Menurut puan lina, tiada apa lebih atau peliknya kepada anak mereka kerana semua anak-anak mampu melakukannya janji diasuh,jaga pemakanan dan teknik mengajar yang betul.
Teknik Puan Lina, ibu kepada Darwisya dan Darwish ini :
- Mengamalkan surah2 dan ayat2 Al-quran semasa mengandung
- Mendedahkan Darwisya dengan VCD al-furqan seawal bayi
- Pada setiap pagi, anak-anak beliau akan diperdengarkan dahulu dengan ayat-ayat suci Al-Quran
- Mengambil masa 30 minit – 1 jam untuk mengajar anak-anak membaca al-quran pada waktu malam menggunakan kaedah Iqra’
- Mazlina menggunakan set buku dan VCD Al-Furqan bermula sejak bayi sehingga kedua-dua anaknya mengenal huruf dan boleh membaca.
- dia menyambung kepada buku Iqra’ jilid satu hingga enam dan untuk hafazan, dia menggunakan kaedah Al-Huffaz iaitu buku hafazan untuk satu juzuk dalam satu set.
- Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid sempurna, Mazlina selalu memperdengarkan pada mereka bacaan al-Quran daripada VCD pada setiap pagi dan Maghrib.
- Puan Lina juga amat mementingkan pemakanan untuk anak-anaknya kerana makanan yang terjamin halal wajib untuk penghafaz al-Quran
Antara makanan tambahan yang diberikan kepada anak-anaknya :
- kacang badam
- Kismis
- Kurma
- Madu
- habbatus sauda
- buah zaitun
- Air yang dibaca dengan surah Taha
- boleh rujuk fb ustaz kazim juga untuk melihat gambar terbaru mereka..Kesimpulannya, ibubapa yang perlu mendidik dengan cara yang betul...yes, ibubapa..semoga masih belum terlewat untuk ibu 2Ai ini memdidik 2Ai menjadi anak2 yang solehah, beriman dan bertakwa..InsyaALLAH..
"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..