Monday, July 02, 2012

Nasi Tomato Set

Assalammualaikum wbt semua..lama ye tk bukak blogku ini..tkpela, update bile2 free..
Ok sahabatku naza..ni la resepi yang sya gunakan..nasib baik cr2 resepi asal ni jumpa..hihi..terima kasih pada kak umi utk resepi nasi tomato dan ayam masak merah yg sedap ini dan norren@MyR untuk dalca daging..:)

NASI TOMATO HOME SWEET HOME
Resepi asal: Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 1/2 cawan beras basmathi Moghul Faiza - basuh dan rendam 15 minit. Toskan.
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu sejat Ideal
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 4 sudu besar pes tomato
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 4 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan gajus yg digoreng/dipanggang (akak x letak kali ni)
  • bawang goreng secukupnya (akak x buatpun..hehe)
Bahan Tumis:-
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 7 biji bawang merah - dimayang nipis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato, pes tomato dan kacau sebentar.
  3. Masukkan beras basmathi dan daun pandan. Gaul rata sekejap.
  4. Masukkan air, susu sejat dan garam. Kacau perlahan sekejap dan biar nampak mendidih sikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (*akak terus tumis dalam periuk elektrik tersebut dan alihkan untuk masak seperti biasa).
  6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis dan gajus. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan taburan bawang goreng, ayam merah tomato dan acar masak atau acar mentah. SELAMAT MENCUBA!!
AYAM MERAH TOMATO
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
Bahan Kisar :-
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis :-
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.
DALCA DAGING
Resepi asal : Norren@myR
Bahan-bahan

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam
Bahan tumisan:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2.Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari.
3.Goreng hingga garing.
4.Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

3 comments:

  1. sedapnya..selalu makan kat kenduri kawin aja....

    ReplyDelete
  2. Qhaifa Nur - oh kenduri kawin...best ye..ni klu teringin kena masak sendiri je..tp klu org masakkan mmg sedap kan;)

    ReplyDelete
  3. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete