Monday, April 27, 2009

Hujung minggu kami

Sabtu
sarapan cek mek molek dan kuih keria..golap la terlebih goreng..huhu. Dari jumaat malam tu hujan lebat sangat. Sabtu pun satu hari hujan lebat. Sudah tentu ramai yang hanya duduk di rumah sahaja. Tapi tidak kami. Ayah aina ada program bersama2 rakan2 Panasonic, kumpulan sama training awal2 masuk kerja Panasonic di Osaka dahulu. Maka,rancangan perjumpaan susah lama dibuat, ramai kawan2 ye turun dari Kansai untuk join aktiviti di Kantoi ni, tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan.
Program tu 2 hari, tidur di hotel pnginapan panasonic kat Shonan, tapi ayah aina hanya join aktiviti sahaja. Sabtu tu hujan, dah serba salah nak join. Tapi depa call..hihi.memang serba salah, dalam hujan2 yang lebat itu, kami kuar rumah gak menuju ke Kamakura selepas solat Zuhur. Pada awalnya, kami berdua hanya duduk dalam kereta sahaja, yelahkan hujan lebat sangat, sian aina. Ayah aina je kuar gi jumpa rakan2 die tu.
Kemudian, depa datang kat kereta ajak minum lepak2 kat kedai crepes. Semua aktiviti batal sebab hujan memang lebat. Berpayungan bersama aina duduk la lepak2 bual2 kat kedai crepes di Kamakura tu. Tak ramai pun join, mungkin sebab hujan lebat, dalam 10 orang je kot. Cuaca memang sejuk sangat weekend nih, nasib baik aina dah ready baju tebal sikit. Ayah aina je yang bawe isteri dan anak2. Lain semua single. ada yang dah kawin pun datang sorg2. Gitu la ayah aina, klu weeknd mmg akan angkut kami bawe gi. Dlu pernah ade seminar kejaya kat TOkyo University pun, ibu aina ikut sama gak. Yelah akan nak kena tinggalkan, dah la weekdays kat umah je...( tipuu kuar gak la gi kedai..huhu) ..pernah ada training keje kat osaka pun ayah aina bawe ibu, tapi tgglkan kat kyoto. Samala dulu awai2 sampai jpn pun sebelum sampai Yokohama, ibu aina kena tinggal kat kyoto gak sbb ayah aina training keje kat Osaka, lama gak dekat 2 bulan kat sana.
Dah lewat petang dalam pkui 5, kami minta pulang dahulu, yelah aina pun dah mula buat hal, laparr la tu dan ngantuk. Pas sessi bergambar kami pun beredar di dalam hujan.hihi. Pakai payungla. Berhenti di PAsaraya Sosetsu Rosen dekat2 situ, solat asar sat. Kemudian terus balik. Kami makan bekal dalam kereta je Kuih keria, cek mek molek sarapan pagi tu, roti keledek, nasi impit dan kuah kacang. Yelah semalam buat soto ayam, rebuh nasi lebih sekali dan masak kuah kacang.. Sampai rumah pun hujan lagi.Mandi2, solat magbrib, masak mee goreng je. Malam ni kami tido lambat dalam 1 lebih kot. AYah aina layan bola Selangor lawan Kelate..hahahaha. ibu layan cerekarama kat Tv3 je. streaming tu, dapat lak mlm nih..tkde keje, bukan leh tengok sangat pun, sebab main bersama aina.

Ahad
Dalam pkui9 pagi kami bertolak ke Shonan. Ade festival tepi pantai tu, tp orang punya la ramai. Ade flea market, ade main skateboard, ade main futsal pantai, ade gak cam concert kot.hihihi. Memang sangat la ramai dan tak best ye angin sangat kuat sampaikan pasir memang naik ke muka la. Sian aina, tapi apakan daya.hihihi...
Then, acara akhir lunch. Hihihi.. Depa tanye ayah aina nk lunch kat ner, sebab area situ semue ye penuh ramai orang. Ayah aina ajak makan roti nan kat maner lg kalau bukan Mr Max, Fujisawa. Last makan situ ramai2 thn lepas ngan idanuar, ayindin, idaherman,imakuchai, shielaazam. Masa tu pregnant aina ni duk teringin nak mkn roti nan..haha..Tapi makan ngan orang2 jepun tak best, kami pun bukan ye pandai sangat nak bual ape kan..kami makan jelah..hiuhihihi. Habis2, bual2, bersurai..hihihi. Hantar depa kat Fujisawa eki.
Then kami terus balik, singgah Sonandai beli ayam dll dan kat kedai Thai tu beli serai dll. Nak singgah umah idanuar, tapi kami tak larat penatt sangat, lagi pun dah petangkan. Takpela golden week nih kami jumpa ye mama aiman.








1 comment:

  1. bestnye aina jenjln. kami asyik sesat jek mase pusing2 yokohama ni. huhuhu

    ReplyDelete