Tuesday, March 30, 2010

Rindu pulak kat ibu..

Tetiba akhir2 ni sangat mengingati ibu tercinta. Sejak birthdayku yang lepas, 3 hr selepas my birthday is my ibu's birthday. Dekatkan..moga ibu panjang umur, murah rezeki, sihat2 selalu, dan smoga bahagia di dunia dan akhirat. Amin
Tetiba sangat merindui ibu...rindu nak bual2, gelak2 ngan ibu, dgr cerita2 dan lawak2 ibu tu, rindu masakan ibu, masakan ayah, rindu nak baring kat riba ibu sambil tgk tv(ngada-nih kalah aina ni..hihi), rindu nak ibu suap makan(ngada gak) kat kami yang tua2 nih..hahaha..ni kes malas nak mkn sendiri!!..semua rindu la..sob 3x
Gambar ni masa adik2 bawe ibu lawat family klang. Sangat happy dpt skype( video call) ngan ibu sbb selalu hanya dpt bual melalui phone je. Thank you mummydaddy.Ni lah 2 org adik perempuan. Kecik sekali tu anak buah sulung..haii besar dah kakak anis yek.

p/s : emo pulak..hihi..abai kan jelah ngada2 ku ini..hihi

Friday, March 26, 2010

Aina lagi

Aina Shafeeyah dah tido, so bolehla hadap pc sat..check la blog, amboi banyak sungguh posts yang masih dalam draft. Selalu gitu la, bile dah tinggal dalam draft, alamatnye asyik lupa dan cite pun dah basi, dan malas la nak post..hihi..
Ni free meh update gambar2 aina shafeeyah yang duduk dalam draft ni. Kami dah dah tau naper suka letak tgn kat pipi gitu, sbb duk tiru rancangan NHK dia tulah..ala lagu english tu, yang lagu last tu "GOOD JOB" , semua budak2 jpn tu letak tgn kt bahu dan angkat sebelah kaki..hahaha..aina sangat la suka rancangan NHK tu..tergelak kami duk tgk gelagat aina bile tgk rancangan NHK tu, duk tiru budak2 dalam tu, duk gelak sorg, tepuk2 tgn, joget2..hahaha..aina oo aina..byk la pulak ade gmbar2 aina yang terkumpul dlm draft ni..meh satukan, update sekali utk tatapan family di Malaysia.. Alahai sian tgk aina takde ruang nak main kereta tu, sorry ye aina, rumah kite ni cenonet sgt. Skrg kereta tu duk dalam stor je. Rancang nak bawe main kat koen( taman ) je..hr tu duk main2 kt bawah rumah ni, pastu nak simpan kereta tu masuk stor, punya la menangis duk tarik kereta tu. Dari beli pun, aina je yang tarik kereta tu sampai kaunter nak bayar. Beli 2nd hand je pun. Kami nak bawe kereta tu pun aina nangis2 tak bg lepas, akhir nye terpaksa dukung aina dan kereta die tu sampai ke car park..adoii aina aina..
sangat suka main kereta mainan skrg..;p hr2 duk minta "car..car" hihi actually bukan kereta mainan si aina pun, kereta mainan ayah aina...habis si aina ni belek2 kereta mainan tu, buka pintu kereta tu, duk jalankan kereta tu....ayah aina kan suka kereta, dah nampak sgt si aina pun gitu..;p Duk main kereta control pun pandai dah, tp pandai tekan ke depan jelah..hihi..anak perempuan ni...risau duk main bola dan kereta je hr2, duk belila mainan dapur masak dan alat2 masak tu, iron dan iron board, seronot la hr2 duk masak kat dapur mainan tu, yang lawak ye, kereta mainan mesti ade atas dapur masak sekali , tak pun atas iron board..hahaha..red car kesukaan aina mmg tak tggl. Kdg2 sampai tertido duk pegang kereta merah itu..aduss..
Ni pulak gambar time birthday party Zayyan ahad lepas. Sejak gi birthday party kekawan iskandar dan Nazran, aina sgt kenal ngan lagu happy birthday. Klu nyanyi lagu happy birthday, aina mesti gelak, sampai tepuk tgn dan mucung mulut ke depan je...gaya nak tiup lilin kot..hahaha..budak2kan, kuat ingatan . Suka la tu ramai2 kekawan jumpa.
Okla, sekian saje..Masa utk titun..

Thursday, March 25, 2010

Kanazawa Zoo @ Kanazawa Shizen Koen

Kanazawa Zoo ada buat anniversary festival, so cuti weekend 3 hari weekend lepas tu tu entrance fee tu free je. Sabtu lepas tak kemana tu, duk cibuk konon ye nak ke kedai untuk baiki kereta yang dilanggar cenonet tu, tp tak jd, sbb weeknd kan nak guna kereta.
Hari Ahad lak, ade jemputan birthday party zayyan, thank you murni & joe jemput kami. Kami gi ngan idanuar je. Thanks to idanuar dtg ambil kami. Seronot la kan duk bual2 jumpa kekawan.
Hari isnin tu, pagi pkui730 dah kuar gi Kanazawa Zoo ni. Mula2 tu malasla nak pergi sbb tak prepare ape2 pun. Pas subuh, sempat goreng keledek utk sarapan..Dalam perjalanan singgah beli 3 ketul onigiri. Planning mmg nk gi awal pg sbb nak balik awal. Sampai2 sampai kat gate tol nak ke Kanazawa Zoo pun tak buka lg, hihihi, tu pun mmmg dah ade org jepun beratur duk menunggu. Tak lama pun duk tunggu. Tapi mmg berbaloi la dtg awal, masuk awal, dan dpt balik awal. Masa balik tu, tgk punya ramai duk beratur nak masuk parking zoo tu , cuaca pun cerah dan free pulak, mmg ramai la umat manusia ye.
Sementara tunggu gate zoo tu buka, duk layan bergambar kat nanohana ni. Konon datang siap pakai mask, tp tak cun la nak bergambar..so cabut je simpan..hihi..alhamdulilla ok sikit hidungku minggu ini.;)
Nonahana ni depa tu tanam kat liring bukit. So cam susah sikit nak ambil gambar.hihi.
Bunga apa ntah ni layan jelah yek.hihi
Aina asyik nak lepas je berlari2. yelah budak dah kuat berlari maner nak duduk diam. Masuk je gate Kanazawa Zoo tu dapat survenior 3 ketul pin button. Ayah aina kate klu dpt magnet ke keychain ke ok gak.haha. org dah nak bg, abik jelah..;p
Masuk2 je gate, ade laluan terowong dan kiri kanan ade kartun2 nih. Aina suka jelah tgk.
Chak aina naik bas ngan ibu nih..;p
Pastu mula la perjalanan melawat haiwan2 kat zoo ni. Aina mmg taknak la dah duduk dalam stroller..lari sana sini, tunjuk haiwan tu tunjuk haiwan ni..ponat sunnguh kejar die je sana sini. mulut pun bising je..ape yang di cakap, ntah la bukan ye kami paham pung..kihkih. duk sibuk nak pegang anak2 jpn la, mainan anak2 jpn la...alahai aina ooo aina. Pujuk masuk stroller taknak, takpela ikut jela si kenit tu. Then bile tiba jalan yang berbukti, tercungap2 duk jalan..hahaha..
"Aina duduk la dalam stroller ye" ..terus tepuk2 stroller minta duduk, kemudian duk jerit airr air..hahaha..tau pun penat..Kemudian rehat makan keledek sementara ayah aina duk menembang sana sini.
Dalam byk2 gambar aina, nak gelak tgk mata aina time nih..hahaha..Ntah berapa kali aina duk turun dr stroller, ayah aina kate tak reti duduk diam dalam stroller. haha. "Biarla ayah aina, aina nak bebas, takpela ibu aina jg je..ayah gi jelah menembak haiwan2 tu..;p"
Ntah berapa kali duk berhenti rehat, sbb berbukit2 la Zoo ni..ponat den..hihi. Ni last berhenti, kami makan onigiri je..hihi
Ni pulak haiwan2 yang sempat di'tembak' oleh ayah aina. Layan jelah yek. Bila kat rumah aina tgk gambar2 haiwan ni, punya la bising mulut die duk tunjuk2 jerit2..kenai la kot haiwan2 tu..hahaha
Salah satu permandangan yang di ambil. Tinggikan kawasan nih..tu jenuh kakiku..
Kemudian, pukul 12 tu kami gerak balik. Aina dan ibu aina pengsan dalam kereta..hihi. Sampai rumah, solat zuhur, dan sambung tido balik..hihi..bangun2 baru terasa lapar..makan, dan kejut aina, sbb dah tido lama sgt..hihi.solat asar, kemudian kuar gi beli brg2 dapur dan singgah hardoff..;)

Fruit Jelly

Fruit Jelly ni dah banyak kali buat. Ni resepi duk ambil dari KYani MyR. Terima kasih kYani. Kali ni buat duk bawa di birthday party zayyan. Meh duk simpan resepi ni kat blog ni utk rujukan akan dtg..

Bahan-bahan ( 2 orang ) - oren, grapefruit atau limau
  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

Nugget Ayam

Nugget ayam ni buat minggu lepas. Lama dah duk teringin dah makan tp malas nak buat..hahaha..kali ni duk try nugget ayam kHana tu..simple dan mudah je..thanks you kak Hana..duk simpan CnP dan sini yek.

Bahan-bahan
  • 400g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar breadcrumbs - bleh ganti tpg gandum@serbuk cornflakes@oat
  • 1/2 sudu kecil baking powder - tk nk ltk pong xpe.hanya utk kembungkn je
  • 1/4 biji telur
  • garam
  • lada sulah
Utk Coating
  • Kaedah 1:
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum
  • Telur - dikocok
  • Kaedah 2:
  • Air
  • Penyembur air@spray
  • Breadcrumbs
Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  • Bulat2kan dan leperkan mengikut kehendak masing2. -hana buat bentuk love.
  • Utk saduran@coating:
  • Kaedah satu - Lumurkan nugget yg dah siap tadi dengan tepung, kemudian celup ke dalam telur yg sudah di kocok dan last skali guling2kan ke dalam serbuk breadcrumbs. buat sehingga habis. Jika inginkan coating yg lebih tebal, ulang 2 kali kaedah tadi.
  • Utk kaedah kedua agak mudah kerna tak menggunakan telur. hanya perlu semburkan air ke atas nugget depan dan belakang then lumurkan dengan serbuk breadcrumbs.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
  • Siap utk dihidang dengan sos dan juga mayonis.

Wednesday, March 17, 2010

Aina - Check up

Hari ni, pagi2 dah kuar untuk check aina shafeeyah kat Kuyakushou untuk umur 18bulan. Dah lama menunggu check up nih, sbb ade check up doktor gigi..sebab ape? jom cerita..
Kami sampai 845 pg dan ambil no. Alhamdulilla no5 je..Bual2 tanye aina pandai ape, suruh cakap, sebut, tunjukk pun aina diam je..hihi..blur la tu pg2...Bila ibu ayah suruh tunjuk bru die nak tunjuk sikit..tak kisahla part tu sbb normal la tu budak2...
Kemudian gi timbang dan ukur tinggi dan jumpa doktor. Doktor kate ketinggian dan berat aina ni paras2 biasa je, so kena makan banyak lg..Aina sejak 14bulan bru nak makan okay sikit, tp tu pun nasi kurang la. Kemudian bila dah 16bulan, laju sikit makan tu..alhamdulilla. Dan sejak seminggu ni alhamdulilla aina membuang (poo) hari2 dah. Sebelum ni aina hanya membuang 1minggu sekali je semenjak berusia 3 bulan. Dan sejak makan solid pun, kalau masa nak membuang tu, aina mmg akan nangis, walaupun tahi tak keras maner pun. Kalau keras, lagi la nangiskan.. Even, sekarang pun aina membuang hari2, aina still akan merengek nangis, tgk tutt tu takdela kerass pun, tp nangis gak..Risau dah, sbb sejak lahir aina ada masalah usus sikit, hingga masuk ward masa usia aina 7hr. Dan bila skrang aina dah membuang hari2, syukur sgt2, moga aina tiada masalah ape2..bab nangis tu..ntahla, tp itula hakikat nya, so mmg tau la klu aina nak membuang mesti akan nangis atau pun merengek minta dipeluk..hihi..berbalik pada doktor td, die kate okay je, usus aina nak sesuaikan diri kot..insyaALLAH moga2 semuanya normal.
Akhir sekali, kami jumpa doktor gigi..
Doktor : naper gigi aina ni ke depan? ape berlaku?
ayah aina : emm tak tau..naper doktor?
Doktor : Saya pun tak tau, tp ini abnormal. Nanti leh check ngan pakar gigi.
Gitu la lebih kurang dialog doktor gigi tu ngan ayah aina.
So dalam buku boshitenchou tu mmg kena bulat la abnormal..huhu..Sebenar ye kami mmg tau dah. Aina lahir dlu, Doktor Chin (paed aina kat msia) dah bgtau, rahang aina senget sikit. Siap kate ibu ade terjatuh je ketika mengandung, takde. Takpela, janji anak ibu ayah sorg ni sihat2 hendaknya. Mmg perasan pun, time aina kecik2 takde gigi, time tidur tu, bibir bawah aina akan senget..ibu aina selalu selawat je betulkan bibir tu. Doa2 moga2 semua ye normal. Bila dah besar sikit, ok dah bibir tu, tak nampak sgt..
Dan bile aina dah tumbuh gigi, mmg perasan pun kelainan dgn susunan gigi atas dan gigi bawah aina. Doktor td kate, gigi/gusi bawah aina ni ke dalam sgt atau gusi/rahang atas ke depan sgt. So mmg ade ruang di antara gigi atas dan gigi bawah bile aina tutup rapat gigi die. Lebih jelas gigi atas menutupi gigi bawah bile aina rapatkan senyumm..hihi..susah nak terangkan. Tapi mmg dah perasan sebelum ni, dan tau aina mmg gini sejak lahir gitu, takpela aina, ibu ayah tetap sayang aina dan bersyukur sgt dengan kelahiran aina ke dunia ini.
Balik rumah terus call makcu aina. Makcu gelakkan aina..sampaii hati makcu yek..Makcu kate takpe, mungkin rahang mulut bahagian bawah aina tu kecik sikit, tu yang jadi camtu. Bila jadi camtu,mungkin akan ade masalah dari segi nak permakanan(gigitan gigi) dan kecantikkan( susunan gigi). Sekarang aina kecik lg, so biarkan dlu, insyaALLAH mungkin rahang mulut tu boleh normal. Ape pun nanti boleh check pakar gigi atau pakar kanak2. Ayah aina kate, takpela, kami tunggu makcu jd pakar doktor gigi dlu yek..insyaALLAh amin..Ibu ayah sentiasa doakan aina shafeeyah sihat2 hendaknya. Aminn

Daging Masak Merah

Dah banyak kali duk try masak daging masak merah ni. Dari resepi kHanieliza tu, ke resepi ros, ni pulak try resepi kHana. Semua pun sedap2 dan yang penting en.Suami suka. Almaklum la daging masak merah tu mmg kesukaan die. Kate je daging, mmg Ok jelah..ok ni rajin sikit nak letak resepi kHana ni. Terima kasih kHana.

Bahan-bahan
  • 300g daging - rebus dan hiris
  • *15-20 tangkai cili kering - celur air panas, cuci dan toskan
  • *3 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 btg serai - ketuk
  • gula @ madu
  • garam
  • tomato - belah 4 - optional
  • sedikit air rebusan daging - utk lebih berkuah
Cara-cara
  • Blend@kisar bhn yg bertanda *. Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  • Masukkan bhn blend dan serai. tumis hingga cili msk dan pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, gula@madu dan garam secukup rasa.
  • Masukkan daging. Jika inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air rebusan daging tadi. Kacau dan didihkan.
  • Last sekali masukkan tomato jika suka. Matikan api dan siap dihidang.

Tuesday, March 16, 2010

Shiroyama Koen @ Tateyama

Sabtu lepas, kami join kIda buat program ke Tateyama. Actually ade inchigogari ( strawberi picking), tapi tak join, kami join depa picnic je. Pagi2 kuar rumah dalam 7 lebih. Sampai ke Umi Hotaru ni sejam kemudian. Angin sangat la kuat hari tu, tengok ombak yang bergelora tu pun dah menakutkan. Lepas kat Umi Hotaru tu sejam. Ni kali ke3 kami sampai situ.

The Tokyo Bay Aqua-Line (東京湾アクアライン, tōkyō wan akua rain), also known as the Trans-Tokyo Bay Highway, is a bridge-tunnel combination across Tokyo Bay in Japan. It connects the city of Kawasaki in Kanagawa Prefecture with the city of Kisarazu in Chiba Prefecture, and forms part of National Route 409. With an overall length of 14 km, it includes a 4.4 km bridge and 9.6 km tunnel underneath the bay—the longest underwater tunnel for cars in the world.

At the bridge-tunnel crossover point, there is an artificial island called Umihotaru (海ほたる, Umi-hotaru, literally meaning "sea firefly") with a rest area consisting of restaurants, shops and amusement facilities. Air is supplied to the tunnel by a distinctive tower in the middle of the tunnel, called the Kaze no Tō (風の塔, "the tower of wind"), which uses the bay's almost-constant winds as a power source.

The road opened on December 18, 1997 after 31 years of construction at a cost of 1.44 trillion yen (11.2 billion USD at the time of opening). - lama sungguh nak siap

Bila sampai je parking, tengok semua orang cam nak melayang2 je jalan..hihi..iskk akan angin kuat sgt ker? Kemudian keluar kereta, mak aiii kuatt ye angin. Ambil gambar pun senget2 tudungku..hihi.Layan jelah gambar2 kat bawah nih..
Kecikk je mata aina ye kena tiup angin..;p
Aina : Taknak duduk la ibu atas turtle ni, angin ni kuat sgt..;)

Aina : Aina nak teropong gak la ibu..;p

Sekarang sangat la byk aksi aina gini bile kami suruh aina senyum nak ambil gambar ni. huhuhu. Tgk tu dua2 belah tgn letak kat pipi, dan kali nih siap angkat kaki..aduss..aina aina..;p

Dekat sejam la gak kami berada di situ, sambil ayah aina tengok peta nak ke Tateyama tu, kami lepak dalam kereta je. Tengok air laut bawah nih, kuatkan..mmg menakutkan. Masa ni dah nak balik, kereta pun dah banyak tu, so sesak la sikit, tunggu turn nak masuk parking. Kemudian, kami pun bertolak ke Shiroyama Koen.
Sepanjang perjalanan, angin mmg bertiup sangatla kuat. Aina pun lena je tidur dalam child seat tu, ibu aina ni pindah la duduk depan. Sampai Shiroyama koen ni pun, Aina masih tidur je elok2 , so pindah masuk dalam stroller tu. Elokla juga aina tido aina, sbb angin sgt kuat, bungkus stroller tu ngan rain cover tu, sbb nak elak pasir berterbangan ke arah aina. Oleh kerana cuaca yang angin tersangat la kuat, tgk pokok pun cam nak tumbang je..mmg membantutkan semangat kami nak bergambar dan jalan2..ape pun layan jelah beberapa gambar di bawah nih.
Ade 2 batang pokok ume nih sedang mekar...yeahh...

hihi ;p
Nih pulak area Japanese Garden. Kecik je pun garden tu. Teringat pulak Kyoto bile tgk japanese garden ni. Rindu pulak suasana Kyoto..hai bile la nak sampai sana lg yek..hihi

Ni pulakpermandangan dari puncak Koen tu. Luass je mata memandang, lapang fikiran..;)

Tapi bile tgk air laut yang bergelora tu dan angin yang bertiup sungguh kuat nih menakutkan kami.

Padat gak penempatan di Tateyama nih.

Nih la Castle Tateyama tu. Takdela besar sgt..comeyy je.. Kemudian, bila aina dah jaga, kami cepat2 turun masuk ke kereta untuk makan sikit. Yelah si kecik nih mesti dah lapar. Ade bawe bekal tu sementara tunggu kak ida call. Kemudian dalam pukul12 kak ida call, dan kami pun menuju ke Flower Park kat tepi pantaii..hohohoho..pantaii..tgk ombak yang membadai pantai tu, terdetik pulak tsunamii...isk isk minta jauh..Nak masuk Flower Park pun dibatalkan sbb angin yang sgt kuat. Mata aina tertutup2 ditiup angin..hihi
Kemudian kami ke Shiroyama Koen tadi untuk makan2..ihihih..
Perjalanan balik agak sesak sikit di Aqua Line, tapi alhamdulilla kami sempat solat magbrib di rumah..

Ahad pulak tak ke mana pun, konon ye nak mencari pokok2 ume, ttp satu insiden telah berlaku..hihihi. Kereta kami bergesel sikit ngan kereta makcik jepun tu. Jalan kecik, kena pandaila kan, tapi makcik ni asak gak ke kanan, so langgar la sikit kereta kami. Nasib baik la kami ni dah berhenti, dan mmg makcik tu mgaku die yang salah. Dia kate die asyik pandang kiri je tak perasan langsung belah kanan..leh lak gitu yek..hihi..Then bincang2, gi rumah makcik tu, call polis, ambil statement, gi kedai kereta nak baiki...aduhh..sgt la lama proses ye...Masih lum baiki pun lg geselan itu, sbb suami makcik tu kate nak tanye kawan die dlu, sbb geselan yang kecil itu pun kena 17000yen..hohoho..so die kate mahal. tak kisah la janji die yang kena baiki..;p So tunggu sabtu nih ;p

Sunday, March 14, 2010

Crispy Potato Wedges

Crispy Potato Wedges ni dari noorsha MyR. Thank you akak. Duk tengok wedges ni kat dapur Ros. Jalan2 rumah kHana jumpa gak. Tengok khana guna tepung ayam goreng ngan paprika. Tapi saya campur tepung ayam goreng sikit dan serbuk kari sikit...sodap gak.. Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili - tak letak
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut - tambah tepung ayam goreng dan serbuk kari sikit
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Garlic Mashed Potato with Gravy

Garlic Mashed Potato nih pun duk ambil kt MyR gak. Resipi nih sangat byk. Buat sikit je. Sauce tu pun takde, so tak guna la. Tu dah rupa cam aiskrim lak. hihi Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Ayam ala Kenny Rogers

Pikir2 punya pikir nak masak ayam ape, jadila ayam ala kenny rogers nih resipi dari myResipi atau che mid. Terima ye akak. Dah lama duk skodeng ayam ni kat dapur kHana tu. Nama sodap sungguh. Memang betui pung sodap, tapi ayamku ni jadi legam (hitam). Nih kes terlebih panggang la kan. Buat pun setengah ekor je. Takpe2 leh buat lg, sebab sedapkan..hihi
Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar

Caramel Cheese Pudding

Caramel cheese pudding nih resipi dari kYani. Terima kasih kyani. Nama pun cheese, so ada rase cheese dan puding. Walaupun geram la jugakkan rupa ye tak lawe tu, tp tkpela janji rase ye sedap. Klu suka cheese tu mmg suka la makan caramel cheese pudding ni. Maner la bdn2 kami nih tak naik yek..hahaha tkpela sekali sekala..yelah tu..ibu aina je yang melantak pung..hihi
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

Thursday, March 11, 2010

4th Anniversary

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulilla usia perkahwinan kami bertambah setahun lagi. Syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan dan limpah rahmat dariNya. Semoga ikatan perkahwinan kami yang suci ini terus kekal bahagia selamanya di dunia dan di akhirat kelak. Tiada madah helah untuk berkata2 (ni sbb daku tak pandai bermadah helah..;p), tetapi hanya doa dan kesyukuran dipohonkan kepada Allah swt.
Alhamdulilla hari ini ( semalam) juga Aina Shafeeyah kami genap 18bulan. Hanya ayat di atas sempat di taip. Meh sambung hari ni la pulak ye. Semalam terlalu banyak perkara berlaku. Ulangtahun perkahwinan ke 4 kami, aina shafeeyah sudah 18 bulan smlm, dadima aina telah selamat menjalani pembedahan dan pakcu aqer aina telah memperolehi 5A, 6B dalam SPM. Alhamdulilla syukur ke hadrat Illahi.

Aina shafeeyah makin aktif berlari, dan asyik jatuh jelah. Rumah dah la comey sungguh, semua die nak langgar bile lari ke sana ke sini. Alahai malam td pun tido sbb dah jatuh nangis duk lari dr bilik ke ruang tamu ulang alik. Aina oo aina. Seronotla tu budak2 maner la reti nak duk diam kan. Sekarang pulak kalau suruh senyum nak ambil gambar, mesti buat tangan gitu, aduss saper ajar pun tak tau la...nih mesti pengaruh tv ni..;p
Ada 2 berita yang mengejutkan kami, tetapi semua ini adalah ketentuan dari Illahi. InsyaALLAh mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semua ye selamat dan sihat2 hendaknya. Alhamdulilla mummy telah selamat menjalani pembedahan semalam. Semoga maktok dan mummy terus tabah dan sihat seadanya.

Rabu lepas, ibu aina dah gi klinik untuk check selsema yang tak hilang2 nih. Emm memang sah kafun(debunga alergik). Sekarang kan dah masuk spring, so ibu aina yang antibodi lemah ni asyik la bersin, selsema tak abis2 semua. Sebulan dah tau. Dah la ade resdung yang mmg alah seafood, habuk dan sekarang debunga pulak. Kena cari supplement untuk boost immune system ni. hihi. So sekarang nak kuar rumah kenala pakai mask yek. Bukan saje kuar rumah, tido malam pun ibu aina ni pakai mask. Yelah dah baper malam sebelum tu tido pun takleh, 2 belah hidung tersumbat. Alhamdulila hari nih okay sikit. Oh ye sibuk kate spring, selasa hr tu turun salji. Snow in spring? yeahh itulah hakikat je..mcm bulan januari je sejukk ye..1 celcius hr tu, mane tak turun snowkan..tapi tak heran la nak kuar rumah pun, sbb tak sihat, so buat cara tak sihat..;p
Maka, untuk dinner semalam masak la special sikit, maner2 yang sempat. Buatla Ayam panggang ala2 kenny rogers, garlic mashed potato, potato wedges, dan caramel cheese pudding. Ayam panggangku terlebih panggang..adus..tapi janji habis licin, buat pun setengah ekor je..
Garlic mashed potato ker? cam aiskrim je rupe tu..;p
Potato wedges ni sodap, nih yang abis dlu. Aina dan ayah aina laju je makan, leh buat lagi nih.
Ayam panggang yang terlebih panggang..takpola janji sodap dimkn..

Sodih den ngan caramel cheese pudding nih, tak comey. Tak po la gak, janji sodap nak di tolan..hihi. Okla lain kali sambung lagi, banyak urusan perlu dilakukan..