Tuesday, August 04, 2009

Hanabi @ Yokohama

Hari Sabtu lepas, kami pergi Hanabi (Fireworks) di Yokoaham. Rancangan Ros nak datang rumah gi sekali. Tapi sayang last minute tukar plan sebab anak die demam pulak. Anak mekti pun demam. Moga semua cepat2 sembuh yek. Alahai skrg mmg dah panas ni, asyik demam jelah. Mula2 ingat naik densha je,park keta area Conan, tapi pikir sesak dan aina lg, kami naik kereta jelah. Nasib kuar pas asar, sebab semua parking kereta dan jalan kawasan tu tutup pukul6..Kami park area Red Brick House, Yokohama. Sampai awai, jalan2 gi Osanbashi..Dah banyak kali gi tempat ni, malas nak abik gambar..huhu..Acara Hanabi mula 715-830 mlm..So masuk je Magbrib, cepat2la kami solat dlu..Memang ramai orang..Pinjam camera ayah aina, sempat snap baper keping je..ayah aina byk abik video je..ok jom layan..Balik sampai rumah dekat pkui 11mlm dah..mandi2..titunn..Zzz
Hari Ahad, tak gi mane2 pun..lepak2 duduk rumah je..Pas asar, bawe aina jalan2 sekitar rumah je, gi Rosen beli sayur dan bawe aina main buaian kat Koen.

Tiba2 mlm tu, ayah aina kate teringin nak makan burger, lama dah tak mkn..dah sudah..hihihi..sian ayah aina duk teringin nak makan burger ye...so nasib la smlm sempat menunaikan hajat tersebut, buat roti burger, daging burger, benjo telur, kentang goreng dan crepes..Request nak macam bigmac kat mcD. hahahaha...maner nak sama, okla la kan..siap leh tanye, maner beli daging burger? sbb tgk kuar dari freezer dalam plastik..kat Rosen...kuikui (yelah tu ;D) Letak keju sekeping, mayonis, sos, timun...layann.. abisla 2 ketul ayah aina makan.. sempat gak sarapan pagi ni..Crepes tu buat 2nd time, tak rangup gak cam kat kedai..layan jelah yek..janji leh makan...malas sbnr nak abik gambar...sempat snap ni aje..Tinggal 2 ketul roti tu lg, tgk la karang sempat buat ayam burger ke pulak buat buka posa..hahahaha..gemuksss sungguh la 2 hr ni..kuikuikui..Okla nanti sambung lg...

Sunday, July 26, 2009

Momogari @ Yamanashi

Semalam kami pergi momogari @ peach picking di Yamanashi. Dalam pukul 7pagi kami gi rumah idanuar dahulu. Kami bawa bekal roti sosej ngan keropok goreng je. Leh la makan dalam keretakan. Dalam pukul 8 gerak dari rumah ida. Lalu pulak tepi himawari @ sunflower area Zama ni, per lagi encik nuar berhentila singgah sekejap untuk ambil gambar. haha, lepasla hajat nak bergambar ngan himawari ni..yeah aina pun sempat bangun utk bergambar..hihi...panass ooo skrg..jom layann


Sampai kawasan Yamanashi ni banyak la sangat kawasan penanaman grapes hijau tu, maybe nak buat wine kot. Untuk momogari ni bayaran 1300 yen seorang, petik seorang 2biji sahaja. Yang best leh la pilih kat pokok tu maner nak ye, then petik masuk kotak yang diberikan. Panas sangat menuju ke ladang tu, dah la kena jalan kaki ..agak jauh la sikit. Tahun lepas ida kate, mereka dibawe naik van. Nasib baik ayah aina kate bawa payung (payung disediakan), takdela anak dara sorg tu panas sgt..tu pun berpeluh2, kami lagi la kan...hahahaha..
Pas petik seorang 2 biji tu, cepat2 la balik tuju kat tempat disediakan untuk makan buah momo ni sampai lebamm..makan la banyak maner nak makann yek..hahahaha..yang tak manis, kami tak makan, buang je, 2 biji kot. Kami berempat adela kot makan dalam 20biji kot, ke lebih yek..kuikui..memang berbaloi la...sedapp oo, juicyyyy...yum yum..cam nak makan lagi lak..takpe2 ade 4 biji yang petik tu belum makan lagi..hihi.. aina pun sedapp je makan semalam..suka la tu..
Pastu konon ingat nak picnic tepi sungai, tapi sesuatu telah berlaku..Sian kat kami tkde rezekikan ida..tkpela lagi pun tak bawa baju salin..Next time rancang betul2, leh mandi sungai sekali...hihihi...Lepak2 sekejap rumah ida, pastu balik, singgah kedai thai dekat rumah ida tu, konon ye ibu aina ni teringin la nak makan durian...hahahaha..dapat 2 ulas tu jadila kan..tapi tkde rezeki lak, tkpela ayah aina, leh makan kat msia je nanti. Ayah aina maner makan durian..hihi..Tu aje la aktiviti kami semalam. Sabtu tak ke mana pun, cuma gi main badminton je cam biasa ;D Tu pun ibu aina main kejap je, tak larat la...pastu layan si aina je lah.

Friday, July 24, 2009

Mexican Bun @ Roti Boy

Semalam petang teringin nak makan roti boy ni, try la buat..yeahh menjadi pun. Buat setengah adunan je..Filling dan topping tu banyak gak la walaupun stgh adunan, so next time leh kurangkan lagi..resipi dari kak lilydvalley MyR. Pernah jumpa kak lily ni tahun lepas time balik msia bersalin aina. Ape pun mmg puas hati buat roti ni..lain kali leh buat lg kan..tambah lagi satu koleksi roti..hihi..Hari ni dinner Soto Ayam dari resipi kak D tu, tp oleh kerana kami berdua kelaparan, terus duduk ngap je..hahaha..ni nak gi mkn lagi la..adus..semakin boroii la skrg..hahaha...opss melencong lak..okla aina pun tido, nk gi mkn lagi la sambil layan movie X-men ngan ayah aina ni..nitee..opss, ade model si kenit tu, semua nak dicapaii ye..huhu

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) - tak guna
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar). - betui2
  • -60 gm mentega - ganti shortening je, butter tak banyak stok - sama je fungsi ye kan

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
p/s - guna BM sahaja, so kerja pun mudah sikit..hihi

Mandi Wiladah

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua'lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Sham sudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala".

Tu la saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.


Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.


Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah .
Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalkan bersama.

Wallahua'lam..

p/s : Sahaja ibu aina ingin kongsikan ilmu ini. Teringat pulak bersalin aina dlu. Alhamdulilla keesokan hari pas bersalin aina tu, selesai mandi wiladah ni kat hospital je.Harap email ni dapat membantu rakan2 lain ye.

Thursday, July 23, 2009

Kami di sini

Ke mana menghilang?? Hahahaha..ade sahaja di sini. sorry ye tkde pun N3 bru. Kalau nak letak N3, kenala ade gmbr bru bestkan. Tapi malas la pulak nak abik gmbr.kuikuikui.

Meh cerita seminggu ni buat ape yek. Hari2, cam biasa sahaja la kan. Cuma minggu lepas jiran sebelah rumah ni ajak bersosial ngan mak2 jepun ni..hahahaha..aku yang bukan ye tau berbahasa jepun ni leh pulak setuju bile tiba2 Kaori-san sebelah rumah ni ajak gi main air.. Kuikuikui. Ade aktiviti main air dan mandi dalam kolam plastik. Aina main celup2 kaki je.hihi.

Sebut pasal aina, ahahahaha..alahai anak dara sorg tu. Sekarang dah berani lepas tangan, nak tunjuk teror la tu. Dapat la 2 ke 3 langkah..nak berjalan sangat kot, asyik berpaut sana sini. Kat kaki kami ni pun die berpaut, risau tergolek je..Yelah bukan ye kuat sgt, tp dah berani lepas tangan tu, seriauu je, eh eh tak imbang, terus tergolek..Nangis tp lepas tangan lagi.takpela biarla anak nak membesar, baru nak dapat kaki la tu. hihi. Pastu sekarang suka la sgt gigit segala benda, mainan die jgn cakapla kan, kerusi, remote, segala benda la yg die jumpa, sure gigit..adoss..sofa pun dah koyak die gigit. Baru letak celotape..kuikuikui..kertas kat printer pun die capai makan, benda atas meja mkn semua dah boleh capai..leka sikit je, abis la ditarik oleh si kenitt ibu nih..Memang takleh leka pun, so kena la bg lebih tumpuan ngan si kecik ni kan.
Sekarang pun ayah aina risau ngan speaker2 ye itew..hahahahaha..ibu aina gelak besar..Aina dah mula korek2 speaker ayah..HiFi ayah, Bose ayah...go aina go!! Sikit hari lg, abisla kereta2 koleksi ayah aina ni dikerjakan oleh aina. Sekarang pun dah pandai, sikit2 angkat 2 tangan minta dukung...adusss, 2minggu ni mmg sakit jelah perut ibu aina ni, tempat parut operation tu cam pedihhh je, terasa cam luka je kat dalam..uish merepett je, minta jauhh. Memang tkleh angkat berat2 sgt, tapi nak buat ganerkan..insyaALLAH semua okay.. amin..tido pun nak bergaduh ngan aina sbb aina dah tido lasak, guling kiri kanan, klu rimas sempit, tb2 je menjerit..hahahaha.. ;D baru padan muka, saper suruh dari kecik tak ajar tido dalam katil die tu kan ayah aina ;p Mulut aina, uishh bising, ape cakap ntah la..Suka la sgt main nyorok2 intai2..Klu loceng rumah bunyi, terus merangkak dgn laju je gi ke pintu, ingat ayah die balik la tu..aina aina..aina la pengubat hati ibu ayah ye. Sekarang pulak semua asyik tanye bile nak tambah lagi? hahahaha..sokla cepu emaskan..InsyaALLAH ade rezeki..semua adalah dariNya. amin

Tuesday, July 14, 2009

Aina 10 bulan

Hari sabtu lepas, aina shafeeyah ibu ayah ni sudah 10 bulan..kejap jekan. Sekarang kalau call famili kat msia, semua duk menanya aina dah pandai ape..meh kite tgk aina dah pandai ape..akhir ye berjaya juga ibu aina ni record aksi aina ni semalam..dari kecik lg, nasib je videocame, pandangg jee, skrg klu tgh main ke, nampak je video terus menerpa nak itew video..adus...
so lihatla gelagat aina shafeeyah ni..so sabar ye famili2 kat msia, nnti raya ni aina balik ye..pesanan dari ayah aina, jangan lupa sediakan duit raye ye untuk aina byk2 sikit terutama dari makcu dan uncle blue boy yang baru keje itew..pesanan dari ibu aina lak to makcu kena bg tripple tau...hahaha..2 bulan je lagi ye..hihi..jom layann video ni.. abaikan saje meja daku itew, yelah tengah mencuci sink time tu, aina ajak main lak..biasa la, klu tak tido aina nih, tkleh la ibu ni buat keje lain sikit..hohoho...

Hakone

Hari sabtu lepas, kami ke Hakone bersama IdaNuarAiman dan Kak Awin..Thank you idanuar.. Best sgt sbb dah lama tak jalan2 jauh2 ni. Lagi pun tak pernah sampai Hakone lg..tu yang excited.hihi..Tahun lepas ida pernah ajak, tp nasib la tak pergi, klu tak pengsan daku mendaki itew anak tangga. hihi. Daku bawe sardin sandwich je..hahaha..tu pun pkui 4 pg menyiapkan bekal..hoho
Mula2 kami gi Owakudani Natural Hot Springs ni. Jenuh oo jalan kaki naik anak tangga itew..nasib la ayah aina yg dukung aina kali nih..yeah..arigatouu..Bau sulfur die hohoho..menusuk hidung kami..hihi


Uiskk berasap2 kan..
Panas ye air iteww
Kat sini terkenal ngan kurotamago ( telur hitam). Ni org bawah ni duk rebus telur tu..dari putih jadi hitam telur tu..sebab sulfur tu kot..ntah ler..hihi..Ade ida bg 2 biji, ibu aina duk mkn sorg, confirmla ayah aina tak mknn pun, rase pun taknak..hahaha..cam telur biasa je..kulit je hitam..hihi
Ok permandangan dari puncak tu..time ni dah nk turun balik..Tapi masa nk turun ni ade selisih ngan org mengandung tau..hahaha..larat sungguh kamu naikk anak tangga tinggi ni yek..hihi
kemudian kami gi Hakone Picnic Garden. Kononye nak tgk bunga yuri (lily) tapi tak kembang lagi la pulak..Zannenn..hihi..Sempat la kami lunch Nasi Lemak Ida kat situ..wah siap ade eskalator lagi kt kebun bunga ini..hohoho..tp sbb bunga tak kembang sangat, so masuk pun free je dan eskalator pun tak ON la ..kalau tak daku la paling jakun nak naik eskalator kat kebun itew..hihihi ini la bunga lily itew..hihi..
kemudian kami jalan2 tgk Ashinoko (lake Ashi)..eh mane gmbar lake ashi ni..hahahaha..tertinggal la tu..tp pilih2 byk la gegar dan gelap, rupa tak letak terus..hahaha...