Friday, February 27, 2009

Yuki...

Macam tak caya je yuki(snow)turun kt Yokohama ni. Yelah ingatkan tak turun la sebab dah nak masuk haru (spring)...bunga2 pun dh mula kuar. Tapi minggu ni mmg sejuk sgt...dari hr isnin hujan je.Baju2 pun susah nk kering, sidai dlm umah je..hihihi...Pagi ni pun hujan je, sian ayah aina g keje naik motor (pakai baju hujan), yelah tapikan sejuk, nasib baik office tk jauh sgt.hihi.
Macam biasa, aina tetap bgn awai gk. Mlm td, die asyik jg2 je. tkpela nak membesar la tu kot..haha..org tua2 cakap gitu..Pas breakfast, mandi, siap2kan die. Then tgk luar, eee yuki turun.siap dokong Aina-chan lg tgk yuki. Tapi tk tau la die paham ke tak.kehkehkeh. buka pintu lg bawe Aina-chan kt luar..sejukk..kejap jelah, sian Aina-chan sejuk.

Salji ni tkde la lebat sgt. Maybe sbb hujan sblm tu, so turun je smpai tanah cair dh. Awai2 tk nampak sgt ambik gmbr, tk lama lepas tu lebat sikit, so leh la nampak butir2 putih salji tu turun..jd la lepas kempunan nk tgk salji thn ni..kehkehkeh.
Aina-chan tido lama sgt. Sedap sgt la kot sejuk2 ni. Then ibu Aina pun duduk dapur la masak nasi ayam kesukaan ayah Aina dan kek coklat. Dah lama tak makan dan tk buat kek coklat ni..huhu..layann..


Thursday, February 26, 2009

Berapa byk ETO daaa...

Sila kira berapa bnyak eto ayah aina cakap dalam sessi interview Panasonic ni..hihihi..kira2 jgn tk kira..

Actuallay, interview Panasonic ni tahun lepas punya. Time ni, Aina-chan masih dalm perut dan ibu aina kt Malaysia. Tp baru hari ni masuk web
Panasonic Jepun.

Wednesday, February 25, 2009

Kisah Aina-chan

Ohh aina-chan...inilah kisah aina-chan hr ini. Macam biasa, pas solat subuh pkui5, kami tido balik dan aina-chan tk sedar cam slalu nk susu. Dalam pkui6, tiba2 terasa cam ade benda2 gerak...bukak mata, terkejutt, nampak mata aina-chan yang bulatt itu betui2 depan muka ibu aina...hahaha..siap senyumm lg..hahaha..dh bgn rupa ye, tp aina-chan tk nangis pun minta susu cam biasa. Selalunya aina-chan akan nangis tetapi mata tutup sambil mulut nganga ke arah ibu..huhu..Dah bgn tu, die mulala kuar bunyi, tk tau la die nyanyi ape pg2 tu, pusing sana, pusing sini...ibu diam je (buka mata sikit je) lama gk la, sampai mmg ibu tk tido la. Tgk jam dh dekat pkui7, sat gi ayah bgn, ibu pun kena bgn nk masak bentou ayah..so buka mata, aina-chan pun gelak2 lg, terus susukan..Dan ayah aina pun bgn, tp...ayat ye..ayah tkleh tido pung, naper aina-chan jg awai sgt pg2 ni..hahahah..ibu aina tk tau pun ayah aina tk leh tido gk..sian ayah aina g keje ngan ngantuk2 lg. Ayah aina kate, mlm td pun tkleh tido, tb2 ibu aina cam ngigau..alahai sabar ye ayah aina..
Dalam minggu ni, aina-chan mmg bgn awai, seawal ayah aina bgn untuk gi keje, tp tkdela seawal pg ini.pas lambai2 ayah gi keje, aina-chan main2 sambil tgk guru guru dokkan, NHK tv, boleh la ibu aina breakfast..mee goreng shj. Then selepas mandikan aina-chan, die tido lena, ngantuk sgt la tu..hihi..leh la ibu aina , kemas2 umah, mandi..then ibu aina pun terlena kejap sementara tggu zohor..ngantukk tambah pulak sejuk2 hujann je minggu ni..
Petang nih, ibu aina try resepi Bun yogurt dan muffin dari Ros toyosu. Oleh sbb td chat ngan ros, die tau ibu aina nk buat bun n muffin nih, die request letak picture...thank you ros, sedappp..yummy..nih tgh tggu ayah aina balik, so leh la tulis blog, aina-chan tido sat..hihihi..alamak kena tag dari mama aiman, nnti ibu aina buat ye mama aiman... opss ayah aina dh on the way balik..nnti sambung lg..

Bun Yogurt @ Ros Toyosu


Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )
250 gram tepung roti
120 gram plain yogurt
40 ml susu segar
20 gram marjerin
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softener
krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)


Cara-cara
  1. masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.
    perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit
  2. ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, tapi klu nak plain je pun boleh. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 50 minit atau satu jam.
  3. Bakar pada suhu 170 darjah selama 15 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.
    sejukkan atas redai. ini adalah bun yogurt plain yang telah dipotong, hasilnye lembut dan gebu.
  4. yang ini pula yang telah diletak inti krim susu.




Tuesday, February 24, 2009

Good job..yatta

Syukur alhamdulilla, aina-chan berjaya menyarap mlm td..yatta ( like Hiro Nakamura said...kehkehkeh), ibu ayah aina yang terlebih excited..hihi..


Dari minggu lepas, ibu aina asyik training aina-chan menyarap. Last friday, adela berjaya sekali..tp tidak memuaskan..
Then, petang smlm, ibu aina terlihat aina-chan nak pusing sendiri, tanpa bantuan dari ibu aina cam slalu tu, tp tak berjaya, maybe sbb baju aina-chan tebal. So mlm td, ibu aina tanggalkan baju aina, tgglkan sehelai je, dan YATTA, you did it, aina-chan, good job my girl..muah..aina-chan terus menyarap, pusing balik, menyarap lagi..hihihi..seronot sangat tgk..hihi..cuma die akan mgamuk sikit klu nk telentang balik, wpun akhir ye berjaya...hihii..


Sunday, February 22, 2009

Aina bersama ayah

Amboi gumbira ye Aina-chan ni bermain bersama ayah yek..alahai dh besar dh anak ibu sorg nih..cam boy la sikit awak ni, huhuhu..cepat2 panjang ye rambut tu, bru leh ikat, nnti comey la dah cam girl..hihi
Aina-chan dari lahir rupa ayah.Takpela org tua2 kate sejuk..hihi..ape yang sejuk, ibu aina pung tak tau la..kulit aina-chan ni cam makin cerah je, lahir2 dlu, gelap je..hahahah..nnti ibu aina upload gmbar aina-chan dlu2 yek..hihi

Panasonic Southeast Forum @ Tokyo

Hari ini ayah aina ade seminar terbuka Panasonic Southeast Forum at Panasonic Centre Tokyo. Actually, ni anjuran Panasonic Malaysia, Thailand, dan Vietnam. My husband saje nak pergi, mane tahu ade peluang kosong ke.. So ibu aina bgn pg, terus masak nasi untuk makan kt umah, nanti tkdela lapar. Then bawe bekal kuih keria dan cik mek molek tu. Kuar dalm pkui 10.40pg, parking kt Conan Home Centre (psstttt jgn bising2 tau, situ packing free, kehkehkeh).
Kemudian kami terus berjalan kaki kt Hoshikawa Eki (station), Sotetsu Line terus ke Yokohama eki, 170yen sorg. Dari Yokohama eki tukar Jr Tokaido Line ke Simbashi, 540yen sorg. Then tukar Yurikamome Line ke Ariake, 370yen sorg kot ( lupa lak)..hihi
Train ni akan lalu atas laut dan tkde pemandu macam train biasa, so for safety klu ape2 berlaku, kenala guna intercom to contact station staff. Leh refer web ni http://www.yurikamome.co.jp/en/contents/hp0005/index.php?No=5&CNo=5



Cuba lihat photo kat bawah ni, mane keta2 tu pergi..jengjengjeng...hihihi...keta2 tu masuk bawah laut ker?.ihihii...ni salah satu tunnel bawah laut kat jepun nih, tk ingat name ape.hihi. Paling terkenal ialah Tokyo Bay Aqua-Line, the longest underwater tunnel for cars in the world...fuhh..dh pernah sampai situ thn lepas..hihihi..ape2 nak tahu pasal tunnel tu leh refer sini http://en.wikipedia.org/wiki/Tokyo_Bay_Aqua-Line

Sampai di Ariake eki, kami bergegas ke Panasonic Centre, dan lewat sikit utk registration. Sampai je situ, jumpa la Kakihana-san dan Takayanagi-san, HR dari Panasonic Osaka...hahaha..for sure la kenai Shaheer-san. Sebelum seminar bermula, kami solat dlu kt conference room, 3th floor. Then, ibu aina bawe aina duduk luar je, tgk2 permandangan kt luar.

Waktu rehat, gi jumpa ayah aina, then Takayanagi-san kate ibu aina dan aina-chan pung leh masuk sekali..hahaha...sbb pastu dh mula forum malaysia sahaja. ade GM Panasonic Msia, Matsui-san dan AGM, Cheng-san...caya tk caya, kami masuk sekali..hhihi...tk ramai pung pelajar msia kt sini ni join forum tu, hanya ade 6 org je..secara tk langsung, shaheer-san jd ala-ala superstar..hihihi..lawak2, tulah saper suruh join..nasib baik aina-chan baik saje walaupun agak lama forum tu. Then sempat la jugak ibu aina snap pic bawah ni..hihi

Selesai, solat asar, kami bergegas pulang, sbb parking kt Conan Home Centre tu tutup pkui 8pm, so kena cepat la balik..hihihi..sempat gk abik gmbar kt entrance ni aje..hihi


Sunday, February 15, 2009

Negishi Forest Park

Hari ini sejuk semula, tapi kami tetap kuar berjalan2 lg. Kali ni kami gi Negishi Forest Park. No admission, cuma pay for parking only. Best gak koen ni, luas sgt, klu ade kids, seronot gak datang sini. So cam biasa kami round satu koen. Best, sejuk, nyaman, jalan jalan jgn tak jalan..hihihi..


Wah Aina-chan excited ye awak..hihih.. gambar bawah ni lawak2. melompat lebih tinggi..yeah...nasib baik tkde org kt situ, klu tak malu gak ibu aina kat situ..hihihi..ayah aina suruh lompat. lompatla lebih tinggi ibu aina..kehkehkeh..nasib baik aina-chan tak lompat skali yek..hihihi

Cantik view sini, luas je. leh nampak Landmark Tower Yokohama gak.


Doumo arigatou ayah aina, aina-chan suka sangat. ibu aina lagi la suka...hihii...next week kite nk g maner lak? hahahahaha..nx week ayah aina ade seminar panasonic kat tokyo la. yeahh ibu aina and aina-chan nak ikut gak tau...jangan tinggalkan kami..hihihi..

Saturday, February 14, 2009

Kodomo no kuni @ Kid's Country..


Yeah Haru(spring) telah bermula.Hatiku menyanyi riang..hihihi..amboi2, daku bergurimdam pulak..hahahha...gurindam ram ram ...

Hari ini kami pergi Kodomo no kuni. tak pernah pergi lagi tempat ni. So terlebih excited sikit sbb dah lama tak berjalan2 ni (outdoor)...biasa g indoor je sbb kecian kt aina-chan sejuk2 ni.wah seronott ye..hihihi..tak la jauh sangat tempat tu. Dan cuaca amat baik hari ini, panass kot..hihi suhu mendadak naik 26 C. Dan kami tk perlu kami pakai jaket pung, berpeluh-peluh adalah.hihihi. Parking 900yen, Admission 600yen for adults.

Kami pusing satu koen (park), ramai kanak-kanak2 je yg datang ngan parents masing2, semuaye gumbira sgt.. pas entrance gate tu, ade disediakan kapur yg beraneka warna dalam kotak, then kids leh lukis2 ape shj di kawasan tu. best best. alahai aina-chan bb lg, klu dh besar nnti ibu ayah bawe dtg sini lg yek ( nih kalau tk balik msia lg la..kehkehkeh)

Yang paling best, dpt tgk ume @ plum blossom for the first time.slalu nampak tepi2 jalan je..hahahaha. cantik dan wangi...suka2. then, dah penat, call jannah-san, hihihi. kami nak dtg umah leh? alhamdulilla dekatt sgt umah jannah ngan gyoen tu.kami jalan kaki je.wpun kedatangan kami tidak diduga, tapi kami dijamu croisssant, garlic bread and pizza...dan emm yummy...oishikatta...org master buat, memang superb..hihi..thank a lot jannah jamu kami makan..hihi..nanti kami datang lg leh, leh mkn roti sedap2..kehkehkeh

Wednesday, February 11, 2009

Aina 5 bulan & jalan @ Red Brick Building, Yokohama

Aina-chan hari ini genap 5 bulan, takde ape yang berubah sgt, cuma Aina-chan makin ceria dan mudah sgt ketawa. Kami berbual pung die akan gelak2...tu yang ibu Aina ni geram cam nak gigit pipi die tu dan muahh lama2 sntiasa...ok take care ye anak ibu, semoga sihat2 slalu...yeahh anak ibu dah siap, jom ayah gi jalan2 kt yokohama...


Hari ini jalan2 kt Yokohama, tgk ice skating dan round kt bangunan Red Brick. Cuaca mendung sikit,so sejuk gk ler.hihi. Then, kami singgah Nishimastuya beli pampers Aina-chan, Pc Depot utk abg beli harddisk 600G tu Autobacs ( oh ni abg je turun, kami duduk dlm keta je..hihi)

pssstt malas dh nk turun kedai2 keta abg nih...bak kate die, klu lalu je tk best, kena singgah, buat lintas hormat sikit, bru bermakna ...
hahahaha, aku tergelak2, yolah abg, gi la buat lintas hormat tu, kami duduk dlm keta jo..hihi

Tuesday, February 10, 2009

Jalan-jalan

Hari ini pagi td bawa aina g round kat luar. Tapi masuk ke stroller tu, aina terus tido. Takpe la aina, kite g jalan2 gak dalam 30minit je.hihihi..balik je sampai umah aina pun bangun. Esok cuti, tak tau lg nk g mane.
So utk menu hr ni adalah ayam kerutup@hanieliza dan udang, sayur2 tempura. Hubby kate sedap dan suka sgt, "Um sedap, ni la makanan kegemaran abg, ade kari2 ni, abgkan darah india sikit". Dalam hati ku, huhuhu, aku rase biasa je, mungkin tk kena ngan tekak aku ni. Bab makanan ni aku suka yg sup2 ...hihi, adakah tu juga ikut keturunanm darah cina? maybe yes, tp ntah la..hihi..
Then, aku ade gk bakar bun coklat. main bantai je, walaupun kurang manis, at least esok leh intikan jem coklat.hihi.

Bawe aina-chan jalan2 ambik gmbr

Hari ini bawe aina-chan jalan2, cuaca cantik, jom aina kite jalan2. tp cam biasa, aina-chan masuk ke stroller, terus lena di ulik mimpi indah. Haru (spring) dh bermula...bunga tulip ni pun ade kt tepi2 jalan..cantik2 dan suka sgt..sempat la snap this pic...

Tuesday, February 03, 2009

Aina dan jumper

Yeah aina dapat jumper. Arigatou ayah..hihi..ibu aina yang suka..hihi..ok senyum aina.. Amboi masam lak die nii..gigit kang pipii tu..hihihi
Ayokk..besar ye mata awak ni...
ok smile..hihi..sayangg dia tu..muuaahhh

Skrg suka sangat aina-chan naik jumper ni..terlompat2 la die..hihi..walaupun dah nak masuk 5 bulan, aina-chan masih lum myarap lagi..tp kaki tgn mmg aktif..