Sunday, May 17, 2009

Roti Sosej Mini


Bahan-bahan ( 16 biji )
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
susu segar utk sapu di roti

1 sudu kecil shortening

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
  2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
  4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
  5. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.

Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/923

No comments:

Post a Comment