Sunday, March 14, 2010

Crispy Potato Wedges

Crispy Potato Wedges ni dari noorsha MyR. Thank you akak. Duk tengok wedges ni kat dapur Ros. Jalan2 rumah kHana jumpa gak. Tengok khana guna tepung ayam goreng ngan paprika. Tapi saya campur tepung ayam goreng sikit dan serbuk kari sikit...sodap gak.. Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili - tak letak
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut - tambah tepung ayam goreng dan serbuk kari sikit
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

No comments:

Post a Comment