Friday, July 24, 2009

Mexican Bun @ Roti Boy

Semalam petang teringin nak makan roti boy ni, try la buat..yeahh menjadi pun. Buat setengah adunan je..Filling dan topping tu banyak gak la walaupun stgh adunan, so next time leh kurangkan lagi..resipi dari kak lilydvalley MyR. Pernah jumpa kak lily ni tahun lepas time balik msia bersalin aina. Ape pun mmg puas hati buat roti ni..lain kali leh buat lg kan..tambah lagi satu koleksi roti..hihi..Hari ni dinner Soto Ayam dari resipi kak D tu, tp oleh kerana kami berdua kelaparan, terus duduk ngap je..hahaha..ni nak gi mkn lagi la..adus..semakin boroii la skrg..hahaha...opss melencong lak..okla aina pun tido, nk gi mkn lagi la sambil layan movie X-men ngan ayah aina ni..nitee..opss, ade model si kenit tu, semua nak dicapaii ye..huhu

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) - tak guna
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar). - betui2
  • -60 gm mentega - ganti shortening je, butter tak banyak stok - sama je fungsi ye kan

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
p/s - guna BM sahaja, so kerja pun mudah sikit..hihi

2 comments: