Wednesday, June 03, 2009

Cheesacake

Semalam gi dating ngan kak ida dan kak nurul. Kak nurul baru sampai dari msia. Ni terakhir la kot jumpa kak nurul dan alif kat Jepun ni, pasni kite jumpa kat msia jelah yek akak..insyaAllah
Kak ida nak bawak anak2 die jalan2 ke Zoorasia sebab smlm free je, ajak kak nurul..then oleh kerana zoorasia tu dekat je ngan umah kami ni, depa angkut la kami sekali...hihi..arigatou...
So ibu aina sempat bakar cheesecake kak yani ni aje malam tu, yelah tak rancang nk join sekalikan..lagi pun cake kena baut time ramai2 je..hihii..ni pun snap mlm td, tggl 3 slice je....hihi.

Cocoa Cookie

Bahan-bahan ( 18cm )

70g tepung gandum
10g cocoa powder
40g gula halus
50g butter/shortening
10-20ml fresh milk/air - adjust kekerasannya

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan dari atas ke bawah ke dalam beg plastik. Ramas-ramas biar semuanya bercampur.
  2. Canaikan biar setebal 5mm
  3. Letak di atas oven plate. Kemudian buka beg plastik. Tarik keluar plastik bahagian bawah dengan perlahan. Kalau doh melekat boleh letak sekejap dalam peti ais.
  4. Buat jalur-jalur seperti dalam gambar supaya senang nak ambik
  5. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12minit. Keluarkan dan sejukkan.
  6. Bila dah sejuk tu, masukkan ke dalam loyang. Tekan biar patah-patah/hancur dengan belakang gelas.

baked cheesecake
Bahan-bahan ( 18cm )
250g cream cheese
200g sour cream/plain yogurt
30g butter
*40g gula halus
*20g susu pekat manis
*20g madu
2 biji telur kuning
1 biji telur
100ml fresh cream
50ml fresh milk
25g corn starch
1/2 biji lemon jus
1/2 biji kulit lemon
10 titik vanila oil


Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
  2. Letak cookies padat-padat ke dalam loyang.
  3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream.
  4. Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
  5. Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
  6. Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
  7. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
  8. Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  9. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete