Monday, July 02, 2012

Almond London


Alhamdulilla, rasa free sikit petang ni, nak kongsi resepi almond london..Aisha guna resepi dr Kak Ita @ Masam Manis..Alhamdulilla memang sedap..maner yang berpeluang nak buat biskut2 raya tu, leh la mencuba ye. Nampak almond london ni, teringin pulak nak makan ptg2 ni..;)

 ALMOND LONDON
sumber asal : kak azlita@masam manis

Anggaran dalam 120  biji
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
140 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
150 biji badam - dipangang

Untuk menyalut biskut
Cawan kertas secukupnya
Coklat masakan secukupnya
Badam cincang - yg di panggang

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.

Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas. Taburkan badam dan biarkan ia mengeras. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Boleh juga hiaskan ikut citarasa masing-masing.


6 comments:

  1. assalamualaikum. tie nak tanya macamana kertas cawan tu jadi bujur? tuang coklat atas biskut duluke? atau tuang coklat masa letak biskut dlm cawan kertastu?

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam wbt tie,
    biskut2 tu kite celup je dlm coklat, dan susun rapat2 dlm bekas/tray..biskut tu dah bujur2 kite buat, so cawan tu pun akan ikut bujur..:)

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa almond london all time fav! Tp tk confident nk buat sendiri hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis - kalau tak cuba tak tau hanis..
      Jika tidak, nak order dr AssaChocolate pun boleh :)
      p/s: kuih raya, kuih raya :P

      Delete

  4. شركة تنظيف منازل بالجبيل افضل شركة خدمات منزلية بالجبيل نظافة شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشرات شركة تنظيف بالجبيل شركة المثالية هي افضل شركة نظافة بالجبيل والمنطقة الشرقية تقدم لعملائها افضل جودة وارخص الاسعار بالاضافة الي تقديم الخدمات من خلال عمالة مدربة وذات خبرة كبيرة بمجالات التنظيف ومكافحة الحشرات , فلا تتردد في الاتصال بشركة تنظيف بالجبيل للحصول علي كل ما هو مميز ولضمان الحصول علي منزل امن نظيف راقي خالي من المواد الضارة والميكروبات

    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة تنظيف بالجبيل

    ReplyDelete