Monday, June 22, 2009

Yokohama Hakkeijima

Hari sabtu lepas, kami gi jalan ke Sea Paradise, hakkeijima..saje2 je nk gi tgk laut, bga2 ajisai atau Hydrangea kat situ..lapang2kan pikiran..hihi...Ingatkan taknak pergi, yelah sbbkan aina tido pkui 2 pg mlm tu, pas subuh lena kejap, pkui 6 ayah aina kate jomm pergi, gi awai so leh balik awai la kan utk titonn..hihi, so kami bawe bekal roti sandwich je..
Dalam pkui 830 tu mmg dah ade depan gate tu, buka pun mmg 830 pun..hihihi..nasib baik gi awai gak nk jalan2 tu, sebabye panass ooo...peluh2 kami..walaupun jam bru pkui baper je pun..hihi..jom layan gambar2 tak seberapa ini..
Ingatkan bangau batu ke sbb warna die tu, rupa ye betui..hihihi
Alahai ayah aina...laparr nk mkn bunga ker?hihihi..
Aina yang gumbiraa la tu jalan2 nih...
"ibu, bunga ni lg besar dari kepala aina la.."hahaha

"Aina dah tak larat niihh ibu, ngantukk la " tak moh pandang camera langsung..

Aina yang melopong lena..huhu



Pastu pusing la dah, jalan tepi2 laut tu, nak balik pkui 10 tu, ayah kate nk naik boat? nak nak...pusing la Sae Paradise tu kami naik boat. Naikk je boat, aina pun bangun...die tgkk je sekeliling, yelah maner pernah pun naik boat..
"Nanti kite gi lagi yek ayah aina, tunggu aina besar sikit." Ibu aina mmg dah lama nk gi SeaParadise nih, terutama nk masuk Aqua Museum tu.."Janji tau ayah aina, nnti kite gi seblm balik msia for good nih"

Ok dah 10 lebih dah, jom balik. tb2 teringat dadima aina nk gi umrah hr tu, nak call dadima aina, ade mscal dari murni&joe. Pas call dadima aina, call la joe, rupa ye depa kate meh la singgah umah. Sebelum tu kami singgah Costco kejap. then balik singgah la kejap pulak rumah aunty murni..thanks ye murni for the lunch dan kasut2 utk aina tu..arigatou..Sorry kami tak lama, sbb mengantuk..hihi..
sampai je rumah, mandi2, solat semua, pengsan la kami 3 beranak..hahahaha..ibu dan aina satu kipas dalam bilik, ayah aina satu kipas kat ruang tamu..biasala, nk asingkan aina ngan ayah die sbb awai2 tu aina asyik kaco ayah die nk tido je..hihi..
Sedar2 dah 340ptg, adoii nk gi ke main badminton ngan org2 yokoahama dai tu..lotihh la..kejutla ayah aina, ayah aina kate nakk...jom siap2 solat, gerak..yolahh ikut ajaa..hihihi..Balik2 mandi2, masak dinner, pengsannn...lenguhhhh2 ooo..hihihi...
Ahad tu, hujan je pun satu hari kan, so kami lepak2 rumah je. Oh ye happy father's day to all ayah, daddy, abah, abi okay..alamak aina dah bangun..tk leh story lg..bye...

Thursday, June 18, 2009

Donut

Petang tadi sempat gak la minum petang ngan resepi donut kak yani ni...slalu mmg guna resepi ni aje buat donut...thank you kak yani..pasni kena try resepi lain la pulak kan..dah lama sungguh tak buat donut. tu yang duk teringin nak makan..abis dikerjakan oleh ibu aina ptg td..yumm yum..copy past sini je dr myR..tp guna BM je..mudahkan..tu pun td membentuk donut ngan bantuan aina shafeeyah..biasala, kecik2 dah cibukk dan kacau, besar nnti jgn malas masuk dapur, udah ler..hahahaha..okla nk tido dah..good nite..

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder
Cara2
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit
  3. Masukkan pula butter
  4. Kacau sehingga sekata
  5. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  6. Uli sehingga tak melekat ditangan
  7. Buatkan bentuk bulat
  8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  10. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  11. Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  12. Uli biar jadi bentuk panjang
  13. Kemudian pulaskan.
  14. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/208

Wedges

Semalam ayah aina balik pkui 5. Setiap rabu mmg kena balik awai. Minum petang sikit ngan wedges nih, resepi dr ida..thank you ida..pastu kuar ada urusan rasmi..huhu..

Bahan:

Potato seberapa byk yg anda mahu (dibelah 4 dan direbus)

Sedikit serbuk kari,perencah sup,sdkt kiub ayam/ikan bilis dihancurkan,sdkt lada sulah,italian herbs,sdkt grm kalau tak cukup masin,sdkt air,sdkt tepung beras

Caranya:

-Potato yg dah direbus tu,gaulkan dgn semua bahan2 yg ada.Goreng hingga garing.Siap.

Perkembangan Aina

Kelmarin ibu aina happy sgt2..hihi..nak tau pasal ape?? tentula pasal Aina Shafeeyah ku itu. Ibu aina ajar aina minum guna straw mug..yeahh kejap je pandai, mybe sbb dah biasa minum guna training mug tu..Ibu aina ajar gak aina angkat tangan.

bile ibu aina cakap "saper aina shafeeyah, angkat tangan" yeahhh aina angkat!!hahahaha so cute..
Tapi yang lawak ye, ayah aina kate "saper Ahmad Shaheer, angkat tangan" Aina angkat gak..hahahaha...lawak2
Aina Shafeeyah mmg kenai nama die, panggil je Aina Shafeeyah, mesti toleh dan senyum

Aina Shafeeyah pun pandai je klu nak minta susu, aina akan datang, rengek2 sambil buka mulut..klu tengah2 main ke, tanye aina nk susu ker? Aina akan senyum dan terhegeh2 dtg kat ibu..hihi..Alhamdulilla aina shafeeyah masih susu badan..Masih byk ilmu pengetahuan ttg susu ibu yg perlu ibu aina perlu belajar. Maklumat lanjut ibu aina selalu merujuk
doktor paed, susuibu.com, dan pihak2 yang arif tentang susu ibu.

Antara panduan untuk ibu aina ttg susu ibu secara eksklusif
  1. Susukan bayi secepat yg mungkin selepas bayi lahir, sekerap boleh mengikut permintaan bayi
  2. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja semata-mata sehingga 6 bulan tanpa campuran lain walaupun hanya air kosong/air masak
  3. Selepas 6bulan, boleh kenaikan ngan solid food
  4. Selepas 1 thn, boleh kenalkan bayi ngan fresh milk dll
  5. Sebolehye susukan bayi ngan susu ibu sehingga 2 thn..
Setiap anak2 tak sama perkembangannya. Semoga aina shafeeyah seorang anak sihat2 dan sempurna. Antara perkembangan aina yang sempat ibu aina ingat adalah spt berikut ;
  1. 3 minggu - dh leh angkat kepala sndiri bile ibu aina sendawakan lepas myusu
  2. 3 bulan - dah pandai diagah (senyum2)
  3. 23 februari 09 ( 5+ bulan ) - berpusing dan kemudian menggelungsur
  4. 11 april 09 (7bulan) - merangkak
  5. 23 april 09 (7+ bulan)- dah leh berdiri kat sofa dengan sendiri
  6. 8 bulan - training aina untuk duduk, alhamdulilla pas 2 minggu, berjaya duduk
  7. 8+bulan - duduk
  8. 7+bulan - dah leh minum guna training mug ( ni sminggu gak la ajar)
  9. 16 jun 09 ( 9+ bulan) - leh minum guna straw mug


Bun Coklat Berinti Krim Coklat

Terlebih bakar pulak sikit bun ni...ihihi..dh tinggal baper ketul je. Sarapan pg td..resepi dr Ros..thank you ye ros.. copy paste sini..

Bahan-bahan ( dapat dalam 12 biji bun kecil )

  • 200 gram tepung roti/ highprotein flour
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti
  • 120ml susu segar atau air suam
  • 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • *untuk inti*
  • sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke.

Cara-cara

  1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.

  2. campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit

  3. kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.

  5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15 minit. Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

  6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing

Sunday, June 14, 2009

Roti Pita

HAri tu jumpa tepung whole wheat nih...so try la roti pita ida ni...yeahh...yum yumm.

150g tepung roti
50g whole wheat flour
50g tepung gandum
150ml air
1 sudu kecil gula
sedikit garam
15ml olive oil
1 sudu kecil dry yeast


Caranya :
Masukkan semua bhn dlm breadmaker.Bila dah siap uli keluarkan dan tumbuk bagi keluar angin
Bentukkan bulat2..bahagikan 8 bahagian.Perapkan sekejap
Gelek dgn penggelek.Biarkan naik sekejap.Bolehlah dibakar dgn suhu 230degree selama 4minit

Shiki no Mori koen

Hari jumaat, ayah aina ambil cuti lagi..Cam biasa gi solat jumaat kat Minato Mirae, kemudian kami gi lepak2 picnic kat shiki no mori..saje je nak bawe aina jalan2..suka die tgk ramai budak2 lari2 sana sini...jom layan gambar aina ..

Gotcha!!!...maner mau lari..hahaha..aina aina..

Wanna play with me??
Come come..don't be shy..
yeahhh...watashi wa Aina Shafeeyah desu...genki desu..

Petang tu siap2 gi join umah adninpuza, sbb student2 yokohama dai tu buat bacaan yasin...

Sabtu lak, kami gi riadah main badminton, pastu gi rumah kak nurul, ida masak nasi tomato, ayam madu, jelatah..acar rupa ye jelatah tu..hahahah..sedapp...thank you ida...then balik singgah pulak umah kak maaz hantar brg2, dapat pulak laksa..hahaha..rezeki murah betui2..

Kami sampai rumah dah lewat dalam 12 mlm lebih, bru nk mandi2, siap2 solat...titon...penat 2 hr brjalan2 je..hari ni lepakk je duduk umah..hihi