 02, 2010

Snow 01022010 @ Yokohama

Ramalam cuaca bagitau akan turun snow kat tokyo dan yokohama semua la. Gembira la sgt, moga2 la lebatkan. Tapi dari petang semalam akan hujan je. Dalam pukul7 tu nampak la turun salji sikit tapi cair la bila sampai ke bumi. Takpela mungkin takde rezeki nak turun tahun ni. Tahun lepas pun turun sikit je. Dua tahun lepas best, lebat gak time tu, siap ramai sangat org2 kat sini buat snowman.hihi. Tapi time tu pregnant aina, jenguk dari dalam rumah jelah.hihi.
Kemudian dalam pukul 815 ayah aina balik dalam keadaan basuh kuyup dengan salji sekali. Yatta yuki/snow!! Malam tadi agak lebat gak. Kami siap turun dalam pukul 1130 mlm . Hajat hati nak je buat shnowman ke main2 salji ke, yelah salji tengah turun gitukan, tp ayah aina kate bising nnti ganggu ngan suara aina gelak semua. Takpela aina, kejap jelah ye..Aina asing tengok atas je bila salji tu kena muka die. Terkelip2 mata basah ngan salji dan hidung pun merah. Aina memang seronot sangat la, tapi kejap jelah.hihi
Pagi tadi pas subuh semangat sungguh nak main salji, tapi tengok jalan semua dah jd gini. Salji pun dah mula cair. Takpela ambil gambar jelah nanti. Masak bekal ayah aina semua, kemudian kejutkan aina. hihihi.Ayah aina gi keje lewat sikit la sbb nak layan ibu ngan anak ni main salji. Ibu ye lebih2 kot ;p
Ni kat koen dekat ngan rumah. Siap baringkan aina. Awal2 aina seronot. Bila tangan die pegang salji tu, sejukk mula la asyik tunjuk tangan. Perit la tu. Ibu aina pun terlupa nak bawe gloves...aduss..sorryy

Seronotla sangatkan. Ringan je salji ni cam bedak la pulak..hahah. Konon nak buat snowman, tapi bile salji tu berderai2 cam powder, takpela batalkanla. Lagi pun aina dah sejukk..rengek2..kita main jelah aina..;)
Kemudian kami pusing2 ambik gambar kat kawasan ladang sayur..cantik2, putih je semua..hihi
Awat aina nangis..wuaaa sejukla ibu..dokongla aina. Nasib baik dokong okay je, tp asyik tunjuk tgn, merah dh..hihi




Kemudian balik, ayah aina sarapan je, terus gi kerja. Walaupun tak sempat nak buat snowman, tetap best dapat main snow..hihi. best2. Kalau ayah aina cuti, confirm kami kat bawah main salji ni. Skrg nih tengah pangku tidokan aina.hahaha.gagahkan diri update blog. Pasni nak buat karipap dan roti untuk bekal ayah aina. Wua ayah aina ada training 3 hari kat Gunma esok hingga jumaat. Tinggalla kami berdua je. Sedih2. First time kami kena tinggal ngan ayah aina kat Jepun ni. Moga2 aina sihat2 ye. Jangan pulak asyik tanya ayah tau..Jumaat malam ayah aina balik dah..Okla layan la video kat bawah ni, ni abik malam tadi..jaa

Thursday, December 17, 2009

Tentatif

Malam esok, family ayah aina dari msia dah fly dtg sini. Sabtu pagi dah mulakan aktiviti kami. hihi. Arap2 semua ye berjalan lancar. Moga2 aina dah sihat time tu. yelah sekarang ni sejuk la sgt, nama pun winter kan. Ayah aina start cuti winter tahun ni lewat sikit, 30 dec gitu. Tapi tak kisah la kan, cuti tahunankan ade lagi, so leh pulun abik je..Antara tentatif yangdibuat utk 2minggu family di sini adalah spt berikut, nanti depa dah sampai sini, leh la tukar2 maner yg patut ikut suara majoriti..hihi

12/19(Sabtu) Holiday [FREE] Hard-off Tsurugamine, Hard-off route 16, Costco, Hard-off Nagatsuda, Dinner at Tenya

12/20(Ahad) Holiday Baybridge, Skywalk or Uminohotaru, makan sushi

12/21(Isnin) Holiday {FAR} Disneyland or DisneySea

12/22(Selasa) [WORK]

12/23(Rabu) Holiday {FAR} Fujisan, nemba, cave etc

12/24(Khamis) [WORK]

12/25(Jumaat) Holiday Yokohama, Minato mirai, PC depot,Nishimatsuya, Autobacs, B-kids

12/26(Sabtu) Holiday {FAR} Tokyo: Odaiba, Ginza, Akihabara, Tokyo tower, Asakusa, Shinjuku, Shibuya

12/27(Ahad) Holiday [FREE] Shonandai, Hard-off Route 45

12/28(Isnin) Holiday {FAR} Odawara castle/Machida ( shinkansen)

12/29(Selasa) Holiday [FREE] Upgarage, 100yen shop at bike shop etc

12/30(Rabu) Holiday {FAR} Hakone, onsen etc

12/31(Khamis) Holiday [FREE] Fireworks ( ade ker) , shopping

01/01(Jumaat) Holiday [FREE]shopping, solat jumat @ masjid jamek

01/02(Sabtu) Holiday Strawberry farm ( jika nak)

01/03(Ahad) Holiday **Fly back**

4 januari 2010, ayah aina masih cuti lg...yeah..Okla salam maalhijrah 1431 untuk semua. Moga2 semua ye terus cemerlang di dunia dan akhirat serta sentiasa di redha Allah swt.Aminn

Wednesday, December 16, 2009

Mikan Gari @ Oimatsuda IC

Ahad lepas, 13 December kami pergi Mikan gari kat Oimatsuda..Per lagi melantakla limau makan sampai lebamm..muhahahaha..Kami bawe balik dalam 7kg limau..petik jgn tak petik ayah aina..hahahaha..1kg limau tu hanya 130yen shaja..sempat gak ibu aina petik 2 ketul brokoli. 2 ketul besar tu 50yen..muahaha. Banyak pun sayur lain gak, tapi kami pergi hari penutup, dah agak lewat tu, byk dah sayur2 abis dicabut..ape pun tetap puas hati.

First time pun pergi mikangari ni. Ni pun dapat tiket murah dari company ayah aina, 300yen sorg so boleh makan kat ladang tu berapa banyak yang mampu sampai lebam. Tapi kami tak larat nak mkn byk2 kat ladang tu, sejukkkkkk sgt....mungkin sebab tu kot aina demam, sejukk sgt...gomen ne aina chan..Ape pun aina tetap paling gembira di hari yang sejuk itu.Memang mkn sampai lebam, ni kat rumah nk banyak lg, ingat nak buat ape2 ke yang patut, tp since aina demam ni, emm nangis je..so terbantut sikit aktiviti..

Okla layan jelah gmbr2 kat bawah ni. Nanti sambung lagi, aina dah rengek nangis je kat ayah aina tu..komen2 akan di balas kemudian yek..hihi






Pastu, kami gi singgah Up Garage sat ( kedai kereta ayah aina - ntah bile ayah aina ade kedai kereta ntah..) hahahaha..Kami lepak tido dalam kereta je cam biasa. Pastu singgah hardoff, daiso dan kedai utk beli brg2 keperluan rumah sat. Balik sampai rumah dah pukul7 malam. Penat tp seronot sgt. Sorry to puan jannah, InsyaALLAH next time ye.

Summary dan dot dot dot (setelah kian lama menyepi)

Siang bertukar malam, bulan bertukar bulan, musim pun dah bertukar...rumahku ini yang tak bertukar N3..muahaha..sekarang pun dah masuk fuyu(winter), sejukkk..
Gambar2 dalam pc pun semua dah basi2. Ape2 nk buat, asyik masuk draft je. Tak berpeluang nak coretkan kenangan di sini..Aina pun last friday dah 1tahun 3 bulan. Fuhh kejap je rasa, cepat betui si aina nih membesar. Sekarang aina demam selsema. Bru balik dari klinik td, alhamdulilla selsema biasa, bukan influenza dan seangkatan dgnnya...Ganbatte ne aina chan, sian je tgk, lemah je die. nak peluk je..skrg pun gilir ngan ayah aina..per lg, nak rehatkan diri depan pc sat.hihi..
Firstly, meh cerita raya hr haji tu, raya kat embassy Malaysia, tokyo.. Seronot sgt jumpa kawan2. Lepak2 bual2. Takde ambik gmbar, tumpang camera org je. Kami bergmbar kat rumah je..Thank you ros gmbr2 kt fb tu. Alahai sedihh je pas ros call td..sob3x..

Secondly, dah masuk December ni, sungguhla busy ya amat..penuh ngan tentatif, setiap weeknd FULL..muahaha..5 December kami join Badminton Tournament di Yamanashi University. Kami bukan la pandai pun main badminton ni, lebih2 lg ibu aina..Tapi dah family2 yokohama dai yang teror2 tu mengajak, per lagi, jommm..hihi..dalam pkui615 pg kami bertolak dari rumah, naik keretala kan. sampai Yamanashi dai dalam pukul10. Cuaca yang sejuk, hujan pulak..fuhhh sejukkkkk..dan kami balik dgn pingat perak (wanita) dan gangsa (lelaki). Kami balik smpai rumah dalam 11 malam. Sorry to kak shaz, tak dapat nak dtg rumah akak.. InsyaALLAh lain kali ye.


Jumaat lepas 11 December, aina shafeeyah kami pun dah 1 tahun 3 bulan. Sorry takde N3 aina utk bulan ni..hihi tak sempat. InsyaALLAh next year yek..hihi. SAbtu lepas, kami kemas rumah..Sebulan pun tak abis kemas2 lg..hahaha..sebab ye family ayah aina dah nak sampai sabtu nih..Minggu ni pun sibuk kemas men'clear'kan ape yang patut kat ruang tamu ni. hihi.

Monday, November 16, 2009

Our Weekend

Sebelum cerita hujung minggu kami, jumaat lepas agak sejuk. Walaupun sejuk tetapla bawe si aina kuar jalan2 sbb dah 2 hari tak kuar rumah sebab hujan. Si kecik punya la seronot tp..samuiiiiiii/sejukk..ibu aina takdela nak pakai jaketkan. hahaha..kesejukan den.. Gi jalan2 sat, singgah post office dan rosen beli brg dapur..Pastu cepat2la balik..sejukkk, tgn pun sejukk la sgt..aina pun, tp maintain lg jalan2 sana sini. tengokla gambar bawa tu..Pastu petang pas mgbrib....dalam pukul5 ( dah awai la mgbribkan sekrg), pergi bawe aina amik injection. Hujan la pulak sikit...gendung jelah peluk aina jalan kaki, dekat pun kan klinik tu..pe lagi menjerit la si kecik..oo ayah aina sampai dari ofis tepat pd masaye turn aina nak kena cucuk...pastu cepatla balik hujan sikit..adoii...lenguh pinggang gak gendung anak dara tu. .fuhh alhamdulilla aina tak berat sgt ye aina...ni pun dah buat ibu aina ni semput...ayah aina naik motor la kan ( sbb dari kejekan)..hihi..klu leh tumpang dah tumpang dah..
Sabtu lak hujan. So planning nak jalan2 terbantut la.kemas rumah jelah. Pas magbrib gi jmput kawan chinese malaysian nak balik malaysia lak. Kawan ayah aina di Tohoku Dai dlu..Tgk la aksi si aina( baju merah tu), die siap dlu, pastu tak sabar nak kuar la tu..bising je mulut tu, cakap ape..ntah la..

Jeng..jeng..jeng..amboi dapat toy bru lg..dari hardOff la kan..murah2 je ayah aina kate. Per lagi..belila kerusi tu..so kenala sediakan table lak kan.nasib baik dah ade..Aksi bawah ni pulak aksi si kecik ni masak2 hari ni..semua brg2 kat dapur tu, nak bawe main ..main la aina shafeeyah..main masak2 anak dara tu..masak ape tu anak oii...seronottt ye..kehkeh

beli2 sikit2 lama2 jadi bukit..penuhla ruang tamu ngan mainan kamu ni aina shafeeyah..semua beli kat hardoff je..ayah aina kate hardoff je mampu..tgkla sebahagian dari mainan aina tu...dalam bakul2 tu dah penuh tak muat..kehkehkeh..murah2 ape salah ye belikan...ayah aina mmg kaki hardoff dan kaki kereta..used item hunter..hihi.kebetulan semua baju2 aina pakai dalam entry hari ni semua nya dari hardoff..200yen satu je..murahkan..utk baju sejuk2,tebal2 ni mmg murah2..lg pun pakai sekejapkan, budak2 cepat besar..baju pun cantik2 dan murah lg..per lagi, belila ayah aina kate

ptg ahad lak join kelas meroti ngan jannah sensei...cheese curry onion ngan sweet potato pan...cheese curry tu mmg sedap..kena buat nih sndiri..arigatou jannah sensei..dan arigatou to kak hani hantar balik sampai lalaport. Then ayah aina jemput kat situ..aina pun baik je ngan ayah aina yek...yokatta ne..shumatsu tanoshikatta...yeyeye..mata kondo ye ayah aina ne..

Wednesday, November 11, 2009

Jom Meroti..

Dah lama nak letak entry ni. Dah lama gak dalam draft..hahahaha..sekarang adela sebulan sekali ke gitu gi kelas kat rumah Jannah sensei utk meroti..saje2 belajar meroti guna tangan. Sensei Jannah pun memamg pro giler meroti...nampak mudah je die buat, kena den buat, mahu lenguh tangan bebb...almaklum la selalu tu ade assistant (breadmaker) itu yang bekerja..hahaha...so saper berminat leh la join yek...leh lawat di sini http://puchi-happie.jugem.jp/
So far ayah aina pun okay je nak menghantar ye. Okla tu kan, seronot la ibu aina nih...hihi..
So far ade la gak try2 buat kt rumah kan..hahaha..nnti leh letak entry buat roti ni sndiri kat rumah..hahaha..semalam ade la buat sweet pumpkin tu( roti bertoncang atas tu). Tapi haru yg nak buat toncang tu..kehkehkeh..hr tu kat kelas senang tu Sensei Jannah tunjukkan..kehkehkeh..takpe2 nnti kite story...Bile di kelas berpasang-pasangan buat, seronot la meroti sambil berbual2..hahahah..bile di rumah, mahu lenguh gak la uli sorg2, tp kdg2 tu seronot gak..hhahahaha...weeknd ni nak gi kelas meroti lagi..yeyeye.tapi mungkin kali ni kena balik naik densha(train) kot..hahha..tkpela, janji ayah aina dah tolong hantar..arigatou..uishh lama sungguh den tak naik densha..so bile lg yek..best tu..hihi..

Thursday, October 22, 2009

Aina - jom jalan2

Amboi raya dah abis, entry den ni masih tak tukar2 yek. Ape nak buat?? hahaha..terima la seada ye..sangat la byk ye entry nak update, tapi hanya tinggal gitu je. cerita pun dah basi..so kite update betui2 terbaru ye cerita..hahahaha..klu free nnti la kuarkan cerita basi tu..hihi..yolah tu

Sekarang cuaca pun dah makin sejuk. Autumn sudah tiba.best best. Cuaca yang tak sejuk sgt, tak panas ni, nyaman sekali. Kami memamg suka sgt spring dan autumn.hihi. Dah 2 hari tak bawe aina jalan2 gi pejabar pos, gi shopping sayur2, koen ke dll. ( janji dpt kuar rumahkan). Sebabye aina tak sihat sangat. Isnin hari tu tak sihat pun tp tetap bawe kuar, seronot je si kecik tu. Pastu demam dah, selsema. Dan sekarang alhamdulilla sihat dah, cuma selsema je lg. Demam nak besar la tu..hihi..

Makanya, hari ini meh kite layan si kecik aina shafeeyah berjalan2 tadi. Dan balik terus update blog..hahaha. Amboii dah pandai melaram dah si dara kenit ni. Kite siap kate jom, die dah happy dah tepuk2 tgn. Kate aina tukar baju, pandai pulak angkat2 baju nak buka...hahaha..oo pahamm dahh yekk..pas siap tunggu depan pintu..aalahaii aina oo aina..hihi


Ni pulak antara video yang sempat di rakamm..Hai aina seronot sgt la yek dapat jalan2 tu..Tak naik stroller?? hahaha..uishh mesti la naik stroller.nak gi abik stroller la tu kat dalam kereta. Maka lepas jelah si aina tu berjalan. Kena la bawe stroller, nanti senang nak gantung sayur2, buah2 dan segala mak nenek.hihihi. okla aina pun sudah tidur tu, saya sudah boleh masak..daa

Friday, October 02, 2009

Aidilfitri 2009

Raya tahun ni camner? hahaha...sungguh penat gak la..yelah bayangkan kami balik msia dalam 10 hari, time raye lak tu..hihihi..gambar raya? tak banyak pun abik..busy ngan si aina je..Pastu pada kawan2 yang tak sempat jumpa, sorry sgt..Pada kawan2 yang tak tau kami balik pun kami minta maaf ye...ade yg tahu pun melalui blog ini, facebook dan YM...sorry..tel rumah pun dah lama potong..huhu

Meh kite imbas kembali..

18 sept - Kami bertolak dari rumah dalam pkui 530 pg. Alhamdulilla kami selamat sampai di Malaysia dalam pukul 5ptg. Kami solat semua dlu, bru gi abik beg2..sbb confirm la tak sempat nnti, nak berbuka lagi..Pastu balik family Abg kat Klang dlu. So far aina alhamdulilla, cuma menangis tb2 time take off tu kejap..pastu tido dalam bassinet..tp dah tak muat la kaki ye yang panjang tu..tp lena gak la..bile jaga sibuk nak mainn je..hihi..yg si ayah seronot layan movie..hihi

19 sept - Tengahari kami bertolak balik rumah ibu ayah di seremban untuk elak kesesakan. Sampai R&R seremban, hohoho..dah mula la jam sikit..nasib baik nak exit seremban. Then singgah PusaT Zakat bayar zakat pendapatan Abg. Balik singgah rumah, solat zohor sat, terus kuar gi cuci gambar untuk setahun itu, konon nak singgah bazar ramadhan, tapi byk dah tutup, yelah esokkan raye..So malam tu ade takbir raye la kat rumah kami cam biasa..tp tulah sekeping gambar pun tak abik..mmg balik ni terlupa sikit pasal camera.

20 sept - Pas solat raye, siap2 gi jumpa mak abah sekejap, pastu terus balik Klang. Kalut ye bateri hp adik out...hahaha..saya ingatkan charger tgl kat Klang, rupa ye dalam backpack abg..hahaha..kalut cari public phone..kehkehkeh..pastu beraya la kami di Klang..Opss...HAPPY BIRTHDAY TO AYAH AINA...genap dah 30 thn..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat2 slalu, serta jadi suami dan ayah yang soleh di dunia dan di akhirat..aminn..terima kasih ye abg..

21 sept -Dalam pkui 8 pg kami gerak balik ke seremban semula. Family klang beraya di Seremban. Kemudian kami bertolak ke Melaka dan Johor dan sampai semula ke seremban dalam pkui1 pg..penatt oo...panas la sgt..on the way ke johor dan balik seremban, hujan..sejukkk pulak..aina dah demam sikit malam tu..merengek je nangis sampai 3 pg kot..alahaii..

22 sept - Aina demam dan selsema sikit dah..tapi pg tu kuar kejap gi beraya 2 buah rumah sedara, Tengahari terus balik sebab aina makin panas...Konon nak gi beli barang2 nak bawe balik, tapi cancel. suhu aina pun dah 38.9 gitu. Lap2 badan aina, bungkus kepala, pastu kami 3 beranak pengsan...hahaha penat sgt la tu..ptg tu aina dah reda sikit, Alhamdulilla..

23 sept - Tengahari kami bertolak balik ke Klang semua. Petang tu ade jamuan hari jadi aina dan sepupu ye, ameem..Thank you maklang bb hadiah kek yang sedap itu.

24 sept - Kami beli brg2 nak bawe balik kat Tesco..hahaha..main abik masuk troli je..hahahaha..Lewat petang kami gerak balik ke Seremban. Malam tu, kami tinggal kat rumah Paklang dan Maklang kat TTJ, rumah ibu penuhh..hahahaha..

25 Sept - Pagi2 kami pergi Tabung Haji, tapi ya ALLAh punya la ramai org..hohoho. Sbb ade kawan nak dtg, shopping kejap kat Giant ampangan tu aje. Pastu gerak balik. Thank you sha dtg lawat kami..suka2..besar2 dah anak2 sha..hai bile la leh jumpa lagi..rajin2 tau klu jd sambung phD nnti..Thank you fida sbb datang gak..alahaii naper tak call, klu sempat leh jumpa sha kan..tulah nak surprise la sgt tu..hahahaha..ape pun thank you pada yang sudi dtg jumpa kami. Pas solat jumaat, kami pergi Tabung Haji, nasib la guard perasan muka den ngan si aina ni dah dtg pg td..so dapatla ke kaunter terus..hahaha..alhamdulilla..Pastu singgah Senawang, beli brg lagi kejap je. kemudian terus balik rumah, tlg ape yg patut, yelah pas magbrib ade kenduri Aqiqah Aizat, anak kakyongku dan jamuan raye..alahaii...sekeping gambar pun kami tak abik gak..sob sob sob..paham2 jelah kenduri kan...penatt ooo..thank you ina dan ita sudi dtg, tu pun mmg kelam kabut...

26 sept - kemas2 barang dan kami balik Klang semua. Malam kuar kejap gi jumpa kawan2 kat shah alam.

27 sept - pagi tu, kami abik brg2 kat rumah kak nurul..thank you akak..pastu balik packing brg2..pas magbrib gerak ke KLIA. Jumpa kak ayin dan bb baru kat airport je..thank you kak ayin sbb sudi dtg jumpa kami. emir pun dah big boy dah.

28 Sept - Alhamdulilla, kami selamat sampai di Narita, then bas dah siap tggu untuk gi abik kereta kami. Allhamdulilla kami selmat sampai di rumah pkul10++. Petang tu kami 3 beranak tido kepenatan. Then Aina sambung tido lagi dari 8mlm-8 pg esok tu.siang tu pun aina byk tido lg.qadha tak cukup tido time kat msia kot.hihi. Jom layan serba sedikit gambar2 kami..

Family di Seremban
Family di Klang
Ape yang tak sempat buat...hahaha..banyak oo..tak sempat jumpa kawan2 yg nak jumpa, check up diri sndiri, check up aina, shopping tudung dll, makan ape yang nak mkn (malas nak senarai, buat terkilan je..huhu) dann mcm2 lg la tak sempat.. takpela, tkde rezeki..sob sob..sedihh tauu..tkpela..tutup mata jelag