Thursday, March 11, 2010

4th Anniversary

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Alhamdulilla usia perkahwinan kami bertambah setahun lagi. Syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan dan limpah rahmat dariNya. Semoga ikatan perkahwinan kami yang suci ini terus kekal bahagia selamanya di dunia dan di akhirat kelak. Tiada madah helah untuk berkata2 (ni sbb daku tak pandai bermadah helah..;p), tetapi hanya doa dan kesyukuran dipohonkan kepada Allah swt.
Alhamdulilla hari ini ( semalam) juga Aina Shafeeyah kami genap 18bulan. Hanya ayat di atas sempat di taip. Meh sambung hari ni la pulak ye. Semalam terlalu banyak perkara berlaku. Ulangtahun perkahwinan ke 4 kami, aina shafeeyah sudah 18 bulan smlm, dadima aina telah selamat menjalani pembedahan dan pakcu aqer aina telah memperolehi 5A, 6B dalam SPM. Alhamdulilla syukur ke hadrat Illahi.

Aina shafeeyah makin aktif berlari, dan asyik jatuh jelah. Rumah dah la comey sungguh, semua die nak langgar bile lari ke sana ke sini. Alahai malam td pun tido sbb dah jatuh nangis duk lari dr bilik ke ruang tamu ulang alik. Aina oo aina. Seronotla tu budak2 maner la reti nak duk diam kan. Sekarang pulak kalau suruh senyum nak ambil gambar, mesti buat tangan gitu, aduss saper ajar pun tak tau la...nih mesti pengaruh tv ni..;p
Ada 2 berita yang mengejutkan kami, tetapi semua ini adalah ketentuan dari Illahi. InsyaALLAh mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semua ye selamat dan sihat2 hendaknya. Alhamdulilla mummy telah selamat menjalani pembedahan semalam. Semoga maktok dan mummy terus tabah dan sihat seadanya.

Rabu lepas, ibu aina dah gi klinik untuk check selsema yang tak hilang2 nih. Emm memang sah kafun(debunga alergik). Sekarang kan dah masuk spring, so ibu aina yang antibodi lemah ni asyik la bersin, selsema tak abis2 semua. Sebulan dah tau. Dah la ade resdung yang mmg alah seafood, habuk dan sekarang debunga pulak. Kena cari supplement untuk boost immune system ni. hihi. So sekarang nak kuar rumah kenala pakai mask yek. Bukan saje kuar rumah, tido malam pun ibu aina ni pakai mask. Yelah dah baper malam sebelum tu tido pun takleh, 2 belah hidung tersumbat. Alhamdulila hari nih okay sikit. Oh ye sibuk kate spring, selasa hr tu turun salji. Snow in spring? yeahh itulah hakikat je..mcm bulan januari je sejukk ye..1 celcius hr tu, mane tak turun snowkan..tapi tak heran la nak kuar rumah pun, sbb tak sihat, so buat cara tak sihat..;p
Maka, untuk dinner semalam masak la special sikit, maner2 yang sempat. Buatla Ayam panggang ala2 kenny rogers, garlic mashed potato, potato wedges, dan caramel cheese pudding. Ayam panggangku terlebih panggang..adus..tapi janji habis licin, buat pun setengah ekor je..
Garlic mashed potato ker? cam aiskrim je rupe tu..;p
Potato wedges ni sodap, nih yang abis dlu. Aina dan ayah aina laju je makan, leh buat lagi nih.
Ayam panggang yang terlebih panggang..takpola janji sodap dimkn..

Sodih den ngan caramel cheese pudding nih, tak comey. Tak po la gak, janji sodap nak di tolan..hihi. Okla lain kali sambung lagi, banyak urusan perlu dilakukan..

6 comments:

  1. happy 4th anniversary.moga bahagia ke akhir hayat :-)

    ReplyDelete
  2. happy anniversary aisha..semoga rezeki untuk keluarga makin bertambah tahun ini...rasa macam baru je aritu saye gi kenduri kawen aisha kat seremban..dah 4 tahun dah ek...=)

    ReplyDelete
  3. ida - thanks ida. insyaALLAH amin.
    dilla - thanks dilla. tulah kejap je kan. cepat je masa berlalu. bb dlm peyut sihat?

    ReplyDelete
  4. happy anniversary!moga kekal bahagia dan dikurniakan baby2 yg comel mcm aina,hehe...

    sedapnya ayam panggang dll tu,special menu utk celebrate anni yer?caramel cheese pudding tu pun nampak sedap,tak pernah dgr lg,1st time tgk,nanti share resepi ek,hihi...

    take care,mg cepat2 sembuh selsema tu.ada ubat rasanya utk kafun.kena gigih ber-mask laa kan,odaijini!

    ReplyDelete
  5. fith - thank you fith. InsyaALLAH aminnnn ;)
    insyaALLAh nnti saya letak resipi. saya pun bru je try resipi tuh..hihi..thank you. tulah mmg kena rajin ber-mask la skrg..hihi..tq2

    ReplyDelete
  6. seronok tgk kluarga bahagia....

    ReplyDelete