Wednesday, March 17, 2010

Aina - Check up

Hari ni, pagi2 dah kuar untuk check aina shafeeyah kat Kuyakushou untuk umur 18bulan. Dah lama menunggu check up nih, sbb ade check up doktor gigi..sebab ape? jom cerita..
Kami sampai 845 pg dan ambil no. Alhamdulilla no5 je..Bual2 tanye aina pandai ape, suruh cakap, sebut, tunjukk pun aina diam je..hihi..blur la tu pg2...Bila ibu ayah suruh tunjuk bru die nak tunjuk sikit..tak kisahla part tu sbb normal la tu budak2...
Kemudian gi timbang dan ukur tinggi dan jumpa doktor. Doktor kate ketinggian dan berat aina ni paras2 biasa je, so kena makan banyak lg..Aina sejak 14bulan bru nak makan okay sikit, tp tu pun nasi kurang la. Kemudian bila dah 16bulan, laju sikit makan tu..alhamdulilla. Dan sejak seminggu ni alhamdulilla aina membuang (poo) hari2 dah. Sebelum ni aina hanya membuang 1minggu sekali je semenjak berusia 3 bulan. Dan sejak makan solid pun, kalau masa nak membuang tu, aina mmg akan nangis, walaupun tahi tak keras maner pun. Kalau keras, lagi la nangiskan.. Even, sekarang pun aina membuang hari2, aina still akan merengek nangis, tgk tutt tu takdela kerass pun, tp nangis gak..Risau dah, sbb sejak lahir aina ada masalah usus sikit, hingga masuk ward masa usia aina 7hr. Dan bila skrang aina dah membuang hari2, syukur sgt2, moga aina tiada masalah ape2..bab nangis tu..ntahla, tp itula hakikat nya, so mmg tau la klu aina nak membuang mesti akan nangis atau pun merengek minta dipeluk..hihi..berbalik pada doktor td, die kate okay je, usus aina nak sesuaikan diri kot..insyaALLAH moga2 semuanya normal.
Akhir sekali, kami jumpa doktor gigi..
Doktor : naper gigi aina ni ke depan? ape berlaku?
ayah aina : emm tak tau..naper doktor?
Doktor : Saya pun tak tau, tp ini abnormal. Nanti leh check ngan pakar gigi.
Gitu la lebih kurang dialog doktor gigi tu ngan ayah aina.
So dalam buku boshitenchou tu mmg kena bulat la abnormal..huhu..Sebenar ye kami mmg tau dah. Aina lahir dlu, Doktor Chin (paed aina kat msia) dah bgtau, rahang aina senget sikit. Siap kate ibu ade terjatuh je ketika mengandung, takde. Takpela, janji anak ibu ayah sorg ni sihat2 hendaknya. Mmg perasan pun, time aina kecik2 takde gigi, time tidur tu, bibir bawah aina akan senget..ibu aina selalu selawat je betulkan bibir tu. Doa2 moga2 semua ye normal. Bila dah besar sikit, ok dah bibir tu, tak nampak sgt..
Dan bile aina dah tumbuh gigi, mmg perasan pun kelainan dgn susunan gigi atas dan gigi bawah aina. Doktor td kate, gigi/gusi bawah aina ni ke dalam sgt atau gusi/rahang atas ke depan sgt. So mmg ade ruang di antara gigi atas dan gigi bawah bile aina tutup rapat gigi die. Lebih jelas gigi atas menutupi gigi bawah bile aina rapatkan senyumm..hihi..susah nak terangkan. Tapi mmg dah perasan sebelum ni, dan tau aina mmg gini sejak lahir gitu, takpela aina, ibu ayah tetap sayang aina dan bersyukur sgt dengan kelahiran aina ke dunia ini.
Balik rumah terus call makcu aina. Makcu gelakkan aina..sampaii hati makcu yek..Makcu kate takpe, mungkin rahang mulut bahagian bawah aina tu kecik sikit, tu yang jadi camtu. Bila jadi camtu,mungkin akan ade masalah dari segi nak permakanan(gigitan gigi) dan kecantikkan( susunan gigi). Sekarang aina kecik lg, so biarkan dlu, insyaALLAH mungkin rahang mulut tu boleh normal. Ape pun nanti boleh check pakar gigi atau pakar kanak2. Ayah aina kate, takpela, kami tunggu makcu jd pakar doktor gigi dlu yek..insyaALLAh amin..Ibu ayah sentiasa doakan aina shafeeyah sihat2 hendaknya. Aminn

5 comments:

  1. Aisha,
    best kan bawa anak pi check up?fith pun suka esp bila ada slot dgn pakar2,byk bleh belajar.dah besar pun aina,dulu tgk montel skrg dah jd anak dara slim,tp maintain comel!

    psl gigi aina tu,rasanya situasinya sama mcm adik fith yg kat scotland tu,adik fith tu dia punya rahang bawah ter-kedalam sikit,nampak mcm jongang,so bila besar parents bawa dia pi 'repair',ada pakai apa ntah so skrg dah cantik,hehe.takpe takyah risau,skrg teknologi canggih,mcm2 boleh buat kan,insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. aisha....jangan risau sgt psl rahang & gigi aina tu.....insyaallah mudahan2 bila aina meningkat umur, keadaan rahang & gigi aina akan elok & normal sbb ibu ajeem pun ada anak sedara yang mempunyai masalah cam nie...tp alhamdulillah umur anak sedara tu sekarang nie dah 2 thn lebih keadaan rahang & gigi dia dah normal...fizikal budak masih lembut lagi...ia masih boleh membentuk & dibentuk...kita sebagai ibu sentiasa mengawasi & berdoa pada allah agar anak kita sihat walafiat & normal...ibu ajeem akan mendoakan untuk kesejahteraan & kesihatan aina sentiasa..insyaallah...jangan risau2 yea...kirim salam kat aina..hehehehe

    ReplyDelete
  3. tak perasan pun bile tengok gigi aina tu sbb dia asyik senyum2 je bile tengok org..takpela..sihat walafiat kan..takde penyakit ape takpe :-)

    ReplyDelete
  4. betul2 tak perasan pun. jap agi mesti ok balik..

    ReplyDelete
  5. fith - betui2. best fith. walaupun tak paham pun, hubby yang translate, tp okla at least kite tau perkembangan anak kita.
    OOo yeker. em betui gak fith. Skrg technology pun dah canggih. Rahang atas ngan bawah ade jurang tu, insyaALLAh mesti boleh di'repair'. Doa2 tak jadi makin terus sblm gigi kekal keluar..THanks fith.

    rizanaziem -InsyaALLAH mudah-mudahan begitula, kembali normal spt kanak2 lain. Doa banyak2. Thanks ibu ajeem ;)

    ida - tulah mmg tak perasan kot klu sekali tgk.betui2. janji sihat walafiat takde penyakit ;)

    murni-insyaALLAH. Moga2 gitula murni.

    ReplyDelete