Sunday, April 19, 2009

Mozzarella Cheese Bread

Minggu lepas, sempat buat Mozzarella Cheese Bread ni. Mood aina chan khamis tu okay sikit, so sempat la buat roti ni. Jumaat tu ayah aina cuti, sebab nak bawe aina abik vaccine polio kat kuyakusho. Kat malaysia, polio kena abik 3 kali, aina dah abik sekali masa 2 bulan. Tapi di Jepun ni hanya 2 kali iaitu masa musim bunga dan musim luruh nanti, atau bulan 4 dan bulan 10 nanti. So sensei kate nanti bulan 10 ambil lagi sekali. Cam biasa, teman ayah aina solat jumaat kat Pejabat Petronas, Sakuragichou. Kemudian baru pergi Kuyakushou.
Resipi ini dari Myresipi gak. Klik
di sini
Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung roti
*30g butter
*1 1/3 sk dry yeast
*20g gula
*60ml susu
*1 biji telur
*1 biji telur kuning
*1/2 sk garam
Mozzarella cheese
telur untuk sapu

Cara-cara
1)Masukkan semua yang bertanda * ke dalam breadmaker.
2)Bila dah siap bahagikan kepada 8 bahagian. Rehat 10 minit.
3)Potong dadu cheese. Saiznya ikut suka... kalau suka cheese banyak... potong besar sket.
4)Ambik sebiji roti tadi. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian masuklah cheese yang dipotong tadi. Buat bulat dan tutup rapat.
5)Penaikkan 2 kali ganda ataupun 20-30 minit pada suhu 30C
6)Gunting 2 bahagian atas.. jangan terputus. Sapukan telur
7)Bakar pada suhu 180C selama 10 minit

No comments:

Post a Comment