Thursday, March 04, 2010

Rich Choc Pudding

Dah lama tak berN3, dah lama tak letak gambar2 makanan. nak simpan resipi kat blog sendiri la,jenuh nak buat lg kena cr kat myR tu..huhu..meh layan Rich Choc Pudding dr junjs11 kat MyR. Thank you kak jun. Suka sgt pudding ni..penuh rase coklat dan mudah je nak buat..yum yum sehari je habis makan. Hari tu buat lg utk bawa g lawat bb jannah dan balas tupperware kosong ida yang dah berkurun lama kat rumah nih..gomen ne ida, lama daku buat hartamu itew..muhahaha

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

2 comments:

  1. dah pegi tgk bb kak jannah ke. baru nak ajak wiken ni, huhu

    ReplyDelete
  2. murni - a'ah murni. kami jadi gi ptg ahad tu, pas hujan tu. Tunda2 takut ade hal lain jelak nnti. Hujan ni pun cam hujan je kan..

    ReplyDelete