Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Tepung Pelita

Hari Jumaat lepas, dah siap bekal masak bekal untuk ayah aina gi keje, tiba2, kate tak nak gi keje..adoiii biar betui..akhir2 ni ayah aina mmg tension sikit keje. (yeker, dlu pun asyik tension gak )biasala keje kat sini. Takpela, mane tau ade rezeki, leh balik msia je kan tahun depan..
So seblum gi solat jumaat sempat la buat tepung pelita ni. Ini buat kali ke2, yeah menjadi pun..baru la puas hati...yum yum..suka sgt kuih ni....suka gak sbb dah jd. dlu firts time buat cairrr je..hihi.. tk masak lama sampai likat rupa ye..so dapt bawe kuih ni gi majlis bacaan yasin umah adninpuza..
resepi copy dr myR la..thank you kak yani.
..

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula - tambah lebih sikit bagi rase manis..hihi
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan
sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/80

Thursday, June 18, 2009

Donut

Petang tadi sempat gak la minum petang ngan resepi donut kak yani ni...slalu mmg guna resepi ni aje buat donut...thank you kak yani..pasni kena try resepi lain la pulak kan..dah lama sungguh tak buat donut. tu yang duk teringin nak makan..abis dikerjakan oleh ibu aina ptg td..yumm yum..copy past sini je dr myR..tp guna BM je..mudahkan..tu pun td membentuk donut ngan bantuan aina shafeeyah..biasala, kecik2 dah cibukk dan kacau, besar nnti jgn malas masuk dapur, udah ler..hahahaha..okla nk tido dah..good nite..

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder
Cara2
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit
  3. Masukkan pula butter
  4. Kacau sehingga sekata
  5. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  6. Uli sehingga tak melekat ditangan
  7. Buatkan bentuk bulat
  8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  10. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  11. Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  12. Uli biar jadi bentuk panjang
  13. Kemudian pulaskan.
  14. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/208

Thursday, May 14, 2009

Kuih Kasturi

Kuih ni buat minggu lepas. Sebabye terliur tgk blog kak ita dan ida post kuih yg sama...ape lg terus buat malam tu, pas buat roti nasi tu..leh buat sarapan kan..buat lebih, resipi kak ita, sya letak sini, tp saya main agak2 je pun cam ida buat tu..hihi..cuma tips ye, time masak kacang tu rase manis tu kena lebihkan sikit sbb nnti nk letak tepungkan....tara kuih kasturi bentuk heart cam mama aiman slalu buat...yumm yumm..hihi
Bahan-bahan
200 g kacang hijau
70 ml santan
50 g gula
sedikit garam
60g tepung gandm
200 ml air
untuk kulit
50g tepung beras + tepung gandum
sedikit sudu kunyit serbuk
sedikit garam
air
Cara-cara
1. Rendam kacang hijau sekurang-kurangnya 2 jam ita rendam 8 jam supaya cepat empuk
2. Rebus dengan air, setelah agak kering masukkan gula, santan dan sedikit garam.
3. masak sehingga kering dan tutup api masukkan tepung.gaul dan sejukkan.
4. Buat bentuk bulat leper2 lagi leper lagi bagus supaya garing.
5. Untuk kulitnya bancuhkan bahan2 kulit macam nak buat goreng pisang.
6. celupkan dan goreng didalam minyak.