Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Nugget Ayam

Nugget ayam ni buat minggu lepas. Lama dah duk teringin dah makan tp malas nak buat..hahaha..kali ni duk try nugget ayam kHana tu..simple dan mudah je..thanks you kak Hana..duk simpan CnP dan sini yek.

Bahan-bahan
  • 400g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar breadcrumbs - bleh ganti tpg gandum@serbuk cornflakes@oat
  • 1/2 sudu kecil baking powder - tk nk ltk pong xpe.hanya utk kembungkn je
  • 1/4 biji telur
  • garam
  • lada sulah
Utk Coating
  • Kaedah 1:
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum
  • Telur - dikocok
  • Kaedah 2:
  • Air
  • Penyembur air@spray
  • Breadcrumbs
Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  • Bulat2kan dan leperkan mengikut kehendak masing2. -hana buat bentuk love.
  • Utk saduran@coating:
  • Kaedah satu - Lumurkan nugget yg dah siap tadi dengan tepung, kemudian celup ke dalam telur yg sudah di kocok dan last skali guling2kan ke dalam serbuk breadcrumbs. buat sehingga habis. Jika inginkan coating yg lebih tebal, ulang 2 kali kaedah tadi.
  • Utk kaedah kedua agak mudah kerna tak menggunakan telur. hanya perlu semburkan air ke atas nugget depan dan belakang then lumurkan dengan serbuk breadcrumbs.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
  • Siap utk dihidang dengan sos dan juga mayonis.

Sunday, March 14, 2010

Crispy Potato Wedges

Crispy Potato Wedges ni dari noorsha MyR. Thank you akak. Duk tengok wedges ni kat dapur Ros. Jalan2 rumah kHana jumpa gak. Tengok khana guna tepung ayam goreng ngan paprika. Tapi saya campur tepung ayam goreng sikit dan serbuk kari sikit...sodap gak.. Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili - tak letak
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut - tambah tepung ayam goreng dan serbuk kari sikit
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Garlic Mashed Potato with Gravy

Garlic Mashed Potato nih pun duk ambil kt MyR gak. Resipi nih sangat byk. Buat sikit je. Sauce tu pun takde, so tak guna la. Tu dah rupa cam aiskrim lak. hihi Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Ayam ala Kenny Rogers

Pikir2 punya pikir nak masak ayam ape, jadila ayam ala kenny rogers nih resipi dari myResipi atau che mid. Terima ye akak. Dah lama duk skodeng ayam ni kat dapur kHana tu. Nama sodap sungguh. Memang betui pung sodap, tapi ayamku ni jadi legam (hitam). Nih kes terlebih panggang la kan. Buat pun setengah ekor je. Takpe2 leh buat lg, sebab sedapkan..hihi
Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar

Thursday, March 04, 2010

Ayam Percik

Ayam percik dari sajiemas pulak buat kelmarin. Teringin punya pasal ayam percik kat pasar malam tu..terima kasih ye sajiemas dr myR tu. hoho..resipi bawah ni sgt byk okay.Daku buat 3ketul je..nak buat byk2 saper la pulak nak berhabiskan. Klu ade bbq je, sedap ni panggang ayam nih..oitt kekawan, takde hanami ke tahun ni?( alahai macam la ade org dgr..huhu)
Orang ajak kite pergi, orang tak ajak, diam2 jelah..huhu..Ok ni utk rujukan sendiri nnti ;p

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )
500 gm bawang besar
50 gm halia - diblender
50 gm lengkuas - diblender
50 gm bawang putih - diblender
5 batang serai - diblender
2 cawan gula
3 sudu stok ayam serbuk
5 senduk cili mesin
5 senduk cili sos
1/2 kg santan


Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera