Tanabata (七夕, tanabata, meaning "Evening of the seventh") is a Japanese star festival, derived from the Chinese star festival, Qi Xi (七夕 "The Night of Sevens").
Tanabata is a Japanese tradition wherein people write their wishes on tanzaku papers (colorful, small strips of papers) and hang them on bamboo branches. People also decorate bamboo branches with various kinds of paper decorations and place them outside their houses. The most common tanabata decorations are colorful streamers. Streamers are said to symbolize the weaving of threads. Other tanabata decorations are toami (casting net), which means good luck for fishing and farming and kinchaku (hand bag), which means wealth.
Hari Sabtu lepas, kami pergi Tanabata Matsuri di Shonan Hiratsuka. Sebenarnya takde rancangan pun nak gi maner, sempena ada tanabata festival ni, saje je gi la jalan2. Ada bagitau family2 dari yokohama dai pasal tanabata ni, so family kak maaz dan kak ita dari Yokohama Dai ada join sekali. Kami pernah pergi tanabata ni 2 tahun lepas.
Tanabata festival yang terkenal adalah di Sendai. Ayah aina dulu duduk Sendai, ayah aina cerita kat sana lagi besar dan meriah. Pukul 9 pg, kami bertolak dari rumah dan seperti biasa park kereta kat Conan Home Centre. Ambil densha kat Hoshikawa Eki, Sotetsu Line ke Yokohama Eki. Kemudian tukar JR Tokkaido Line ke Hiratsuka, lebih kurang 6 eki je dari Yokohama eki tu, hanya 570yen, dalam 30minit dah sampai. Sampai awal gak la, takde la ramai sgt orangye cam 2 thn lepas tu..cuaca pun tkde la panas sgt...
Gorgeous, colorful bamboo decorations will be hung throughout Hiratsuka. At night the decorations are lit up, creating a romantic atmosphere. Approximately 3,000 decorations will be displayed within the city, about 500 of them in the central part of town. At Shonan Star Mall, the main event venue, 90 beautiful decorations will be available to view. Some decorations are as large as 10 meters, and many feature popular sports figures, animals, and characters. A parade will be held every day while the decorations are hung.
Location: Central shopping district in Hiratsuka-City.
Jom layan gambar2 kat sana..



Cumelkan gambar di bawah ini..Ini adalah pisang yang dicelup ngan coklat dan dihias. Antara makanan yang sentiasa ada dijual di mane2 festival kat jepun ni..hihi





Banyak abik gambar, tapi tak larat la nak upload.huhu..Pastu, kami singgah kat Rinko Park untuk solat, makan sat, dan rehat2 tepi laut. Dari Yokohama eki, tukar Negishi Line ke Sakuragichou Eki, then jalan kaki la ke Rinko Park tu. Dlu pernah lepak2 kat sini gak selepas ayah aina solat jumaat.hihi..Pas solat asar, kami balik ke yokohama eki naik dari Minato Mirae eki, Minato Mirae Line pulak.
Kemudian kami join main badminton, balik dah 9++ malam. Penatt oo. tak larat rase ye..hahahaha.. Balik2, mandi, sambil layan movie masak spageti je utk dinner..hahahaha..tak larat dah..Dan lepak2 sat, pkui 12+ titonn..
Minggu lepas, khamis adalah penutup puasa gantiku tahun lepas..alhamdulilla selesai pun hutang 21 hari itu..teringat pulak aina lahir bulan ramadhan tahun lepas, 11 ramadhan 1429/ 11 september 2008. Cam tagedi 11 september lak..hahahaha..kami bertunang dlu pun 11 september 2005.. huhu..Induce pagi 11 sept, alhamdulilla ptg 6.34ptg, aina shafeeyah selamat dilahirkan. Sehari sebelum tu dah tak puasa dah sebab dah turun tanda pagi tu (hahaha..tp tk gi hospital pun time tu), siap gi pasar ramadhan, request nak mkn ABC lagi...adoii nasib la ayah aina layann je..hihi..
Puasa ganti tahun ni agak mencabar sikit bebanding posa 25+ hari kot time mngandung aina. hihi..banyakkan..hahaha..yelah time tu operation dlu time first puasa 2007, tu jenuh la mengganti..tp alhamdulilla seronot je posa time pregnant tu. yeahh, tahun ni tak sabar pulak nak tunggu bulan posa, yang bestye akan bersama ayah aina dan aina...yeahh..sonot..sebabnye sian ayah aina kena tinggal kat sini 2 kali bulan puasa, sbb ibu aina kat msia...tp puasa thn ni time summer..panas la kan..tkpela, akan kudayakan jua..
So penutup posa gantiku menu simple je, sup ayam, daging dinding, kuih cakoi dan tauhu sumbat..sayur tk sempatla nk masak, tak larat dah...tahu sumbat pun sayur, tp ayah aina tak mkn la pulak tahu nih, ibu aina je perabih sorg...aina tumpang mkn tauhu tu sikit..kuih cakoi dr skyblue@myR..dulu first time makan kt jepun ni kat rumah kak hani, time tu kak yani dtg masak nasi dagang kat sana..sodapp oo tokey myR masak..hihi..tu yang teringat, duk buat kuih cakoii tu..Tauhu sumbat lak dari kak hana aka makyung..simple dan sodappp..thank you akak2 sekalian yek..halal ye resepi..

Ahad hari gi kedai murah depan hardoff kat kamoi tu, mmg murah betui la brg2 kat situ walaupun kecik je..so beli la brg2 dapur ni, minyak masak, tepung2, sayur2, semua agak murah dari slalu kami beli ...jumpa ikan besar ni..murahh je lak tu, tp tak tau la ikan ape, cam ikan siakap je..ahahah..maafla kami tak kenai ikan ape...so selalu tgk seekor pun dah sen yen lebih kan...ni baru je 398yen, besar lak tu..hahahaha..ayah aina kate kalau nak ambik la sekor, murah dari slalu..lagi pun salalu asyik makan ikan yang sama je...tak byk pilihan ikan kat sini...rindu pulak nk makan ikan2 kat msia tu, ikan darat yang manis tu..hihi..semua ikan ibu aina makan kot, kecuali ikan mentah..hahahahaha..nama je duduk jpn kan, tp mmg tak makan mentah2 tu..hihi..So semalam, pikir2 nak masak ape, masak la ikan 3 rase gitu..hahahaha..licinn abis makann..ayah aina siap bertambah lagi, slalu ikan2 ni kureng sikit, tp ni laju je pulak..hihihi..yum yumm..hihi..tapi nanti kalau tkde kereta, susah la nk gi kedai murah tu kan..hihi tkpe2, ayah aina kan ade scooter, die je la pergi ..hihi..gambar tak cun, sebab tak sabar nak makan..tu pun dah kena cubit sikit..hahahaha..tp ayah aina kate ambik la gmbar dlu...adoii...lapar2 snap pun takde mood...hihi
semalam ayah aina balik awai gak..so gi tukar gate aina tu kejap, settle awai2 semua..takut weeknd ni ade hal lain ke...alamak aian dah bangun..papaii
Emm weekend kami tak gi maner2 pun...Hari sabtu tu pas subuh pkui 4pg tu ibu aina dah tak leh tido.panas sgt, so bangun jelah kan buat roti, lipat kain, basuh kain, sidai baju...hihi..pastu bile semua org bangun, ibu aina ni cam laluk dah ngantuk..yelah tido 3 jam gitu je, sbb mlm tu tido pkui 1 pg dah..hihi..pastu kemas2, siap2, pas sarapan semua ayah aina ajak kuar gi cari cover kipas tu kat daiso je..nk duduk dalam umah pun buat ape kan..panas je..
pas gi daiso, gi kedai kereta ayah aina...biasala ayah aina buat lintas langsung sikit. kami? hahahaha. aina tido so ibu aina yg mmg dah laluk ni nak gak la tido, tp sbb aircond keta on je kan, so bahaya la pulak rase, risau takleh tido..ibu aina mmg gitu, risau sikit mmg susah nk tido, nnti bukan2 leh pikir..hihi
Pastu singgah keiyu tgk keta..Kemungkinan ayah aina nk jual kereta, tapi tak tau lg la.. aina tido, so terpaksa lepak dalam keta je..lama sgt..adoii..lotihhh je lak mnunggu je dalam keta ni.. since dah merancang nak balik msia for good nih, maner la tau jadi balik tahun depan ke..adoi macam2 kena pikir..Kalau jadi balik msia pulak, nak la gak keta okay sikit, tapi ape2 pun tengok kewangan cukup ke tak kan...so ape pun ukur baju badan sendiri lah kan..biar la hidup sederhana, janji hati mahu happy..so skrg tgh gawat2 ni, OT kena cut semua, mmg kena berjimat cermat..balik msia, nak kena cari rumah pulak..hihi
Hari ahad lak, kami gi beli brg2 dapur, gi hard off..jalan2 tgk brg2 2nd hand..tu aje, cari gate murah2 untuk aina ni, tapi beli takde lak pulak screw ye..so kena pulang balik semalam..ihih
Hari Jumaat lepas, dah siap bekal masak bekal untuk ayah aina gi keje, tiba2, kate tak nak gi keje..adoiii biar betui..akhir2 ni ayah aina mmg tension sikit keje. (yeker, dlu pun asyik tension gak )biasala keje kat sini. Takpela, mane tau ade rezeki, leh balik msia je kan tahun depan..
So seblum gi solat jumaat sempat la buat tepung pelita ni. Ini buat kali ke2, yeah menjadi pun..baru la puas hati...yum yum..suka sgt kuih ni....suka gak sbb dah jd. dlu firts time buat cairrr je..hihi.. tk masak lama sampai likat rupa ye..so dapt bawe kuih ni gi majlis bacaan yasin umah adninpuza..
resepi copy dr myR la..thank you kak yani...
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas ) - 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula - tambah lebih sikit bagi rase manis..hihi
- 5 cawan air
- 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
- 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
- 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
- sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
- Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
- Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
- Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
- Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
- Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
- Sejukkan
sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/80

Minggu ni malas je nk update gambar2 makanan, buat2 tak abik gambar, klu ade abik pun , tak sempat nak update.Minggu ni teringin la nk mkn kek, tgk2 ade lemon lebih kat esbok tu, pe lg try la menggulung lemon roll cake ni ...hahahaha..tak luluss..tak menggulung sungguh pun kek daku, ape ntah lg loyang daku yang agak cumel itu..hihi.. tkpela, nanti try lg la yek..hahaha..tapi abih gak la ibu aina ni mkn, yelah ayah aina bukan minat sangat kek2 nih, sekadar mknn je..hihi..nnti lain kali leh try lg menggulung ..hihi
Bahan-bahan ( 30x30 cm ) - 3 biji telur- asingkan kuning dan putih
- 70g gula halus
- 1 biji kulit lemon- parut
- 55g tepung gandum
- 1 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar minyak masak
- Krim:
- 100g mascarpone/ cream cheese
- 20g gula halus
- 1 sudu besar jus lemon
- 100ml fresh cream/whipping cream
Cara-cara - Alaskan dulang oven dengan baking paper. Asingkan putih dan kuning telur. Naikkan suhu oven ke 180C.
- Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil dipukul. Lepas tu pukul sehingga kelihatan bertanduk atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh.
- Masukkan pula ke dalam no. 2 tadi, telur kuning sebiji demi sebiji sambil dipukul.
- Lepas tu masukkan kulit limau, tepung yg telah diayak, jus lemon dan juga minyak masak. Kacau dengan spatula.
- Tuangkan ke dalam dulang oven. Ratakan adunan. Kemudian bakar selama 12-13 minit.
- Bila dah siap dibakar, keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Utk krimnya. Pukul semua bahan-bahan sehingga jadi bentuk krim.
- Bila kek dan sejuk. Letakkan krim dan ratakan di atas kek. Kemudian gulung.
- Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong.
- TIP: Kalau nak dapatkan hasil yg cantik, panaskan dulu mata pisau sebelum potong kek.
sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/1586
" Aina nak pakai tudung ibu leh tak ibu? " kehkehkeh..
Taraaa ape lagi, main2 ngan aina hari ni, sempat la gak snap gambar si aina ni pakai tudung. Nilah tudung ibu aina gi sidai baju, gi buka pintu posmen sampai, gi lambai ayah aina gi keje..opss, dukung aina lampai ayah aina gi keje dari balkoni tu (ibu aina pun lambai gak la kan..hihi) dalam erti kata lain, tudung kat umah jelah apabila kuar kejap2 tu. So ikut senang ibu aina jelah nk letak mane2, atas sofa la, sangkut sana sini. nnti aina ni suka la buat main..hihi..Taraa ni la aina shafeeyah pakai tudung..hihi..susah sungguh nk ambil gambar die pakai tudung ni, tknak duduk diam2 lak..huhu
Aina pun sekarang dah pandai tepuk tangan..hihi suka2..klu tgk tv tu, mane citer2 atau iklan yg die suka tu mesti tepuk2 tangan. Lambai je tak pandai lg, baru angkat tangan gitu je klu kate bye bye ayah...hihi
Semalam gi lalaport pas ayah aina balik keje, ape lg gi cr drypers si aina ni la.. Duk belek2 berus gigi untuk aina gak..adoi sorry la aina yek, lambat la ibu aina ajar aina gosok gigi. Gigi aina yang dah 4 batang tu, 2 atas dan 2 bawah, so kena la cepat2 ajar gosok gigi kan..hihihi..walaupun ida ade ajar dlu, kuar je gigi dah kena gosok gigi dah..hahaha..so belila sebatang berus gigi, mula nk beli jenis kain tu cam ida dan kak ita bgtau, tp ayah aina kate aina dah besar la, belikan berus gigi terus..hahahaha..belila sbatang berus gigi untuk aina warna pink..hihi..ibu aina jelah yang lebih ye nak pink..kehkehkeh..
so mlm td, sempat la ajar aina gosok gigi..awai2 tu mmg la taknak buka. Then ibu aina pun gosok gigi sama2, berus gigi ibu aina la kan, buat demo kat die..aina gelak2 terus buka mulut nak tiru gosok gigi sama.. yeah..senang pun...pg td mandi pun, " aina, gosok gigi, gigi maner?" alhamdulilla, terus nganga buka mulut..hihihi..okla takdela susah sgt seperti yang dipikirkan oleh ibu aina ni..hihi..
Ok tak mak cu? balik msia makcu nk tgk gigi ainakan?...hihi..alahai family2 seremban semua bercuti jalan2 ke terengganu, kelantan. Tido umah pakboy dan makgi kat paka, ganu tu..hihi..best ye.rugi takdekan..hihi..okla, nanti story lagi, aina dah bangun...bye byee
