So smlm dah perap roti canai ni, dari resipi mama aiman. Maka pagi td, sempat la menebar roti canai nih.
Roti Canai @ Ida
Bahan2:
3 cwn tepung gandum*
1 biji telur*
1/2 cwn susu segar*
Sdkt gula*
Sdkt grm*
1 sudu kecil minyak sapi/butter*
Sdkt butter utk disapu luar doh
Sdkt minyak masak
Caranya:
- Uli semua bahan2 * sampai sebati.
- Bentukkan bulat2 sebanyak 6 biji.Salutkan dgn minyak sapi.
- Letakkan dalam bekas,tuangkan sedikit minyak masak
- Tutupkan dgn bekas. Biarkan dalam 3-4jam. - semalaman pun okay je
- Setelah itu,bolehla dicanaikan. Tebar dan tarik2 pakai talam tu je..lagi senang.
Bolehlah digoreng atas kuali dgn api perlahan.Bila dh msk..renyuk2kan roti tu. - Makan dgn kuah dal atau pun gulai/kari.
Petang smlm gak sempat buat pau kacang nih..leh la buat mkn2 jalan2 hr nih..
Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum - guna tepung pau terus pun lagi sedap dan gebu
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur
Cara-cara
- Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
- Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
- Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
- Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
- Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
- Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
- Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
- Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
tengok je roti canai ni..terus buat roti canai..huhu..terliur..dhle puasa hari ni..
ReplyDeletehihihi...kan...tgk2 blog mesti kite pun teringin nk makann kan...hihih..thank you share resipi nih...sodap2
ReplyDelete