Monday, May 25, 2009

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimahsebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.

" Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apayang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kalidan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.

"Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a.w.ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.

"Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengansenyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Yong Tau fu

Lama tak update blog. Tak update makanan. Penyakit malas sedang menular. Minggu lepas asyik tiru ape org masak je. Jalan umah ros, nampak roti kentang..terus buat. Jalan umah ida, nampak roti pandan, pun terus buat. Gomen ros, mak cik tak mbik gambar lakk..hihi..Jalan2 umah kak ita nampak yong tau fu, per lg..terus gak teringin nak mkn..tapi jumaat tak sempat beli bahan2 ye, sabtu pas balik berjalan bru gi shopping brg2 dapur. .Yumm...sedapp..sampaikan esok pg ahad tu cam teringin je lagi nk makan..Thanks minami133. Gambar gegarr lak..huhu
Bahan-bahan ( 5-6 orang ) - kami 2 org je pulun..hihi
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan - tak letak pung sebab tak makan..hihi.
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto - pun den tak lotak


Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
    setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  2. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  3. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  5. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Rose @ minatomierookakoen

Hari Sabtu lepas pas pergi Klinik Pakar Kulit, kami gi Nishimatsuya, Sakuragichou. Sebelah Nishimatsuya tu Pc Depot. Semua orang dikehendaki cuci tangan sebelum masuk. Sabun dan tissue semua disediakan. Semua ni gara-gara H1N1 yang semakin menular. Semua pekerja di kedai tersebut diwajibkan memakai mask. Kami tidak lama disitu, hanye niat nk singgah utk solat zohor shj. Sekarang terpaksa elakkan diri daripada berada di tempat yang ramai org dan tertutup. Moga dijauhkan dari virus berbahaya itu..amin
Kemudian kami menuju ke Rose Garden di Minatomieruooka Koen. Hari yang panas ini...fuhhh berpeluh2 kami, dah la kena naik tangga yang tinggi itu.kehkehkeh..jom layan gambar2 kami dan ros yang hampir layu kot... ;D

Aina-chan yang suka sangat berjalan2. Permandangan dari atas bukit itu..
Senyuman manis dari Aina-chan untuk semua family tersayang di Malaysia...mmuahhh
Aina-chan bersama ibunye yang kepenatan..hihi
Alahai anak ayah sorang nih...
Aina-chan dan ibunya lagi yang semakin tembammm...huhu
Okay jom kite layann bunga rose pulakk..






"Ayah, aina dah ngantukk ni, panass pulak..pls takmoh la gambar lg.."hihi
"Penatla ayah, nak duduk dalam stroller la..sian kat ibu lama dukung aina.."hihi
Amboii masam ye die, takmoh senyum dah, tapi still leh pandang camera..kehkehkeh..


Aina pun pandang camera gak ye. hihi
"takleh tido la ayah, panasla.."
Citizen Watch..




Jom balik...hhihi..Masuk keta je aina pun lena. Pastu singgah Pasaraya Maruetsu beli brg2 dapur..Yeah, beli brg2 untuk buat yong tau fu untuk dinner, borong ikan dll. Tak lupa ice cream..yum yum...lama sungguh tak mkn ice cream nih..hihi..arigatouu ayah aina..

Tuesday, May 19, 2009

Tau Fu Fa Ekspress

hihi tau fu fa ni buat semalam petang. Bangun2 tido terus je buat..ibu aina skrg tido skrg sbb mkn ubat tu ngantukk je..bila la gatai2 ni nk baikk ni..risau pulak. Opss balik pasal tau fu fa da..ahad hr tu gi Lalaport, nampak tau ni terus je teringin tau fu fa..thank you ros..copy paste sini yek.
Dlu ade tgk mama aiman buat, tp tk teringin pulak nk mkn kat sini..skrg teringin punya pasal, buat la 3 petak tu..hahaha. abis 2 petak ibu aina sorg mkn.. cakap kat ayah aina nk buat tau fu fa..ayah aina kate iskk mesti tak sedap, tak sama ngan msia,abg tak nakla...cett..belum buat dah taknak..ape daa...pastu smlm ayah aina call nk balik, cakap la tau fu fa dah nak abis, tinggal sikit je untuk abg..takpela, abg taknak la mesti tak sedapp.. Ayah aina mmg tk mkn tahu, tp klu tau fu fa kat msia tu die mkn la..

jeng jeng jeng..balik2 hidangkan la...rase la sikit. ibu aina cakapla,klu taknak jgn risau, ade je org yg akan abiskan..kehkehkeh..rase la sikit hujung sudu...hahahaha..senyum lebarrr...terus tarik semangkuk mkn...hirupp sampaii abis tu..hahahaha..'ni je ke utk abg ker?' hahahaha...golakk besarr den..kate tknak..tkpe2 nnti kite beli lg tahu dan buat lagi yek...gomen ne ibu aina mkn bykk, ingat ade org tu taknak la kan, sbb awai2 dh kate tak sedapp..hahaha

2 paket kecil taufu
3 sudu besar gula melaka
2 sudu besar gula perang ( ikut lah tahap kemanisan masing2 leh kurangkan kuantiti gula tu.)
1 helai daun pandan
2 cawan air

Cara2

  1. Mula-mula cincang halus gula melaka ( ni klu guna gula melaka) klu guna kuro sato masukkan je dlm periuk.
  2. Kemudian masukkan air, gula melaka,gula daun pandan.biarkan air mendidih, selepas itu potong toufu pada 4 bahagian atau klu nak lebih kecil lagi potong 6, masukkan dalam air gula yang mendidih.
  3. Biarkan taufu tadi direbus dalam air gula lebih kurang 10 hingga 15 minit, tutup api dan sejukkan, bila dah sejuk masukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan

Sunday, May 17, 2009

Fuji-Shibasakura

Hari Sabtu semalam, pagi2 dah bangun dah sebab nak berjalan punya pasalkan. Nasib baik bekal2 semua dah siap smlm, tugasan saya adalah menyediakan sarapan, maka buat la roti sosej mini dan banana yogurt muffin resepi dari Kyani tu..yummy..sedap..
Pkui 630 pg kami dah mula bertolak. Janji jumpa kak ida kat Ashigara SA. Cuaca hari tu agak mendung. Bila dah sampai kat kat kawasan Fuji-Shibasakura tu, hujan dah turun rintik2..maka,tak nampak la fuji-san. Tapi best besar sgt kawasan tu, bunga shibasakura tu cantikk je, first time kami tengok bunga ni. Jom layan permandangan kat sana.


Walaupun hujan, tetap ramai org datang..nasib baik hujan tak lebat..dan sejukk la sangat kat kawasan tu, dalam 10 darjah celcius..kami pakai baju spring je..hohohoho..hihi





Kemudian kami gi Fugaka - Fukestu Lava Cave..gua lama..so sejuk sangat masuk dalam tu. Suhu dalam 0 darjah tu. Nasib baik aina ade topi dalam keta. pakaikan la..sejukk je tangan die. Tak lama pun kat situ, beberapa minit je dalam gua tu..hihi
Then, ayah aina telah memenangi cabutan bertuah dan menerima bekalan sotong kering setiap bulan..huhu. suka la tu..tersengih lebarrr..huhu
Ni ais dalam gua tu

Amboii gembira ye anak dara ibu ayah sorg ni..hihi
Tu gigi 2 batang si aina chomeyy nih...
Oleh sebab hujan sikit, tak dapat la nak berkelah makan bual2.. So kami picnic kat blueberry shop area kawaguchi ko...nasib baik owner kedai tu okay je..sbb tak ramai org pung, tu yang leh makan kat situ..Pas solat, kami bertolak balik, depa gi shopping kat Gotemba Outlet. Kami skrg berjimat cermat, ayah aina melancar kan skim simpan wang..huhu..so byk perlu dibekukan..kehkehkeh
p/s : ayah aina tak memenangi ape2 cabutan bertuah. Tu hanya sotong kering bernilai 360yen shj. Ayah punya sorg...ibu aina berpantang..huhu

Banana Yogurt Muffin


Bahan-bahan ( 8 biji )
1 biji pisang
50g yogurt
120g tepung
50g gula
50g mentega
30cc fresh cream
1 biji telur
5g baking powder


Cara-cara
  1. Naikkan suhu oven ke 180C
  2. Lenyekkan pisang
  3. Pukul gula dan mentega sehingga kembang
  4. Masukkan telur, pukul lagi
  5. Masukkan yogurt dan fresh cream
  6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan
  7. Kacau tepung sehingga sebati
  8. Masukkan ke dalam cup muffin
  9. Bakar selama 25minit
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/22

Roti Sosej Mini


Bahan-bahan ( 16 biji )
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
susu segar utk sapu di roti

1 sudu kecil shortening

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
  2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
  4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
  5. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/923

Friday, May 15, 2009

Allegic tahap kronik..

Ibu aina allegic tahap kronik. Wua. Bermula dari isnin malam dah mula kuar bintik2 merah di kaki dan tangan. Ingatkan nyamuk gigiit ke atau nk kena campak ker, tp pelikla sebab kenapa banyak pulak kena gigit nyamuk dan gatal sgt tapi tak demam ape2 klu campak ker...

Kemudian makin hari makin teruk. Semalam kata kat ayah aina tak tahan dah ni gatal sangat, dan bintik2 merah, bengkak, gatal tahap kronik sangat2. Ya ALLAH tak tau nak gambarkan gatal yang macam maner. Dan la semua dah bengkak2, bintik2 merah..memang menakutkan, ingatkan daku kena penyakit kulit ape nih...

Maka pagi tadi ayah aina terpaksa gi keje lewat sbb kena gi klinik dulu. Nasib baik klinik dekatla sangat, jalan kaki je tak sampai 5 minit. Doktor kate allergic, maybe sbb makanan. Dah agak dah, sebab tak demam langsungkan...wahhh ibu aina siap kena 1 shot injection dr doktor.wuaa...sebab dah allergic tahap kronik gitu, kena inject masuk ubat terus. Ada ubat minum tapi nanti lambat tindak balas ye.Antara ubat yang dapat , pil makan ade 4 jenis dan ubat sapu.
Wua..isnin hari tu makan pizza udang. Selasa paprik udang..Dah agak dah, ibu aina memamg allergic seafood kecuali ikanla..Paling alahan pada BELACAN, UDANG KERING, UDANG..dlll

Ingat lagi dlu pas SPM time matrik mula alahan teruk. Masa tu tiba2 ade resdung semua, mkn je belacan ke udang ke mesti gatal hidung, gatal mata, sakit kepala, kuar jerawat besar2 dan gatal2 la sangat2. Bile gi jumpa doktor, doktor kate satu je jgn sentuh makanan tu lagi. So sejak itu, takde la sentuh langsung belacan dan seafood ni terutama udang la..

Sejak kawin makin la sikit2 tapi tahan jelah kesan2 kegatalan yang akan belaku. Masa mengandung Aina best puas makan seafood, tapi langsung takde alahan pun.haha. Maka sekarang gatai la main makann je semua..nahh padan muka hang...sekarang mengaru sana sini..Nasib baik allergic biasa walaupun dah kronik satu badan, tapi tetap bersyukur bukan penyakit kulit ape2 ke. Sedih dah baper hari ni, ingatkan naper la daku ni, burukk dah kaki tangan ...alhamdulilla. Ayah aina pesan JAGA MAKAN, JAGA DIRI TUE...baikkk, daku menurut kata...huhu

Thursday, May 14, 2009

Aina daa

Aina Shafeeyah dah 8 bulan dah isnin lalu. Tak sempat nak letak entry. Aina dah makin aktif tau. Nak mainn je.hihi. Sikit panjat, sikit panjat nk berdiri tapi kaki bukan ye kuat sgt pun. Nanti tergolek jatuh. Aina leh berdiri, dan dah mula meniti2 berjalan kat tempat die dapat berdiri tu tapi lum leh duduk. Risau sgt perkembangan tak normal ke ngan budak2 lain. Cam kate kak hani n jannah, biasa kan die duduk gak. Nanti perkembangan die tak normal ngan budak2 lain. Risau gak.

So skrg hari2 mmg dudukkan aina kat kerusi anpaman.kerusi ni beli utk mandi aina, tapi aina taknak la pulak mandi dalam tu. Maka, ibu aina buat aina duduk jelah kat ruang tamu nih masa tgk tv NHK tu dan time mkn..suka la pulak die duduk dlm tu..hihi..

amboii buat muka 1yen..hahahaha..muka manjaa la tu..
amboii gumbira ye...tgh tgk youtube lagu ABC kat tv tu...gigi dah naik 2 batang...sedapp ooo kena gigit..huhuhu
Aik awat muka terkejutt..hihi..tu la kerusi anpaman tu..hihi
hahaha..dalam katil, nangis la minta di keluarkan..duduk kejap, ibu nk solatt..hihi..
tlgg ibuuu, aina nk kuarr.angkat la aina...hihi
suka sembur bunyii yeeeezzz yezzz...slalu la ibu aina n ayah aina sambungg jd yaazzzaa...hahaha..mesti aina gelak pastu..
yeahhh senyumm duluu...hihihi..
Ni la gaya aina tido skrg..ni gambar minggu lepas kot bru baik demam tu..sedap die je nk tido gitu..
Ni pulak gmbar aina demam hr tu. nasib baik la demam ye beberapa hari je.tp baik demam, aina batuk ngan selsema pulak..demam nk batuk selsema la kot.yelah skrg ni kejap panas, kejap hujan...time demam ni nasib baik ayah aina cuti tu, leh la ayah aina dodoi yek tido tu..
Dua mlm ni, aina asyik tido lewat je. Main2 je dlu smpai penat, pastu rengek2, ibu kepit bru nk tido. ayah aina kate bising je. sian ayah aina tak cukup tido. Pastu bgn pg punya la awai. Siang lak tido kejap2 je. bangun2 je tido, terus berpusing myarap, merangkak dan mulala memanjat ape2 nk berdiiri..alahai aina2 macam2...