Sunday, November 22, 2009

Tachikawa Showa Kinen Koen

Minggu ini, suhu di sini sangat la sejuk. Tiba2 Khamis lepas suhu turun 7 darjah celcius. Serius sejuk ya amat. Cam dah winter la pulak. hihi. Memang nak masuk winter pun kan december ni. Semalam cuaca alhamdulilla cerah dan agak panas, dalam 15 celcius gitu. Memang dah lama nak pergi showa kinen koen ni, cuma cuaca tak menentu sahaja. hari ni pun mendung dan hujan.
Maka, seawal 8 pg , kami dah bertolak dari rumah. Alhamdulilla pukul 10 lebih dah sampai sana. Ok sangat sebab dapat sampai agak awal, sebab menjelang tengahari, punya ramai umat manusia yang sampai. Aina Shafeeyah la yang paling happy la sangat, berjalan ke sana ke mari, kutip2 daun kering, dan cepat je nak masuk mulut. haiyakk, aina2 tu bukan makanan.. Tapi banyak daun2 yg dah gugur dan pokok2 yang dah hampir nak botak. Takpela nasib baik tahun ni sempat nak tgk2 daun2 ni..suka2.. Jom kite layan gambar2 semalam.
p/s : To mak ani, ibu aina dah upload gmbar aina byk2 nih, sorry la smlm tgk sekeping je yek..hihi..


Align CenterAyah aina siap tanggal jaket, panas katenya. Yelah punya la banyak sgt berjalan, maner tak berpeluh pakai jaket kan. Luas sangat koen ni, dan memang best dapat jalan2, ngan cuaca yang tak panas, tak sejuk sangat. Berlari2 ibu aina ni duk kejar si aina tu. Aina sangat la gembira, berjalan sahaja ke sana ke mari. Aina pun sempat tanggal jaket gak. Ibu aina je malas.. lagi pun cam still rase sejuk je.hihi
Ni kali ke-3, kami sampai ke sini. First time dlu, idanuar yang bawe kami, janji ngan kak ayindin. Then, time pregnant aina, time hanami tahun lepas. Bila jalan2 kat sini, teringat pulak time jumpa kawan2 ramai time tu, best sgt. Hanami tahun ni tak ramai sgt yang dpt join, arap2 tahun depan, leh la berkumpul ramai.



Ni pulak daun momiji/maple. Suka sangat tgk daun merah ni..Cantikkan. Teringin pulak nak tengok lighthing, tapi tak tau la bile. Tengok gambar puan ros kite tu, cantik2 je gambarye..Suka2





Ni pulak sebahagian pokok2 di Japanese Garden. Suka sangat tengok pokok2 kat garden ni yang comey2 di tanam di dalam pasu.
Setelah penat berjalan, kami berehat untuk makan dan solat. Bermain2 ngan aina di padang yang amat luas. Ada gambar dalam camera comel ibu aina, tapi tak sempat nak pindah gambar ke pc lg. Takpela, sessi berlari2 ngan aina je pun. Setelah penat, kami pun bertolak pulang. Tetapi jalan agak sesak sedikit. Lama gak dalam kete. Aina masuk je kereta, tido sampai rumah. kepenatan ya amat la tu. Ibu aina pun tertido gak. Gomen ne ayah aina. Then petang tu, kami join main badminton ngan family2 yokodai. Penat sgt semalam, tp happy. Esok pun ayah aina cuti lagi, takde plan ape2 pun.

5 comments:

  1. pemandangan yang indah dan si kecil yang lucu...
    aku jadi pengen ada disana.

    ReplyDelete
  2. salam aisha lama tul akak x masuk sini .. huhuh

    ilang link ad aisha tau .. masa tuh tukar layout baru .. tub2 ilang lak .. pueh cari .. huhuh nieh dpt dari umah ITA .. huhuh

    cumenya aina .. dah lama x tgk ..
    cantik dik pemandangan di sana .. musim bunga yerk disana .. cantik sungguh .. biler lahhh dpt peluang ke negara org nieh .. heheh

    opss dah lama x update nieh .. kemana lak dik nieh .. musti sebuk layan aina kan .. aina dah besooor ..

    ReplyDelete
  3. niekandre - thank you..ya mari datang sini..

    murni - hihi kejap je kan budak2 membesar..

    kak ieda - oo yeker akak..sya pun skrg tak aktif sgt blog..hihi..time nih autum akak..klu spring lg cantikk kak... insyaALLAh akak, maner tau ade rezeki nnti..aminn...tulahh jarang update blog skrg..hihi

    ReplyDelete
  4. hai aisha..
    cantiknye pemandangan.... sangat2 nice!

    ReplyDelete