Thursday, December 17, 2009

Tentatif

Malam esok, family ayah aina dari msia dah fly dtg sini. Sabtu pagi dah mulakan aktiviti kami. hihi. Arap2 semua ye berjalan lancar. Moga2 aina dah sihat time tu. yelah sekarang ni sejuk la sgt, nama pun winter kan. Ayah aina start cuti winter tahun ni lewat sikit, 30 dec gitu. Tapi tak kisah la kan, cuti tahunankan ade lagi, so leh pulun abik je..Antara tentatif yangdibuat utk 2minggu family di sini adalah spt berikut, nanti depa dah sampai sini, leh la tukar2 maner yg patut ikut suara majoriti..hihi

12/19(Sabtu) Holiday [FREE] Hard-off Tsurugamine, Hard-off route 16, Costco, Hard-off Nagatsuda, Dinner at Tenya

12/20(Ahad) Holiday Baybridge, Skywalk or Uminohotaru, makan sushi

12/21(Isnin) Holiday {FAR} Disneyland or DisneySea

12/22(Selasa) [WORK]

12/23(Rabu) Holiday {FAR} Fujisan, nemba, cave etc

12/24(Khamis) [WORK]

12/25(Jumaat) Holiday Yokohama, Minato mirai, PC depot,Nishimatsuya, Autobacs, B-kids

12/26(Sabtu) Holiday {FAR} Tokyo: Odaiba, Ginza, Akihabara, Tokyo tower, Asakusa, Shinjuku, Shibuya

12/27(Ahad) Holiday [FREE] Shonandai, Hard-off Route 45

12/28(Isnin) Holiday {FAR} Odawara castle/Machida ( shinkansen)

12/29(Selasa) Holiday [FREE] Upgarage, 100yen shop at bike shop etc

12/30(Rabu) Holiday {FAR} Hakone, onsen etc

12/31(Khamis) Holiday [FREE] Fireworks ( ade ker) , shopping

01/01(Jumaat) Holiday [FREE]shopping, solat jumat @ masjid jamek

01/02(Sabtu) Holiday Strawberry farm ( jika nak)

01/03(Ahad) Holiday **Fly back**

4 januari 2010, ayah aina masih cuti lg...yeah..Okla salam maalhijrah 1431 untuk semua. Moga2 semua ye terus cemerlang di dunia dan akhirat serta sentiasa di redha Allah swt.Aminn

Wednesday, December 16, 2009

Mikan Gari @ Oimatsuda IC

Ahad lepas, 13 December kami pergi Mikan gari kat Oimatsuda..Per lagi melantakla limau makan sampai lebamm..muhahahaha..Kami bawe balik dalam 7kg limau..petik jgn tak petik ayah aina..hahahaha..1kg limau tu hanya 130yen shaja..sempat gak ibu aina petik 2 ketul brokoli. 2 ketul besar tu 50yen..muahaha. Banyak pun sayur lain gak, tapi kami pergi hari penutup, dah agak lewat tu, byk dah sayur2 abis dicabut..ape pun tetap puas hati.

First time pun pergi mikangari ni. Ni pun dapat tiket murah dari company ayah aina, 300yen sorg so boleh makan kat ladang tu berapa banyak yang mampu sampai lebam. Tapi kami tak larat nak mkn byk2 kat ladang tu, sejukkkkkk sgt....mungkin sebab tu kot aina demam, sejukk sgt...gomen ne aina chan..Ape pun aina tetap paling gembira di hari yang sejuk itu.Memang mkn sampai lebam, ni kat rumah nk banyak lg, ingat nak buat ape2 ke yang patut, tp since aina demam ni, emm nangis je..so terbantut sikit aktiviti..

Okla layan jelah gmbr2 kat bawah ni. Nanti sambung lagi, aina dah rengek nangis je kat ayah aina tu..komen2 akan di balas kemudian yek..hihi






Pastu, kami gi singgah Up Garage sat ( kedai kereta ayah aina - ntah bile ayah aina ade kedai kereta ntah..) hahahaha..Kami lepak tido dalam kereta je cam biasa. Pastu singgah hardoff, daiso dan kedai utk beli brg2 keperluan rumah sat. Balik sampai rumah dah pukul7 malam. Penat tp seronot sgt. Sorry to puan jannah, InsyaALLAH next time ye.

Summary dan dot dot dot (setelah kian lama menyepi)

Siang bertukar malam, bulan bertukar bulan, musim pun dah bertukar...rumahku ini yang tak bertukar N3..muahaha..sekarang pun dah masuk fuyu(winter), sejukkk..
Gambar2 dalam pc pun semua dah basi2. Ape2 nk buat, asyik masuk draft je. Tak berpeluang nak coretkan kenangan di sini..Aina pun last friday dah 1tahun 3 bulan. Fuhh kejap je rasa, cepat betui si aina nih membesar. Sekarang aina demam selsema. Bru balik dari klinik td, alhamdulilla selsema biasa, bukan influenza dan seangkatan dgnnya...Ganbatte ne aina chan, sian je tgk, lemah je die. nak peluk je..skrg pun gilir ngan ayah aina..per lg, nak rehatkan diri depan pc sat.hihi..
Firstly, meh cerita raya hr haji tu, raya kat embassy Malaysia, tokyo.. Seronot sgt jumpa kawan2. Lepak2 bual2. Takde ambik gmbar, tumpang camera org je. Kami bergmbar kat rumah je..Thank you ros gmbr2 kt fb tu. Alahai sedihh je pas ros call td..sob3x..

Secondly, dah masuk December ni, sungguhla busy ya amat..penuh ngan tentatif, setiap weeknd FULL..muahaha..5 December kami join Badminton Tournament di Yamanashi University. Kami bukan la pandai pun main badminton ni, lebih2 lg ibu aina..Tapi dah family2 yokohama dai yang teror2 tu mengajak, per lagi, jommm..hihi..dalam pkui615 pg kami bertolak dari rumah, naik keretala kan. sampai Yamanashi dai dalam pukul10. Cuaca yang sejuk, hujan pulak..fuhhh sejukkkkk..dan kami balik dgn pingat perak (wanita) dan gangsa (lelaki). Kami balik smpai rumah dalam 11 malam. Sorry to kak shaz, tak dapat nak dtg rumah akak.. InsyaALLAh lain kali ye.


Jumaat lepas 11 December, aina shafeeyah kami pun dah 1 tahun 3 bulan. Sorry takde N3 aina utk bulan ni..hihi tak sempat. InsyaALLAh next year yek..hihi. SAbtu lepas, kami kemas rumah..Sebulan pun tak abis kemas2 lg..hahaha..sebab ye family ayah aina dah nak sampai sabtu nih..Minggu ni pun sibuk kemas men'clear'kan ape yang patut kat ruang tamu ni. hihi.