Tuesday, May 19, 2009

Tau Fu Fa Ekspress

hihi tau fu fa ni buat semalam petang. Bangun2 tido terus je buat..ibu aina skrg tido skrg sbb mkn ubat tu ngantukk je..bila la gatai2 ni nk baikk ni..risau pulak. Opss balik pasal tau fu fa da..ahad hr tu gi Lalaport, nampak tau ni terus je teringin tau fu fa..thank you ros..copy paste sini yek.
Dlu ade tgk mama aiman buat, tp tk teringin pulak nk mkn kat sini..skrg teringin punya pasal, buat la 3 petak tu..hahaha. abis 2 petak ibu aina sorg mkn.. cakap kat ayah aina nk buat tau fu fa..ayah aina kate iskk mesti tak sedap, tak sama ngan msia,abg tak nakla...cett..belum buat dah taknak..ape daa...pastu smlm ayah aina call nk balik, cakap la tau fu fa dah nak abis, tinggal sikit je untuk abg..takpela, abg taknak la mesti tak sedapp.. Ayah aina mmg tk mkn tahu, tp klu tau fu fa kat msia tu die mkn la..

jeng jeng jeng..balik2 hidangkan la...rase la sikit. ibu aina cakapla,klu taknak jgn risau, ade je org yg akan abiskan..kehkehkeh..rase la sikit hujung sudu...hahahaha..senyum lebarrr...terus tarik semangkuk mkn...hirupp sampaii abis tu..hahahaha..'ni je ke utk abg ker?' hahahaha...golakk besarr den..kate tknak..tkpe2 nnti kite beli lg tahu dan buat lagi yek...gomen ne ibu aina mkn bykk, ingat ade org tu taknak la kan, sbb awai2 dh kate tak sedapp..hahaha

2 paket kecil taufu
3 sudu besar gula melaka
2 sudu besar gula perang ( ikut lah tahap kemanisan masing2 leh kurangkan kuantiti gula tu.)
1 helai daun pandan
2 cawan air

Cara2

  1. Mula-mula cincang halus gula melaka ( ni klu guna gula melaka) klu guna kuro sato masukkan je dlm periuk.
  2. Kemudian masukkan air, gula melaka,gula daun pandan.biarkan air mendidih, selepas itu potong toufu pada 4 bahagian atau klu nak lebih kecil lagi potong 6, masukkan dalam air gula yang mendidih.
  3. Biarkan taufu tadi direbus dalam air gula lebih kurang 10 hingga 15 minit, tutup api dan sejukkan, bila dah sejuk masukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan

3 comments:

  1. tau fu tu beli dah siap ke? sebab tu namanya ekspress ye?

    ReplyDelete
  2. HATI-HATI BOB DAN AISHA BAWA AINA BERJALAN ATAU KETEMPAT AWAM SEBAB H1N1 SEKARANG INI. TOKYO DAH ADA KES TERSEBUT. AINA NAMPAK RIANG.MASIH DUA GIGI MACAM DRACULA KE. DIA IKUT AYAH DAN IBU NYA MASA KECIL-KECIL DAHULU.

    ReplyDelete
  3. > yana. yup beli dah siapp je..hihi
    > mummy. sekarang mmmg berhati2 mummty. elakkan gi tempat ramaii org.aina mmg suka berjalan2 skrg..yup gigi masih 2 batang.hihi

    ReplyDelete