Assalammualaikum wbt. Aina bru je tido, aida ade ni, so tb2 rase nak berblog. Perasaan nk menaip, bercerita sentiasa ada, tp adakan daya ibu 2Ai tk berpeluang nak berhadap pc, klu berjaya pun si kakak Aina ni sentiasa ade sebelah duk main keyboard la, main mouse la, so jgn harap dapat menaip cam sekarang nih..:)
Dan cerita mcm2 pun semua dah basi, nnti klu nak bercerita gak, buka entry lain. Ni cerita weeknd lepas shj. Ayah 2Ai ni pun cuti dari Jumaat. Salji pulak turun, sejukkkk .. berkurung kt rumah jelah jelah..Kdg2 mmg byk nk bercerita, yelah kat sini bukan ye ade ramai kawan nk bercerita sgt, Aina dan Aida la teman setiap hari semasa Ayah 2Ai ni gi keje. Walaupun dah 3 minggu kami balik Jepun, Ibu 2Ai ni masih merindui Malaysia, masih rindu pada keluarga. Balik sini, terasa amat sunyi...emm tkpela tutup cerita..Aina pun masih mmod malaysia lg.
Jumaat lepas, Kakak Aina dah 2tahun 5bulan. Pagi bgn terus menebar roti canai utk Aina, utk ibu ayah die juga la..Punya la seronot Aina makan, sampai ke ptg pun masih minta roti canai..Walaupun, ibu 2Ai ni buat tak sesedap kt kedai, tp bile tgk anak2 suka makan, mmg puas hati..Pasni kena selalu beli yg instantla kot..haha..Dari pagi tu pun salji dah mula turun, tp hujan salji jelah, masa ayah aina g solat jumaat dh mula lebat sikit..sempatla kami berdua pun main salji kat bawah ni sat selepas ayah Ai balik dr solat jumaat..ye kami berdua, kejap je pun, 2Ai tido la time tu..gmbar2 tu masih dlm camera ayah Ai tu..malas nk pindah ke pc lg..bertapa la gmbr2 dlm camera tu..kihkih
Alhamdulilla cepat je masa berlalu. Semoga Aina Shafeeyah ibu jadi anak yg solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Walaupun Kakak Aina ni dah ade adik Aida, tp masih manja,yang sulung kan, mmg nak semua lebih kat die, nak ikut semua kata die..lambat layan sikit, dah nangis2 sampai guling2 tu..aduhh Aina oo aina..tkpela aina, aina pun masih kecik lg, tp kdg2 sian kat adik aida..tkpela, aida mesti lg cepat berdikari, kuat, dari kakak ainakn..;p InsyaALLAH..
Sampai jepun masih musim sejuk. Mmg banyak mempengaruhi mood Aina. Dari awal sampai mmg hari2 nangis2, tak pernah la aina ni shr tk nangis. Taknak pee, tknak shower, taknak cuci tangan..taknak gosok gigi..semua yg melibatkan air, dah nangis awai2..so sgt susah nk basuh tgn die, sebelum, semasa dan selepas cuci tgn mesti nangis2. tu belum lg, masa nak mandi, tgh mandi dan lepas mandi..kdg2 geram pun ade..bak kate ayah 2Ai ni, mengada2 je lebih Aina ni..mmg pung, lg layan, lg pujuk, lagi mengada2 kdg2 tu..Ibu 2Ai ni pun tk larat sgt sejuk2 ni..emm tk suka..rase susah sgt sejuk2 ni. tp apekan daya dah duduk kat negara 4 musim ni, kena la hadapi semua ni..;p
Tanda kat dahi Aina mmg jelas kelihatan. Semua duk tegur..emm semua yg berlaku pasti ade hikmah ye, ambil iktibar..semoga aina sihat2 slalu.
Alhamdulilla Kakak Aina mmg sayang kat adik die, tp dalam sayang pun, mmg nangis2 gak la klu time si Aina ni geram kat adik Aida ..biasa la tu, budak2..;p
Amboi iklan gigi nampak..masa ni tgh main ngan aina atas katil..Ape2 pun 2 permata hati ibu yang sentiasa menemani hari2 ibu..menceriakan hidup ibu, kdg2 buat ibu nangis gak..saper tu..kakak aina la..haha..
Amboii renung saper tu..semua kate adik Aida rupa ibu, emm sbb mata sepett sikit..sorg ikut ayah, sorg ikut ibu..okla tu, ape2 pun, yg penting jd seorg anak yg solehah, beriman, bertakwa kepada ALLAH swt..tu yg paling penting dlm dunia ni, tak kira la saper pun kite kt dunia ni, miskin ka, kaya ka, jawatan kecik ka, jawatan besar ka..semua tu sama di sisi ALLAH swt..iman dan amal shj yg membezakan kite..
tgk gmbar ni mcm lelaki..hihi..kwn kate, teringin anak lelaki tu lahir cam lelaki..tkpela klu ade rezeki tk kemana...bersyukur dgn ape yg dikurniakan skrg..semua ada hikmah ye..
Ciuman kakak kat adik die ni mmg dah biasa hari2..kdg2 terjerit2 bb aida..tkpe2..tggu la sikit bulan lg, siap la kamu kakak Aina..hihi
Nampak bulat pulak sikit gmbr ni, tp mmg 2Ai ni dah makin bulat..ibu die pun makin bulat..makn tido jekan..uhuhu
Salji tgh lebat gak turun masa bawe 2Ai ni turun .. Aina sibuk sgt nk turun main salji..pas asar, jumaat ptg, kami turun gak main salji ni..tp kejap je. nasib baik bwe payung, bile salji duk kena muka aina, duk nangis2 dah die..adik aida ok je, masuk sling tu, terus je lena..hihi
Sabtu pulak, dah siap2 nak main salji, salji turun lg pulak masa tu..so tak jd..ingat nk main salji yg dah memutih tu aje..tgk2 tghr sikit dah mula cair...mlm pulak kami bawe aina main kt lalaport je..buhsan die kt rumah je..Okla aina ni pun dah jaga ni..nangis ler minta dukung..adik aida tido..ok nnti sambung lg..;)