Thursday, April 23, 2009

Roti Manis

Akhir-akhir ni memang terpaksa buat roti je. Kenapa yek?? huhu
  1. Ibu aina asyik lapar je, so mesti sentiasa kena ada makanan untuk di makan.
  2. Roti leh buat sarapan esok pagi ye tu.
  3. Roti gak ayah aina leh bawe bekal untuk minum petang kat pejabat.

Maka, terpaksa la sentiasa ada roti kat umah nih. Paling teruk pun ayah aina kate on je BM tu, pagi esok siap sebuku roti. Tu memang tahap malas gaban..hhihii..sejak ade aina nih, roti nih memang cepat je habis, sbb ibu aina ni sentiasa kelaparan.hihihi. Kalau dlu, sebuku roti tu pun abik masa nak abis. Sekarang, ibu aina leh makan Roti itu cam iklan tu..sungguh enak di makan begitu sahaja..hahaha..dah makan nasi pun nak makan roti lagi..hihihi...so ayah aina kate buat la roti lain2 gak. nak cipta roti sendiri, aduhai den tak pandai la..so tiru la resipi dr kak yani@ MyR..hihihi..opss tak bagi laporan lagi, ampunn nnti cikgu Ros kate tak aci..hihi insyaALLAh nanti bg laporan yek..hihihi..sedapp roti ni..buat smlm tapi dah tggl seketul je..huhuhu..

Bahan-bahan ( 10 biji )
**Roti**
250g tepung roti
150g air
25g telur
7g susu tepung
30g gula
3g garam
30g butter
3g dry yeast
*****************************
** Topping **
65g tepung gandum
40g gula halus
40g butter
50g telur
15g susu
sedikit esen vanila

Cara - cara :
  1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker.
  2. Cara buat topping: Pukul butter dan gula sehingga putih. Masukkan telur pukul lagi sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen vanila-kacau . Masukkan pula tepung-kalau lagi. Kemudian rehatkan lebih kurang 30 minit
  3. Keluarkan roti dari breadmaker. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan 10 minit.
    Ambik sebiji roti, leperkan di atas tapak tangan. Ketemukan semua hujung, buat bentuk bulat. Buat sampai habis. Penaikkan sehingga 2 kali ganda.
  4. Masukkan topping ke dalam peper aising. Pipe kan ke atas roti seperti dalam gambar. Rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/186
  5. Bakar dengan suhu 200C selama 8 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Bakar lagi selama 4 minit.

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/186

No comments:

Post a Comment