Saturday, June 27, 2009

Lemon Roll Cake

Minggu ni malas je nk update gambar2 makanan, buat2 tak abik gambar, klu ade abik pun , tak sempat nak update.Minggu ni teringin la nk mkn kek, tgk2 ade lemon lebih kat esbok tu, pe lg try la menggulung lemon roll cake ni ...hahahaha..tak luluss..tak menggulung sungguh pun kek daku, ape ntah lg loyang daku yang agak cumel itu..hihi.. tkpela, nanti try lg la yek..hahaha..tapi abih gak la ibu aina ni mkn, yelah ayah aina bukan minat sangat kek2 nih, sekadar mknn je..hihi..nnti lain kali leh try lg menggulung ..hihi Bahan-bahan ( 30x30 cm )
  • 3 biji telur- asingkan kuning dan putih
  • 70g gula halus
  • 1 biji kulit lemon- parut
  • 55g tepung gandum
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Krim:
  • 100g mascarpone/ cream cheese
  • 20g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 100ml fresh cream/whipping cream
Cara-cara
  1. Alaskan dulang oven dengan baking paper. Asingkan putih dan kuning telur. Naikkan suhu oven ke 180C.
  2. Pukul telur putih sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit sambil dipukul. Lepas tu pukul sehingga kelihatan bertanduk atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tu tak jatuh.
  3. Masukkan pula ke dalam no. 2 tadi, telur kuning sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  4. Lepas tu masukkan kulit limau, tepung yg telah diayak, jus lemon dan juga minyak masak. Kacau dengan spatula.
  5. Tuangkan ke dalam dulang oven. Ratakan adunan. Kemudian bakar selama 12-13 minit.
  6. Bila dah siap dibakar, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  7. Utk krimnya. Pukul semua bahan-bahan sehingga jadi bentuk krim.
  8. Bila kek dan sejuk. Letakkan krim dan ratakan di atas kek. Kemudian gulung.
  9. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong.
  10. TIP: Kalau nak dapatkan hasil yg cantik, panaskan dulu mata pisau sebelum potong kek.
sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/1586

4 comments:

  1. sedapnyeeee nyam3...rajin betol la aisha ni..

    ReplyDelete
  2. teringin nk mlm la dilla, tu yg try buat tu, tp tk menjadi lak..hihi

    ReplyDelete