Wednesday, June 23, 2010

Susu Ibu / Breastfeed

Mengapa susu ibu?? Tentu itu semua org akan tanye? Kenapa tak bagi susu tepung/susu formula? Kenapa itu dan kenapa ini?
Masih ingat lagi awal2 mengandungkan aina, seorg rakan siber bertanya "Aisha nak bagi susu ibu ke susu formula? Kalau Aisha nak bagi susuibu Aisha kena kuat, tabah, banyak ilmu pengetahuan dan tetap yakin susuibu adalah susu yang terbaik untuk anak2 kite."
Sejak dari itu hingga ke hari ini, saya masih menambah lagi ilmu pengetahuan tentang susuibu ini. InsyaALLAH saya yakin untuk terus memberikan susuibu untuk anak2 saya.
Tetapi olehkerana mental tidak kuat dan terpengaruh dengan cakap2 orang, selepas 2 hari aina lahir, nurse hospital bagi aina susu formula. Katenya aina lapar, kurang susu..haiyakkk..time tu sgt sedih, geram kerana ape yg dirancang tidak dpt dilaksanakan..kerana keadaan sekeliling ketika itu iaitu aina warded 5 hari, terpaksa akur dalam ketidakrelaanku..sob3x Tetapi saya redha, pengalaman mengajar kita lebih matang...
Mengapa saya beri susuibu?
Sebab perintah ALLAH swt, firman ALLAH yang bermaksud ;
"Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama 2tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan ( sebelum cukup 2tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya."
( Surah al-Baqarah, 233)
Apabila Allah swt perintahkan hambaNya untuk melakukan sesuatu, sudah pasti terlalu banyak hikmah, fadhilat dan keistimewaan samada kite mengetahuinya ataupun tidak.
Antara kelebihan susuibu : ( dari buku Amalan Ibu Menandung)
1) Susuibu sesuai utk manusia, seimbang dan sterile atau terpelihara dan bebas kuman atau hama.
2) Susuibu mudah dihadam kerana lembut dan cair, dan amat sesuai untuk bayi.
3) Susuibu lebih banyak laktase, vitamin, dan zat galian yang seimbang. Laktase adalah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa(gula ringkas) dan galaktosa(gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis daripada glukosa)
4) Aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi. Hisapan itu membawa pelepasan hormon dari hopotalamus dlm otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim.
(sumber : Amalan ibu Mengandung menurut Al-Quran, As-sunnah dan Pengalaman,
Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood)
Maka ini amat jelas susuibu adalah makanan terbaik utk bayi kita. Susuibu dapat membekalkan nutrisi paling sempurna mengikut keperluan bayi kite dan mengandungi antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi kite. Malah banyak lagi kebaikan susuibu yang tidak ternilai khasiat dan kebaikannya.
Maka, ibu2 semua perlulah memakan makanan yang berkhasiat agar bayi yang menyusu dapat menerima nutrisi makanan yang terbaik. Selain itu, supplements juga penting kepada para ibu untuk memberikan yang terbaik utk anak2 kita.
Penyusuan susuibu secara ekskusif :
Bayi hanya memerlukan susuibu 100% tanpa campuran makanan lain walaupun air masak(air kosong) untuk 6bulan pertama kelahiran. Ini kerana khasiat susuibu amat mencukupi dan memenuhi nutrisi keperluan bayi kita. Malah rantaian antibodi yang terbina daripada susuibu akan musnah apabila kita duk campur makanan lain..
Maka berbekal ilmu yang sedikit itu, saya sudah jatuh cinta untuk memberikan susuibu sejak aina dalam kandungan lagi, malah menanam azam utk
1) menyusu aina secara eksklusif tanpa campuran lain ( susuformula atau air) selama 6bulan
2) menyusu aina sehingga 2 tahun
Tetapi tidak semudah yang disangka. Kerana keadaan sekeliling dan saya yang masih ibumuda( mentah kot) ketika itu, terpaksa akur..Walapun akur, saya tetap bersyukur dalam ketidakrelaan itu, malah saya terus berazam untuk memberikan yang terbaik untuk aina
1) walaupun aina pernah diberi susuformula di hospital ( pada ketika itu sahaja) , tp kemudian saya ambil langkah pam susu dan hantar ke hospital..alhamdulilla niat murni saya dipermudahkan ALLAH swt..banyak je susu tu..malah berlebih2 pulak...syukur..
2) walaupun aina pernah minum air kosong sebelum 6 bulan ttp klu aina ngan saya, saya tak bg, malah apabila balik jepun, saya langsung tak bg aina air masak sehingga 6 bulan..;)
Apabila saya mula mengandung, timbul pulak andaian, aina tidak boleh susuibu lagi. Sedikit tergugat ketika itu. Tetapi, dalam islam tidak langsung melarang kepada para ibu mengandung untuk menyusukan anak mereka. Malah, dari segi perubatan jugak tidak menghalang. Apabila bertanya kepada O&G sini, ok takpe bagus, u boleh teruskan..tidak merbahaya kepada kamu, mahupun bayi dalam kandungan..Alhamdulilla..
Dan sekarang, aina dah minum freshmilk, cuma nak tidur je minta disusukan..baru ade feel kot!! haha
Walaupun aina mungkin tidak dapat menyusu susuibu sehingga 2tahun,tetapi saya dah cuba berikan yang terbaik untuk die..
Apabila aina lahir, dan disahkan ada GBS( group B Streptococcus) berjangkit dari saya, ditahan ward 5 hari sejurus lahir untuk diberikan antibiotik, malah, selepas 4 hari keluar ward, masuk semula kerana infection pada usus aina, dan dipuasakan 2 hari..ketika itu ALLAH swt sahaja yang tahu perasaan saya. Saya tetap berazam untuk menjaga anak2 saya dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Semua ibubapa pun mesti berazam begitu terhadap setiap anak2 mereka.
Alhamdulilla saya diberi peluang untuk mengandung lagi..syukur ke hadrat Ilahi. InsyaALLAH saya berazam untuk memberikan susuibu juga untuk semua bayi saya. Semoga Allah swt mempermudakan niat murni saya. Dan andaikata bayi kedua ini juga dijangkiti GBS, dan terpaksa ditahan ward seperti aina, saya berdoa untuk lebih tabah..insyaALLAH..
p/s : terima kasih kepada semua rakan2 yang memberikan bantuan ilmu dan pengalaman masing2 dalam penyusuan susuibu. Marilah kita sama2 memberikan yang terbaik untuk anak2 kita dalam melahirkan umat Muhammad saw yang beriman dan bertakwa...insyaALLAH aminn..;)

5 comments:

  1. acha.. insya Allah yang kedua ni akan lebih baik dari pengalaman yang pertama dulu. Yana pun berazam yang sama jugak untuk baby baru ni. Harap2nya termakbul doa. Perkembangan baby yang breastfeed memang mengagumkan!

    ReplyDelete
  2. yana - insyaALLAH yana...moga2 dipermudahkan. betui2, marila kite sama2 berusaha utk memberikan yg terbaik utk anak2 kite..insyaALLAH...aminn

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan utk bf adik aina nnt :D

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah next baby akan rasa lg mudah compare to yg 1st,sbb kita dah ada ilmu2 asas kan.tp klau psl baby kena warded n takleh bf tu fith mmg taktau laa,mmg takleh bg bm yer even ebm?hrp adik aina lahir tanpa sbrg masalah...
    psl tandem nursing tu,terpulang pada aisha n aina laaikut naluri ibu,hehe.all the best!

    ReplyDelete
  5. ina- insyaALLAH, moga2 dipermudahkan..amin

    fith - tkdela fith, time tu bb asing ngan saya..then aina ni nangis je kuat sejak lahir tu..pastu nurse asyik dtg kate aina tak cukup susu, tp ngan saya ok je..pastu die terus bg aina 4oz..tulah arap pasni takde la sebarang masalah, klu ada pun harap2 semua ye dipermudahkan ALLAH swt..insyaALLAH.. tq fith.

    ReplyDelete