Monday, March 30, 2009
Mencari sakura...
Hari tu tak tau nk gi maner. Tapi ayah aina nak gak gi koen lain untuk mencari sakura. Sebab ape, sebab ayah aina kate, nak abik gmbar aina dgn sakura untuk tatapan dadima aina di Malaysia. Ayah aina kate, dadima pesan abik gambar aina ngan sakura banyak2.
So ayah aina ajak gi Mitsuike Koen, tapi sebab dah lewat kami kuar pas zohor tu, maka kami tuju ke Mitsuzawa Koen sahaja. Emm tak memuaskan gak kat situ. Ni antara gambar yang di ambil. Ramai gak nihonjin yang berpicnic di di bawah pohon2 sakura itu.
Ayah aina masih tak puas hati, so kami gi pulak Hodogaya Koen. yeahhh kat situ, kami puas hati dapat gak snap sakura2 itu. Walaupun banyak sakura tak mangkai lagi, tp adela beberapa pohon yang memuaskan hati kami. So inila gambar2 yang diambil semalam. ni gambar aina-chan dan nana no hana.
ok puas hati, then gi Conan Home Centre shopping barang umah. Pastu kami singgah umah abg herman sat, sebab depa minta tolong ayah aina tukar bateri kereta azamshiela tu.
Kodomo Shizen Kouen
Pas sahaja solat subuh, ibu aina masak bihun goreng sahaja untuk bawa ke farewell party tu. Seawal sebelum 10 pagi kot, kami dah sampai kat situ sebab ingatkan jalan sesak ke tapi takde orang sangat. Kami gi naik keta je sebab ayah aina ada urusan lain. Sampai je car park tu, jumpa idanuar. yeah ade geng, so kami jalan-jalan la. Semua sakura belum mangkai lagi. Ada yang dah kembang, ada masih putik lagi, ade gak yg dah kuar daun. So tak tau la, maybe sebab cuaca tak menentu. Dan cuaca hari itu sejukk sangat, nasib baik dah ready ngan baju winter yang tebal itu, itu pun sejukk gak..ngan angin pun agak kuat pagi tu.Ni antara sakura yang sempat di snap oleh ayah aina.
Thursday, March 26, 2009
Hotdog bread / Roti John...
Hari ini france bread smlm dah abis, terbayang pulak roti john kat pasar malam tu...hahahahaha.....ape lagi, sompekk gak den buat td, inti roti ye dah siap gak, so esok la buat breakfast kan..hotdog bread ke roti john ke...dua-dua la makan..hahahah..leh gemoksss nih..hihi ...taraaa tu die roti johnn..yummy ..dah selamat masuk peruttt..ahakkss
Hotdog bread @ yani MyR
Bahan-bahan ( 6 biji )
160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung
Cara-cara
- Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
- Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat.
- Rehatkan selama 15 minit.
- Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
- Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
- Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/217
Inti Roti John
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (yang pandai buat roti boleh buat sendiri... umi_e tak pandailah...)
sos dan mayonis (jika suka)
Cara-cara
- Blend bawang dan bawang putih
- Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari - tambah lada sulah sikit
- Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
- Belah dua roti jangan sampai putus
- Masukkan telor dalam daging cincang
- Pukul sebentar telor+daging
- Panaskan butter dlm kuali
- Sapukan aduna daging+telor atas roti
- Terlangkupkan atas kuali
- Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
- Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
- Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka
France Bread with garlic butter
uiskk lama yek tak updated. gomen ne..ibu aina malas.huhu.semalam teringin sangat nak makan soup pizza tu ngan roti ye..teringin sangat2, ayokss..bukan mengidam okay..siap gi tgk website pizza hut..hahaha...then, cari2 resipi...taraa...jadila france bread nih...yeahh....then, lagi sedap makan ngan garlic butter kan...jengjengjeng...sodapppp...makan sejuk2 nih...
Resipi dari fendi MyResipi. France Bread tak guna butter, tapi kadg2 sya tambah 10g butter.boleh la kan sendiri yang nk makan.hihi.
Bahan-bahan ( 3 ketul )
190ml air
230g tepung roti
60g tepung
2/3 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lemon jus
3g yis kering
p/s : kadang2 saya tambah 5g / 10 g butter
Cara-cara
- Masuk semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan
- Bila dah siap, keluarkan adunan. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 3 bahagian. Biarkan 20minit
- Kemudian buatlah bentuk panjang atau apa-apa saja bentuk yang disukai. Penaik dalam oven pada suhu 35-40 degree selama 50-60 minit.
- Keluarkan dari oven. Penaikkan suhu oven pada 200 degree. Sementara tu potong memanjang dengan pisau pada bahagian atas roti. Sapu dengan sedikit olive oil pada bahagian potongan tadi. Spray air pada roti.
- Bakar selama 15-20minit
Garlic Butter @ fendi MyR
Bahan-bahan
roti france
2 ulas bawang putih
parsley kering secukupnya
Cara-cara
Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.
Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.
Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.
Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C.
p/s : copy paste je dr Myresipi. nnti sambugn lg, sbb aina dah ngada2..sya akan cuba copy paste semua resipi2 yang sya try di blog ni sbg rujukan.
Friday, March 20, 2009
Flower Garden 2009 @ Yokohama Red Brick Warehouse
So ape lagi, jom2..hihihi..walaupun ibu aina cam nemuii je, terlelap kejap dalam keta sambil main2 sms. Ramai tau ibu aina sms..hihi..saper bace blog nih mesti tau ibu aina sms2 depa..kehkehkeh.. So ini la antara gambar yang sempat diambil. Aina-chan sangat la excited...seronot la tu jalan2.
roti canai dan pau kacang
So smlm dah perap roti canai ni, dari resipi mama aiman. Maka pagi td, sempat la menebar roti canai nih.
Roti Canai @ Ida
Bahan2:
3 cwn tepung gandum*
1 biji telur*
1/2 cwn susu segar*
Sdkt gula*
Sdkt grm*
1 sudu kecil minyak sapi/butter*
Sdkt butter utk disapu luar doh
Sdkt minyak masak
Caranya:
- Uli semua bahan2 * sampai sebati.
- Bentukkan bulat2 sebanyak 6 biji.Salutkan dgn minyak sapi.
- Letakkan dalam bekas,tuangkan sedikit minyak masak
- Tutupkan dgn bekas. Biarkan dalam 3-4jam. - semalaman pun okay je
- Setelah itu,bolehla dicanaikan. Tebar dan tarik2 pakai talam tu je..lagi senang.
Bolehlah digoreng atas kuali dgn api perlahan.Bila dh msk..renyuk2kan roti tu. - Makan dgn kuah dal atau pun gulai/kari.
Petang smlm gak sempat buat pau kacang nih..leh la buat mkn2 jalan2 hr nih..
Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum - guna tepung pau terus pun lagi sedap dan gebu
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur
Cara-cara
- Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
- Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
- Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
- Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
- Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
- Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
- Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
- Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
Thursday, March 19, 2009
makan gak
then tgh siapkan aina, ibu aina dapat call dari Kak nurul. Kak nurul nak datang umah, datang la akak. So maner sempat, kemas2 masakla chicken chop nih aje. Chicken chop nih dadima aina (mummy ayah aina) yang ajar masa datang jepun last year. Actually, tak cukup tu, kentang habis la, so takdela kentang goreng ye. Bun tu pulak, lebih smlm punya, resipi dari mama aiman. So ini la gmbar sebelum ibu aina makan..lapar dah, mkn dlu la kak nurul yek..hihi. skrg malas nk abik gmbar, buat2 mkn je..so hr ni nk masak ape yek..esok ayah aina cuti dah. So cuti 3 hari ni nak g maneR? ntah ler..tk tau la..bila la nk berjalan2 nih..hihihi..mama aiman, jom jalan2..hhihih
Sunday, March 15, 2009
My birthday...
Hari ini ayah aina bawe gi makan kat Hanaya Youhei ( betui kot ejaan ye..kehkehkeh) ..yeah ibu aina tak perlu masak hari nih..hihi..taraa ni la menu ayah aina...ebi to kani to gohan setto ..hahaha... ibu ainaye jyoutendon to sarada setto ....
makanan lagi...
p/s : untuk makanan sendiri, aisha agak2 je sukatan tu.
Bahan2
2cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A atau B
1 cawan susu segar
3 sudu besar minyak
Cara
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul gunakan whisker. [Boleh gunakan blender]
- Tapiskan.
- Sendukkan dalam Artnova Pot. [Jika gunakan non-stik pan titiskan sedikit minyak]
- Tutup pot atau non-stik pan.
- Masakkan 3-4 minit.
- Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.
Sumber : http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/pancake.html
taraa nih untuk mak ani..salmon butter lemon resipi dr kYani myR. menu nih suka sgt sejak ibu aina mengandung aina tahun lepas. Time pregnant tu, suka sgt salmon, sampaikn setiap minggu nk salmon. Ayah aina siap kate tak bosan ke ikann je..kehkeh..ikan adalah favourite ibu aina kecuali ikan mentah...huhuhu...dan ibu aina suka lebihkn kuah ye dan tambah racik cili api...pedas2 sikit..huhuhu...yummy..to mak ani aina ..jgn jeless yekk..
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch
Cara-cara
- Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
- Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
- Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi.
- Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
- Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
- Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
- Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.
Saturday, March 14, 2009
Aina lagi ler
Wednesday, March 11, 2009
Aina chan dan solid food
Hari ini Aina chan telah cuba makan solid food. Ibu aina bawa dari Malaysia je. So cute ...hihi..naper?? sbb mula2 cam sungguh2 die nk mkn, pas rase, die geli2 ngan telan..huhuhu..ganbatte ne Aina chan.
Makan dan makan
Sambil tidokan Aina chan, sempat gak layan masak2 kt tv NHK. Terliur tgk puding caramel die..hihi. So pas Aina chan tido, terus la memaksa kat dapur tu kek puding karamel dari Kyani, MyR. Gula hangus tu tk betui2 hangus..huhu
3rd Anniversary
12 Mac 2006 - Majlis kami di Seremban
18 Mac 2006 - Majlis kami di Klang
Aina 6 bulan
Tanggal 11 September 2008, seawal jam 8 pagi, ibu dan ayah aina telah berapa di Hospital Columbia Asia, Seremban. Ubat induce dan ubat antibiotik GBS telah ibu aina terima. Alhamdulilla semuanya berjalan lancar. Jam 2 petang, bukaan telah menjadi 5cm, maka ibu aina dibawa masuk labour room untuk pecahkan air ketuban.
Alhamdulilla 6.34petang Aina selamat lahir ke dunia dengan berat 3.6kg, kepala 34cm dan panjang 52cm. Terima kasih kepada ayah aina yang sentiasa menemani ibu aina.
Tarikh 11 september 2005, ibu dan ayah aina telah bertunang. 12 september 2008
Ibu aina tidak mengambil gambar aina chan sehingga la ayah aina terpaksa pulang untuk lawat aina chan setelah 2 kali masuk wad sejak lahir. Semua kenangan lalu biarla tinggal kenangan untuk ibu ayah aina ingati. Setiap manusia di dunia ini pasti tidak terlepas dari dugaan dariNya.
3 oktober 2008
Tuesday, March 10, 2009
Roti Marble Coklat
Roti marble Coklat @ Ros Toyosu
Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara
- masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
- perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
- Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastikan adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
- satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
tutupkan keseluruhan adunan tadi - potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
letak dlm sandwish loaf. - Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
- siap dibakar dan sejukkan atas redai.
Monday, March 09, 2009
Salam Maulidur Rasul 1430/2009M
Salam Maulidur Rasul utk semua para pengunjung blog kami. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasulullah S.A.W.
Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”
(Surah al-Taubah, ayat 24)
Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.
Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.
Aina chan
Saturday, March 07, 2009
kisah ayah aina..
Ni la rambut ayah aina sblm gunting...lama sungguh ibu aina pujuk suruh gunting. Last gunting raya thn lepas kt msia masa ayah aina balik raya kt malaysia lawat aina chan 2nd warded tu...so hr nih ibu aina berjaya menggondolkan kepala ayah aina...yeeehaa
Thursday, March 05, 2009
Kak Hani dan Nana datang...yeah
Duk kemas2, mandikan Aina chan, call la Kak Hani dan bg address. Thanks kak Hani sbb sudi dtg. Free2 nnti meh la dtg lg yek. Kak hani nk gi abik Ros then gi umah Kak Aini. So singgah kejap je tggu Nana sampai, mkn2, dan balik. Kejap sgt kak hani dtg..tkpela janji dtgkan. Kak Hani nk gambar aimee ngan aina yg kak hani abik tu tau..hihihi...Ni lak gambar KAKAK nana (kakak la sgt tu..huhu) ngan aina chan sblm balik.
Ni pulak matcha cupcake Kak Hani bagi...Oishikatta...hihihi..Thanks a lot kak hani..sedap..Abis licin..hihihi...
Tuesday, March 03, 2009
Kisah Ibu Aina..
Bising gak la posman ni dan siap jerit sikit kt member die kat bawah tu suruh kuarkan brg2 tu, sampai jiran sblah umah ni kuar...ayokkss..hahahahaha..then, jiran ni pun tanye, nande Aisha san? hahaha, ibu Aina cam biasa tak tau la nk jawab ape. hihihi..sengeh jelah..cam biasa la, ibu Aina cam paham ( tp slalu buat2 paham je ngan org jpn ni) tp tk tau nk balas ape. Klu tau pun kuar sepatah2 dan mesti ayat pung tunggang terbalik..hihihi.. Then, die pun sama tgk posman kt bawah tu.
Balik pd posman td tu, die pung bawe kuar kotak tu dr lori dan bawe naik kt umah ni...mak aiiii...besar ye kotakkk ni abg, ibu aina membebel dh dlm hati...die tanye nk letak mane? ape lg yg leh ibu aina jawab, letak jelah depan pintu ni..hahaha..pastu jiran sblh ni pung berbual2 ngan posman tu, cam td posman tu jawab ngan penuh perasaan, mgatakan kotak ni besar sgt, tak tau nk letak maner...lain2 ibu aina tk paham langsung..hahahaha...actually ade 2 kotak, satu je yg besar la sgt, satu lg tinggi hihi...then, jiran tanye ape dlm tu aisha san? emm jidosha no...( dlm hati car parts ape yek? ) tp nasib baik jiran tu paham bile ibu aina dh cakap jidosha no ..( kereta punya.....)die gelak n then jawab, sugoi okii na ( sgt besarr)...kehkehkeh..
Pas posman balik, jiran dan ibu aina berbincang2..macam la ibu aina paham...cuma die kate kotak ni ganggu org lalu, nnti org atas susah nk lalu, lebih2 ramai ade baby semua..so ibu aina alihkan kotak tu betui2 depan pintu, okla ade ruang sikit, muat2 je jiran2 yg ade anak kecik nk lalu...ahhahaha...mmg kalut betui la..hihihi..ngan ibu aina tk paham lg..then minta maaf kt jiran sebelah sbb ganggu laluan..
Call ayah aina, tp ayah aina meeting, so tak angkat, ibu aina sambung kemas umah. Dengar gk org2 jepun kt luar tu duk berhenti depan pintu dan chit chat...hohoho..ape ke benda, ibu aina buat tak tau sbb mmg tak tau kan..kehkeh..pastu, terpikir nk tampal notis. Tb2 ayah aina pun call, die pun suruh tampal notis to say sorry n bgtau temporary only n ayah aina will move the boxes pas balik keje nnti kan..
Ibu aina nk buat ayatt nihongo ni mmg berterabur dan tak tau, so idea pun dtg tulis english, translate kt website ayah aina slalu guna tu, then salin kt kertas, gi la tampal. Ibu aina tampal english dan nihongo (japanese), nihongo tu tk tau pun nk bace sbb translate die kuar kanji kan, so ibu aina salin jelah..Done...hihi
Ibu aina pun siap2kn aina chan nk gi beli sayur. Kuar2 letak stroller aina kat bawah, jiran sblh td ni pun dh ade kat luar tu, duk tegur nk g maner? Ibu aina jawab la...rosen e, kaimono shimasu...ayat yg tak pernah abis, sepatah2 je..hihi..ibu aina bantai je janji die paham..alhamdulilla die paham.Then, gi ambik aina chan, dan kunci pintu umah. Rupa ye jiran ni dh tunggu kt bawah main2 ngan anak lelaki die. Die nk jumpa Aina chan, anak lelaki die pun suka sgt ngan akachan (baby). Duk tegur2 Aina chan, yang Aina ni pun cam biasa la, klu ade org tegur, senyum ye bukan main besar lg..kehkehkeh..peramah anak ibu sorg ni, siap menyahut2 lg die pnggil nama die..hihihi..Ibu Aina tanye nk g maneR? die kate nk g cucuk anak die...ibu Aina tkdela paham sgt, tp yg bagus ye , jiran ni die bercakap ngan body language...so dh leh bace dr gerak bdn wpun kdg2 tk paham sgt die sebut ape. Oleh kerana, Aina chan pun bru cucuk DPT last Saturday, ibu aina ingat perkataan tu adalah injection.hihihi..Dalam perjalanan, jiran ni bercerita pasal Hina Matsuri. Time tu bru la ibu tau 3rd Mac adalah hr kanak2 perempuan.hihi..Ade gk die tanye kt ibu aina pasal balik Malaysia tahun lepas bersalin tu, tp ibu aina tak paham sgt die nk tanye ape, pasal bersalin ker? pasal aina keR?pasal msia keR? ibu aina nk jawab pun tk tau tak tau ape...hihihi..nasib baik die paham.
So mlm tu, ayah aina balik keje, trus pindah buka kotak tu, pindahkan masuk stor kt bawah, salji lak turun time tu.. Lagi satu kotak ade ke depan pintu dalam umah, ayah aina kate tak tau nk letak maner..hihihi..tulah ayah aina, ibu aina pesan, beli part2 keta tu jgn la lupa pasang kt keta tu, nih byk je simpan, pastu beli lg...takpela dah hobby ayah aina gitu..hihihi.
Ayah aina tgh nk buka kotak besar tu..hihi
Bawah ni pulak mini pizza buat utk breakfast esok. Dah byk kali buat mini pizza ni, tp malas nk abik gambar..hihi