Monday, March 30, 2009

Mencari sakura...

Bangun2 je pagi ahad semalam, kami sakit2 badan dan sakit tekak. Maybe cuaca sejuk semalam dan penat kot. Pas subuh kami tido balikla kan, then Aina-chan yang kejut kami. Alhamdulilla nasib baik aina-chan sihat2 aje.
Hari tu tak tau nk gi maner. Tapi ayah aina nak gak gi koen lain untuk mencari sakura. Sebab ape, sebab ayah aina kate, nak abik gmbar aina dgn sakura untuk tatapan dadima aina di Malaysia. Ayah aina kate, dadima pesan abik gambar aina ngan sakura banyak2.
So ayah aina ajak gi Mitsuike Koen, tapi sebab dah lewat kami kuar pas zohor tu, maka kami tuju ke Mitsuzawa Koen sahaja. Emm tak memuaskan gak kat situ. Ni antara gambar yang di ambil. Ramai gak nihonjin yang berpicnic di di bawah pohon2 sakura itu.

Ayah aina masih tak puas hati, so kami gi pulak Hodogaya Koen. yeahhh kat situ, kami puas hati dapat gak snap sakura2 itu. Walaupun banyak sakura tak mangkai lagi, tp adela beberapa pohon yang memuaskan hati kami. So inila gambar2 yang diambil semalam. ni gambar aina-chan dan nana no hana.
yeahh ini la gambar sakura pink itu..suka2..


Then nak balik, jumpa lak sepohon je sakura putih nih..sempat la gak aina-chan bergambar..hihi
ok puas hati, then gi Conan Home Centre shopping barang umah. Pastu kami singgah umah abg herman sat, sebab depa minta tolong ayah aina tukar bateri kereta azamshiela tu.

Kodomo Shizen Kouen

Hari Sabtu lepas, kak ida jemput kami join farewell hanami keiorians di Kodomo Shizen Koen. Walaupun kami bukan warga Keio, terima kasih kerana jemput kami. Kalau ada hanami yang ramai2 tu mesti lagi best, sebab leh jumpa ngan ramai orang Malaysia di Kantou, Jepun nih..suka2,hai rindu ngan jumpa kawan2 yang lum jumpa lagi sejak aina datang jepun nih.. tapi tak tau la hanami tahun nih cam takde je, sebab takde pulak jemputan hanami. Sakura pun tahun ni cam terbantut je ngan cuaca yang tak menentu.
Pas sahaja solat subuh, ibu aina masak bihun goreng sahaja untuk bawa ke farewell party tu. Seawal sebelum 10 pagi kot, kami dah sampai kat situ sebab ingatkan jalan sesak ke tapi takde orang sangat. Kami gi naik keta je sebab ayah aina ada urusan lain. Sampai je car park tu, jumpa idanuar. yeah ade geng, so kami jalan-jalan la. Semua sakura belum mangkai lagi. Ada yang dah kembang, ada masih putik lagi, ade gak yg dah kuar daun. So tak tau la, maybe sebab cuaca tak menentu. Dan cuaca hari itu sejukk sangat, nasib baik dah ready ngan baju winter yang tebal itu, itu pun sejukk gak..ngan angin pun agak kuat pagi tu.Ni antara sakura yang sempat di snap oleh ayah aina.
oooo merpati dua sejoli ni..kehkehkeh..So ni gambar ramai2. time nih kami dah nak balik, sebab ayah aina ade urusan lain. Gomen ne, kami balik awai.
Sementara ayah aina berurusan itu, kami dua beranak pengsan dalam keta. Ibu aina ngantuk sangat2 maybe sebab tak cukup tido kot.

Thursday, March 26, 2009

Hotdog bread / Roti John...

Hari ini france bread smlm dah abis, terbayang pulak roti john kat pasar malam tu...hahahahaha.....ape lagi, sompekk gak den buat td, inti roti ye dah siap gak, so esok la buat breakfast kan..hotdog bread ke roti john ke...dua-dua la makan..hahahah..leh gemoksss nih..hihi
...taraaa tu die roti johnn..yummy ..dah selamat masuk peruttt..ahakkss

Hotdog bread @ yani MyR
Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung


Cara-cara

  1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Rehatkan selama 15 minit.
  4. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
  5. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
  6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/217

Inti Roti John


Bahan-bahan ( 4-6 orang )
250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (yang pandai buat roti boleh buat sendiri... umi_e tak pandailah...)
sos dan mayonis (jika suka)


Cara-cara

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari - tambah lada sulah sikit
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan aduna daging+telor atas roti
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/719

France Bread with garlic butter

uiskk lama yek tak updated. gomen ne..ibu aina malas.huhu.semalam teringin sangat nak makan soup pizza tu ngan roti ye..teringin sangat2, ayokss..bukan mengidam okay..siap gi tgk website pizza hut..hahaha...then, cari2 resipi...taraa...jadila france bread nih...yeahh....then, lagi sedap makan ngan garlic butter kan...jengjengjeng...sodapppp...makan sejuk2 nih...

Resipi dari fendi MyResipi. France Bread tak guna butter, tapi kadg2 sya tambah 10g butter.boleh la kan sendiri yang nk makan.hihi.


Bahan-bahan ( 3 ketul )
190ml air
230g tepung roti
60g tepung
2/3 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lemon jus
3g yis kering
p/s : kadang2 saya tambah 5g / 10 g butter


Cara-cara

  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan
  2. Bila dah siap, keluarkan adunan. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 3 bahagian. Biarkan 20minit
  3. Kemudian buatlah bentuk panjang atau apa-apa saja bentuk yang disukai. Penaik dalam oven pada suhu 35-40 degree selama 50-60 minit.
  4. Keluarkan dari oven. Penaikkan suhu oven pada 200 degree. Sementara tu potong memanjang dengan pisau pada bahagian atas roti. Sapu dengan sedikit olive oil pada bahagian potongan tadi. Spray air pada roti.
  5. Bakar selama 15-20minit

Garlic Butter @ fendi MyR
Bahan-bahan
roti france
2 ulas bawang putih
parsley kering secukupnya
Cara-cara
Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C.

p/s : copy paste je dr Myresipi. nnti sambugn lg, sbb aina dah ngada2..sya akan cuba copy paste semua resipi2 yang sya try di blog ni sbg rujukan.

Friday, March 20, 2009

Flower Garden 2009 @ Yokohama Red Brick Warehouse

Hari ini pagi2 lagi dh hujan, walaupun terjaga subuh terasa sedikit panas. So dah hujan tu, ingatkan malasla dah nk gi maner2 kan. Tapi pas hujan tu, tiba2 panas dan cuaca amat baik sekali. Mandangkan hari ini hari jumaat, ikut ayah aina gi solat jumaat kat masjid jamek, Yokohama. Pas solat jumaat, ayah aina tanye ade cadangan ker? hihi tkdela, then ayah aina kate jom gi Yokohama Red Brick Warehouse tu ada Flower Garden 2009.
So ape lagi, jom2..hihihi..walaupun ibu aina cam nemuii je, terlelap kejap dalam keta sambil main2 sms. Ramai tau ibu aina sms..hihi..saper bace blog nih mesti tau ibu aina sms2 depa..kehkehkeh.. So ini la antara gambar yang sempat diambil. Aina-chan sangat la excited...seronot la tu jalan2.



Lawakan?? So, saper2 yang nak gi, boleh la gi tgk yek. Flower Garden 2009 sampai 19 april 2009 nnti..Gambar2 selebih ye leh tgk kt Aisha's gallery. Pas jalan2, balikla rumah, singgah kedai beli barang umah sat. Aina-chan masuk je keta terus lena..ibu aina pung..kehkehkeh...gomen ne ayah aina, ngantuk sangat la...hihi..Ape pun best, arigatou ayah aina..

roti canai dan pau kacang

Hari ni ayah aina cuti. Semalam ayah aina balik awai gak la. Ade minum2 ngan opis mate, tapi ayah aina taknak join. Bukan ape2 biasa depa nih, minum2 tu mabuk2 je lebih, bukan ape pun..So klu ayah aina dpt skip, die akan skip la..so awai2 sblm magbrib, ayah aina dah sampai. Kira langit terang lg, siap aina-chan tunggu kt balkoni umah lg..hihihi..ngan ibu aina sekali la..
So smlm dah perap roti canai ni, dari resipi mama aiman. Maka pagi td, sempat la menebar roti canai nih.


Roti Canai @ Ida

Bahan2:
3 cwn tepung gandum*
1 biji telur*
1/2 cwn susu segar*
Sdkt gula*
Sdkt grm*
1 sudu kecil minyak sapi/butter*
Sdkt butter utk disapu luar doh
Sdkt minyak masak


Caranya:

  1. Uli semua bahan2 * sampai sebati.
  2. Bentukkan bulat2 sebanyak 6 biji.Salutkan dgn minyak sapi.
  3. Letakkan dalam bekas,tuangkan sedikit minyak masak
  4. Tutupkan dgn bekas. Biarkan dalam 3-4jam. - semalaman pun okay je
  5. Setelah itu,bolehla dicanaikan. Tebar dan tarik2 pakai talam tu je..lagi senang.
    Bolehlah digoreng atas kuali dgn api perlahan.Bila dh msk..renyuk2kan roti tu.
  6. Makan dgn kuah dal atau pun gulai/kari.

Petang smlm gak sempat buat pau kacang nih..leh la buat mkn2 jalan2 hr nih..

Pau @ Yani MyR


Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum - guna tepung pau terus pun lagi sedap dan gebu
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur


Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
    Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Thursday, March 19, 2009

makan gak

Pagi2 semalan dah call malaysia, to say happy birthday to nenek aina. semoga nenek aina sihat2 sentiasa, panjang umur, murah rezeki dan dilindungi Allah swt selalu. Dekatkan ngan birthday ibu aina..hihi. hai rindu sangat ibu aina kat nenek aina, tp tak dapt bual lama, sbb nenek aina busy anak2 maklong aina (cuti sekolahkan) dan maklong aina masih dalam pantang tu. (maklong aina dapat baby boy, aizat last month).

then tgh siapkan aina, ibu aina dapat call dari Kak nurul. Kak nurul nak datang umah, datang la akak. So maner sempat, kemas2 masakla chicken chop nih aje. Chicken chop nih dadima aina (mummy ayah aina) yang ajar masa datang jepun last year. Actually, tak cukup tu, kentang habis la, so takdela kentang goreng ye. Bun tu pulak, lebih smlm punya, resipi dari mama aiman. So ini la gmbar sebelum ibu aina makan..lapar dah, mkn dlu la kak nurul yek..hihi. skrg malas nk abik gmbar, buat2 mkn je..so hr ni nk masak ape yek..esok ayah aina cuti dah. So cuti 3 hari ni nak g maneR? ntah ler..tk tau la..bila la nk berjalan2 nih..hihihi..mama aiman, jom jalan2..hhihih

Sunday, March 15, 2009

My birthday...

I'm getting old..usia ibu aina bertambah setahun lagi. Doaku semoga panjang umur, sihat2 slalu, murah rezeki, dan kami suami isteri sekeluarga sentiasa diredhai Allah swt di dunia ini dan di akhirat kelak..Amin..
Hari ini ayah aina bawe gi makan kat Hanaya Youhei ( betui kot ejaan ye..kehkehkeh) ..yeah ibu aina tak perlu masak hari nih..hihi..taraa ni la menu ayah aina...ebi to kani to gohan setto ..hahaha... ibu ainaye jyoutendon to sarada setto ....

Ni adalah gambar aina chan smlm semasa mnunggu ayah aina lepak2 di Up garage kat Minami Machida...cam biasa ibu aina malas dh nak gi tgk part2 keta nih...so lepak2 bersama aina chan dalam keta shj..hihihi...jom aina possing..hihihi

makanan lagi...

taraa...pancake resipi dr kLiza, sedapp dijadikan sarapan. Sedap dimakan bersama jem, madu dll. PANCAKE
p/s : untuk makanan sendiri, aisha agak2 je sukatan tu.

Bahan2
2cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A atau B
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak

Cara

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker. [Boleh gunakan blender]
  2. Tapiskan.
  3. Sendukkan dalam Artnova Pot. [Jika gunakan non-stik pan titiskan sedikit minyak]
  4. Tutup pot atau non-stik pan.
  5. Masakkan 3-4 minit.
  6. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.

Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/pancake.html


taraa nih untuk mak ani..salmon butter lemon resipi dr kYani myR. menu nih suka sgt sejak ibu aina mengandung aina tahun lepas. Time pregnant tu, suka sgt salmon, sampaikn setiap minggu nk salmon. Ayah aina siap kate tak bosan ke ikann je..kehkeh..ikan adalah favourite ibu aina kecuali ikan mentah...huhuhu...dan ibu aina suka lebihkn kuah ye dan tambah racik cili api...pedas2 sikit..huhuhu...yummy..to mak ani aina ..jgn jeless yekk..


Bahan-bahan ( 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch


Cara-cara

  1. Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
  2. Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
  3. Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi.
  4. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
  5. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
  6. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
  7. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/323

Saturday, March 14, 2009

Aina lagi ler

Yeahh Aina chan dapat hadiah dari ayah lg. Smlm encik posmen hantar kotak besar. Ayah aina beli kt auction je..hihi..dah lama dh cari, sejak Aina chan sampai jepun ni, hanya guna abg aiman punya. Terima kasih mama aiman bagi pinjam kat Aina chan. Tara ini la hadiah yang Aina chan dapat, tapi belum pasang lagi...hihi..Taaraaaa.. 2 hari Aina chan cuba makan nestum, tapi Aina chan geli2 gak. Pastu ibu aina cuba bagi makan fruit puree lak..pada permulaan buah epal. taraa...aina chan suka sangat, siap hisap2 sudu tu..hihi..Thank you k.ita, cam tau2 je ibu aina tengah cari maklumat pasal makanan bayi nih..

Wednesday, March 11, 2009

Aina chan dan solid food

Hari ini, ibu aina geladah kotak yang dh berabuk kt dalam bilik tu.hihihi.taraaa...jumpa dh... Ni la set makan untuk Aina chan. Ibu dan ayah aina beli tahun lepas, time tu aina chan masih dalam perut lagi. Beli satu set dan dalam kotak set tu ada botol susu, punting botol susu, bekas air, bib baby, berus basuh botol susu dan ape ntah lg, tk ingat...hihihi mmg sat set semua skotak la..hihihi..
Hari ini Aina chan telah cuba makan solid food. Ibu aina bawa dari Malaysia je. So cute ...hihi..naper?? sbb mula2 cam sungguh2 die nk mkn, pas rase, die geli2 ngan telan..huhuhu..ganbatte ne Aina chan.

Makan dan makan

Pagi ini, ibu aina buat nasi lemak. Ayah aina pun leh bawe bekal g keje. Ibu aina mkn nasi lemak tghr gk sbb sarapan susu dan roti.


Sambil tidokan Aina chan, sempat gak layan masak2 kt tv NHK. Terliur tgk puding caramel die..hihi. So pas Aina chan tido, terus la memaksa kat dapur tu kek puding karamel dari Kyani, MyR. Gula hangus tu tk betui2 hangus..huhu
Then, tak tau nak masak ape, tp nak mkn best2 hari ni..hihi. So buat menu raya daa..hihihi...Ketupat segera siap direbus, tgk2 ketupat palas pung ade stok, so ape lg, rebus gk.
Sempatla gak bakar beberapa batang sate. Layan gak sambalk kacang dan daging dinding..yummy..

3rd Anniversary

11 Mac 2006 - Ayah dan ibu Aina telah selamat dihijab kabulkan. Alhamdulilla
12 Mac 2006 - Majlis kami di Seremban

18 Mac 2006 - Majlis kami di Klang

Kemudian ayah aina balik ke jepun semula, ibu aina keje cam biasa di Malaysia.
Erti sebuah perkahwinan tidak dapat dihuraikan hanya dengan kata-kata. Setelah 3 tahun berlalu sebagai pasangan suami isteri membuatkan kami lebih matang. Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, alhamdulilla semuanya ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Kami terima dengan redha dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Semoga ikatan suci ini terus diberkati Allah swt dan berkekalan di dunia dan di akhirat. AMIN..insyaALLAH.

Aina 6 bulan

Hri ini Aina chan genap 6 bulan. Jom kite tgk gmbr2 aina dlu2..(dlu la sgt tu).
Tanggal 11 September 2008, seawal jam 8 pagi, ibu dan ayah aina telah berapa di Hospital Columbia Asia, Seremban. Ubat induce dan ubat antibiotik GBS telah ibu aina terima. Alhamdulilla semuanya berjalan lancar. Jam 2 petang, bukaan telah menjadi 5cm, maka ibu aina dibawa masuk labour room untuk pecahkan air ketuban.
Alhamdulilla 6.34petang Aina selamat lahir ke dunia dengan berat 3.6kg, kepala 34cm dan panjang 52cm. Terima kasih kepada ayah aina yang sentiasa menemani ibu aina.

11 september 2008

Tarikh 11 september 2005, ibu dan ayah aina telah bertunang. 12 september 2008

30 september 2008
Ibu aina tidak mengambil gambar aina chan sehingga la ayah aina terpaksa pulang untuk lawat aina chan setelah 2 kali masuk wad sejak lahir. Semua kenangan lalu biarla tinggal kenangan untuk ibu ayah aina ingati. Setiap manusia di dunia ini pasti tidak terlepas dari dugaan dariNya.

3 oktober 2008

23 november 2008
Aina chan telah selamat sampai di jepun menemui ayah aina tercinta.hihi.

Tuesday, March 10, 2009

Roti Marble Coklat

Tiada ape hendak dibicarakan. Roti Marble Cokelat dari resepi Ros Toyosu buat petang semalam. Tiada loaf sandwich, so buat pintal2 kecil2 je.hihi.ape pun sedap. Dah abis ibu aina mkn hr ni. Ayah aina pun bawe bekal untuk minum petang kat office.

Roti marble Coklat @ Ros Toyosu


Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air


Cara-cara

  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastikan adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
    tutupkan keseluruhan adunan tadi
  5. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
    letak dlm sandwish loaf.
  6. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  7. siap dibakar dan sejukkan atas redai.

Monday, March 09, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430/2009M

Wadah Pemangkin Khaira Ummah
Salam Maulidur Rasul utk semua para pengunjung blog kami. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasulullah S.A.W.



Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”

(Surah al-Taubah, ayat 24)

Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.

Aina chan

Ni la aina chan..besar dh anak dara ibu sorg nih...lusa aina chan genap 6 bulan..Aina semakin bijak skarang, cuma tk suka ditinggalkan sorg2, so aina chan akan nangis2 klu ibu aina g solat atau masak...tido pulak kena sunyi, klu tk aina chan akan cepat terjaga2...tp klu aina chan dh penat sgt, bunyi bising cmner pung die pengsan je..hihihi.wah, gumbira ye die duduk dlm seat tu yek...nih untie ida punya, ibu pinjam ...hihihi..awai suka je duduk, pastu ngamuk dh..muat2 je seat tu ngan saiz aina chan..hihihi..ok nih dh siap2 nk kuar g umah kawan...jommm..hihihi

Saturday, March 07, 2009

kisah ayah aina..

Kek batik nih buat jumaat lepas nk bawa g umah kawan...buat lebih sikit, leh mkn kt umah gk...huhuhuhu..kek batik ni pung lama tk buat, tgk2 ade biskut marie, so ape lg, jom buat...hhii
Ni la rambut ayah aina sblm gunting...lama sungguh ibu aina pujuk suruh gunting. Last gunting raya thn lepas kt msia masa ayah aina balik raya kt malaysia lawat aina chan 2nd warded tu...so hr nih ibu aina berjaya menggondolkan kepala ayah aina...yeeehaa
Taraaaa...nie la hasil gondolan itu...hihihi...abis ibu aina gondolkan kepala ayah aina. yeah bru puas hati sikit ibu aina ...hihihi..

Thursday, March 05, 2009

Kak Hani dan Nana datang...yeah

Hari ini Nana dari Tokai nk dtg umah. Ibu Aina plan masak biasa2 utk lunch je. Bgn2 kemas2 umah, duk teringat nk buka facebook. Berat hati nk buka, so gi la buka sbb pc pun mmg ayah aina dh on pg2 seblm ayah aina gi keje td. Tb2 ade msg dr Kak Hani kate nk dtg leh? hohoho, Kak Hani, nasib baik sya check facebook tau..hihi
Duk kemas2, mandikan Aina chan, call la Kak Hani dan bg address. Thanks kak Hani sbb sudi dtg. Free2 nnti meh la dtg lg yek. Kak hani nk gi abik Ros then gi umah Kak Aini. So singgah kejap je tggu Nana sampai, mkn2, dan balik. Kejap sgt kak hani dtg..tkpela janji dtgkan. Kak Hani nk gambar aimee ngan aina yg kak hani abik tu tau..hihihi...Ni lak gambar KAKAK nana (kakak la sgt tu..huhu) ngan aina chan sblm balik.
Ni pulak matcha cupcake Kak Hani bagi...Oishikatta...hihihi..Thanks a lot kak hani..sedap..Abis licin..hihihi...

Tuesday, March 03, 2009

Kisah Ibu Aina..

Ting tong..loceng umah berbunyi. Posman dtg la tu..buka2 pintu, die kate ade brg pos sampai, tp brg tu besar sgt (itu yg ibu Aina ni paham la..huhuhu...extra2 tu abaikan, abik main point je...kehkehkeh) Then, die cakap lg, brg tu besar sgt, nk letak maner?, ok ke? Ibu Aina jawab okay jer...sbb tk tau nk jawab ape kan..ok jelah, lg pung dh tau tu brg ayah Aina ni...huhu...

Bising gak la posman ni dan siap jerit sikit kt member die kat bawah tu suruh kuarkan brg2 tu, sampai jiran sblah umah ni kuar...ayokkss..hahahahaha..then, jiran ni pun tanye, nande Aisha san? hahaha, ibu Aina cam biasa tak tau la nk jawab ape. hihihi..sengeh jelah..cam biasa la, ibu Aina cam paham ( tp slalu buat2 paham je ngan org jpn ni) tp tk tau nk balas ape. Klu tau pun kuar sepatah2 dan mesti ayat pung tunggang terbalik..hihihi.. Then, die pun sama tgk posman kt bawah tu.

Balik pd posman td tu, die pung bawe kuar kotak tu dr lori dan bawe naik kt umah ni...mak aiiii...besar ye kotakkk ni abg, ibu aina membebel dh dlm hati...die tanye nk letak mane? ape lg yg leh ibu aina jawab, letak jelah depan pintu ni..hahaha..pastu jiran sblh ni pung berbual2 ngan posman tu, cam td posman tu jawab ngan penuh perasaan, mgatakan kotak ni besar sgt, tak tau nk letak maner...lain2 ibu aina tk paham langsung..hahahaha...actually ade 2 kotak, satu je yg besar la sgt, satu lg tinggi hihi...then, jiran tanye ape dlm tu aisha san? emm jidosha no...( dlm hati car parts ape yek? ) tp nasib baik jiran tu paham bile ibu aina dh cakap jidosha no ..( kereta punya.....)die gelak n then jawab, sugoi okii na ( sgt besarr)...kehkehkeh..

Pas posman balik, jiran dan ibu aina berbincang2..macam la ibu aina paham...cuma die kate kotak ni ganggu org lalu, nnti org atas susah nk lalu, lebih2 ramai ade baby semua..so ibu aina alihkan kotak tu betui2 depan pintu, okla ade ruang sikit, muat2 je jiran2 yg ade anak kecik nk lalu...ahhahaha...mmg kalut betui la..hihihi..ngan ibu aina tk paham lg..then minta maaf kt jiran sebelah sbb ganggu laluan..

Call ayah aina, tp ayah aina meeting, so tak angkat, ibu aina sambung kemas umah. Dengar gk org2 jepun kt luar tu duk berhenti depan pintu dan chit chat...hohoho..ape ke benda, ibu aina buat tak tau sbb mmg tak tau kan..kehkeh..pastu, terpikir nk tampal notis. Tb2 ayah aina pun call, die pun suruh tampal notis to say sorry n bgtau temporary only n ayah aina will move the boxes pas balik keje nnti kan..

Ibu aina nk buat ayatt nihongo ni mmg berterabur dan tak tau, so idea pun dtg tulis english, translate kt website ayah aina slalu guna tu, then salin kt kertas, gi la tampal. Ibu aina tampal english dan nihongo (japanese), nihongo tu tk tau pun nk bace sbb translate die kuar kanji kan, so ibu aina salin jelah..Done...hihi

Ibu aina pun siap2kn aina chan nk gi beli sayur. Kuar2 letak stroller aina kat bawah, jiran sblh td ni pun dh ade kat luar tu, duk tegur nk g maner? Ibu aina jawab la...rosen e, kaimono shimasu...ayat yg tak pernah abis, sepatah2 je..hihi..ibu aina bantai je janji die paham..alhamdulilla die paham.Then, gi ambik aina chan, dan kunci pintu umah. Rupa ye jiran ni dh tunggu kt bawah main2 ngan anak lelaki die. Die nk jumpa Aina chan, anak lelaki die pun suka sgt ngan akachan (baby). Duk tegur2 Aina chan, yang Aina ni pun cam biasa la, klu ade org tegur, senyum ye bukan main besar lg..kehkehkeh..peramah anak ibu sorg ni, siap menyahut2 lg die pnggil nama die..hihihi..Ibu Aina tanye nk g maneR? die kate nk g cucuk anak die...ibu Aina tkdela paham sgt, tp yg bagus ye , jiran ni die bercakap ngan body language...so dh leh bace dr gerak bdn wpun kdg2 tk paham sgt die sebut ape. Oleh kerana, Aina chan pun bru cucuk DPT last Saturday, ibu aina ingat perkataan tu adalah injection.hihihi..Dalam perjalanan, jiran ni bercerita pasal Hina Matsuri. Time tu bru la ibu tau 3rd Mac adalah hr kanak2 perempuan.hihi..Ade gk die tanye kt ibu aina pasal balik Malaysia tahun lepas bersalin tu, tp ibu aina tak paham sgt die nk tanye ape, pasal bersalin ker? pasal aina keR?pasal msia keR? ibu aina nk jawab pun tk tau tak tau ape...hihihi..nasib baik die paham.

So mlm tu, ayah aina balik keje, trus pindah buka kotak tu, pindahkan masuk stor kt bawah, salji lak turun time tu.. Lagi satu kotak ade ke depan pintu dalam umah, ayah aina kate tak tau nk letak maner..hihihi..tulah ayah aina, ibu aina pesan, beli part2 keta tu jgn la lupa pasang kt keta tu, nih byk je simpan, pastu beli lg...takpela dah hobby ayah aina gitu..hihihi.

Ayah aina tgh nk buka kotak besar tu..hihi
Bawah ni pulak mini pizza buat utk breakfast esok. Dah byk kali buat mini pizza ni, tp malas nk abik gambar..hihi