Thursday, April 30, 2009
Aina's first tooth
Aina dah tumbuh gigi, tapi yang pelik ye ibu ye aje yang kena gigit. Tangan ibu la, bahu la, lutut la, lenganla.. tp klu ayah aina umpan jari kat aina pun die taknak gigit..naper yek? hahahaha..
Alhamdulilla aina masih susu badan. Cuma aina ni makan tu makan la, tapi takdela banyak maner, tapi kalau myusu tu mmg byk la..hihi..sbelum dan slepas makan pun mesti nk susu gak. Ape ntah lagi klu nak tido tu, confirm cari ibuu..huhuu..
Rinko Park
hari ni, pas zuhur gi beli sayur2 sikit, pastu gi Yoshikata, kozukue eki, yokokama line. Konon ye nak buat appointment for routine check up ngan O&G nih. Tapi die kate tak perlu, leh datang je esok atau lusa, sbb hr ni depa tak buka. So esok jelah check up.
So pastu berkira2 nk gi maner? jom kite gi nishi matsuya cari baju aina. Sian aina baju jalan takde. So sebelum sampai ke nishi matsuya kat Minato Mirae, kami singgah kat Rinko koen nih..saje2 bawe aina jalan. Kecik je koen nih, tapi okay la, jalan2, cuci mata..hihi
ramai pakcik2 tua tido siap bukak baju tu..hihihi...cam ala mat saleh lak yek.
Sekejap pun kat koen nih. pas tu gi shopping baju aina kat Nishi Matsuya. Situ kan leh dapat murah2 sikit banding kat tempat lain. Dapatla aina 2 pasang baju baru, 2 seluar, dan topi..yeah yeah..Setiap satu semua ye tak sampai pun 1000yen..hihi..suka2.
Monday, April 27, 2009
Hujung minggu kami
sarapan cek mek molek dan kuih keria..golap la terlebih goreng..huhu. Dari jumaat malam tu hujan lebat sangat. Sabtu pun satu hari hujan lebat. Sudah tentu ramai yang hanya duduk di rumah sahaja. Tapi tidak kami. Ayah aina ada program bersama2 rakan2 Panasonic, kumpulan sama training awal2 masuk kerja Panasonic di Osaka dahulu. Maka,rancangan perjumpaan susah lama dibuat, ramai kawan2 ye turun dari Kansai untuk join aktiviti di Kantoi ni, tapi apakan daya cuaca tak mengizinkan.
Program tu 2 hari, tidur di hotel pnginapan panasonic kat Shonan, tapi ayah aina hanya join aktiviti sahaja. Sabtu tu hujan, dah serba salah nak join. Tapi depa call..hihi.memang serba salah, dalam hujan2 yang lebat itu, kami kuar rumah gak menuju ke Kamakura selepas solat Zuhur. Pada awalnya, kami berdua hanya duduk dalam kereta sahaja, yelahkan hujan lebat sangat, sian aina. Ayah aina je kuar gi jumpa rakan2 die tu.
Kemudian, depa datang kat kereta ajak minum lepak2 kat kedai crepes. Semua aktiviti batal sebab hujan memang lebat. Berpayungan bersama aina duduk la lepak2 bual2 kat kedai crepes di Kamakura tu. Tak ramai pun join, mungkin sebab hujan lebat, dalam 10 orang je kot. Cuaca memang sejuk sangat weekend nih, nasib baik aina dah ready baju tebal sikit. Ayah aina je yang bawe isteri dan anak2. Lain semua single. ada yang dah kawin pun datang sorg2. Gitu la ayah aina, klu weeknd mmg akan angkut kami bawe gi. Dlu pernah ade seminar kejaya kat TOkyo University pun, ibu aina ikut sama gak. Yelah akan nak kena tinggalkan, dah la weekdays kat umah je...( tipuu kuar gak la gi kedai..huhu) ..pernah ada training keje kat osaka pun ayah aina bawe ibu, tapi tgglkan kat kyoto. Samala dulu awai2 sampai jpn pun sebelum sampai Yokohama, ibu aina kena tinggal kat kyoto gak sbb ayah aina training keje kat Osaka, lama gak dekat 2 bulan kat sana.
Dah lewat petang dalam pkui 5, kami minta pulang dahulu, yelah aina pun dah mula buat hal, laparr la tu dan ngantuk. Pas sessi bergambar kami pun beredar di dalam hujan.hihi. Pakai payungla. Berhenti di PAsaraya Sosetsu Rosen dekat2 situ, solat asar sat. Kemudian terus balik. Kami makan bekal dalam kereta je Kuih keria, cek mek molek sarapan pagi tu, roti keledek, nasi impit dan kuah kacang. Yelah semalam buat soto ayam, rebuh nasi lebih sekali dan masak kuah kacang.. Sampai rumah pun hujan lagi.Mandi2, solat magbrib, masak mee goreng je. Malam ni kami tido lambat dalam 1 lebih kot. AYah aina layan bola Selangor lawan Kelate..hahahaha. ibu layan cerekarama kat Tv3 je. streaming tu, dapat lak mlm nih..tkde keje, bukan leh tengok sangat pun, sebab main bersama aina.
Ahad
Dalam pkui9 pagi kami bertolak ke Shonan. Ade festival tepi pantai tu, tp orang punya la ramai. Ade flea market, ade main skateboard, ade main futsal pantai, ade gak cam concert kot.hihihi. Memang sangat la ramai dan tak best ye angin sangat kuat sampaikan pasir memang naik ke muka la. Sian aina, tapi apakan daya.hihihi...
Then, acara akhir lunch. Hihihi.. Depa tanye ayah aina nk lunch kat ner, sebab area situ semue ye penuh ramai orang. Ayah aina ajak makan roti nan kat maner lg kalau bukan Mr Max, Fujisawa. Last makan situ ramai2 thn lepas ngan idanuar, ayindin, idaherman,imakuchai, shielaazam. Masa tu pregnant aina ni duk teringin nak mkn roti nan..haha..Tapi makan ngan orang2 jepun tak best, kami pun bukan ye pandai sangat nak bual ape kan..kami makan jelah..hiuhihihi. Habis2, bual2, bersurai..hihihi. Hantar depa kat Fujisawa eki.
Then kami terus balik, singgah Sonandai beli ayam dll dan kat kedai Thai tu beli serai dll. Nak singgah umah idanuar, tapi kami tak larat penatt sangat, lagi pun dah petangkan. Takpela golden week nih kami jumpa ye mama aiman.
Friday, April 24, 2009
Sweet Potato Bread
Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )
135 ml air ais
3/4 cmt garam - guna 4 g ( 1 sudu kecil BM)
30 gm mentega atau marjerin
1/2 biji telur (dipukul sebentar)
60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang) - guna ubi keledek
300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
3/4 cmb susu tepung - guna 8 gram (1 sudu besar BM)
50 gram gula
2 cmt yis segera - guna 4 gram ( 1 sudu kecil BM)
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
- Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
- Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
- Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
- Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
- Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
- Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
- Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).
p/s : Guna BreadMaker, BM je. Maka, semua bahan masuk dalam BM dan tekan untuk doh dan On. Siap dan ikut dari langkah 3.
Custard Cream @ Honey MyR
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
Cara-cara
- Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
- Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
- Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
- Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
Thursday, April 23, 2009
ooo Aina dah berdiri..dudukk lum lg
Ni gambar siang td bersama ibu la.. letak bantal la klu die dah panjat tepi sofa tu. Tapi selalu peluk je la dari belakang. Tapi aina lum leh duduk lagi, tu yang tak sangka die dah leh berdiri tu.hihihi. hari ini pun penat, abis bdn ibu ni nak di panjat ye..Risau sungguh.mmg takleh tinggal. Time solat tu sumbat dalam katil mama aiman bagi tu. Nasib baik ade katil tu, so senang la sikit ibu dan ayah dan solatkan. Tapi jaga2 gak..Aina baik2 tau..ibu nak solat kejapp je..main dalm ni tau..so alhamdulilla. Tapi memang tak leh lama la. Kalau nak mengaji tu, mula la si Aina ni bangun meniti kat katil tu..isk isk kowaii..terus angkat letak bawah sama2 ngaji. Ni gambar aina berdiri hari nih..hihihi..
Hari2 jom main bersama2 aina. Isk jangan tgk tv dekat2 la aina. Nanti mata tu rosak. Tak moh la pakai spek cam ibu ngan ayah yek..gambar bawah ni aina tgh tgk tv
Roti Manis
- Ibu aina asyik lapar je, so mesti sentiasa kena ada makanan untuk di makan.
- Roti leh buat sarapan esok pagi ye tu.
- Roti gak ayah aina leh bawe bekal untuk minum petang kat pejabat.
Maka, terpaksa la sentiasa ada roti kat umah nih. Paling teruk pun ayah aina kate on je BM tu, pagi esok siap sebuku roti. Tu memang tahap malas gaban..hhihii..sejak ade aina nih, roti nih memang cepat je habis, sbb ibu aina ni sentiasa kelaparan.hihihi. Kalau dlu, sebuku roti tu pun abik masa nak abis. Sekarang, ibu aina leh makan Roti itu cam iklan tu..sungguh enak di makan begitu sahaja..hahaha..dah makan nasi pun nak makan roti lagi..hihihi...so ayah aina kate buat la roti lain2 gak. nak cipta roti sendiri, aduhai den tak pandai la..so tiru la resipi dr kak yani@ MyR..hihihi..opss tak bagi laporan lagi, ampunn nnti cikgu Ros kate tak aci..hihi insyaALLAh nanti bg laporan yek..hihihi..sedapp roti ni..buat smlm tapi dah tggl seketul je..huhuhu..
Bahan-bahan ( 10 biji )**Roti**
250g tepung roti
150g air
25g telur
7g susu tepung
30g gula
3g garam
30g butter
3g dry yeast
*****************************
** Topping **
65g tepung gandum
40g gula halus
40g butter
50g telur
15g susu
sedikit esen vanila
Cara - cara :
- Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker.
- Cara buat topping: Pukul butter dan gula sehingga putih. Masukkan telur pukul lagi sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen vanila-kacau . Masukkan pula tepung-kalau lagi. Kemudian rehatkan lebih kurang 30 minit
- Keluarkan roti dari breadmaker. Bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan 10 minit.
Ambik sebiji roti, leperkan di atas tapak tangan. Ketemukan semua hujung, buat bentuk bulat. Buat sampai habis. Penaikkan sehingga 2 kali ganda. - Masukkan topping ke dalam peper aising. Pipe kan ke atas roti seperti dalam gambar. Rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/186
- Bakar dengan suhu 200C selama 8 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Bakar lagi selama 4 minit.
Sunday, April 19, 2009
Meron Pan
Tapi letak dalm blog, snap gambar roti dari sudut yang agak comeyy sikit..hahahaha..So first time la rase roti nih..sedap2..suka2..hihihi..pasni leh buat lagi..hihi.
Bahan-bahan ( 10 biji )
ROTI
125ml air
30g telur
250g tepung roti
25g gula
12g susu tepung
4g garam
25g butter
4g dry yeast
COOKIE
150g tepung gandum
45g gula halus
4g baking powder
30g butter
50ml telur
20g chocolate chips
Cara-cara
- Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
- Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
- Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
- Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
- Satu bahagian letaklah chocolate chips.
- Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
- Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
- Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.
Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. - Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
- Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
- Canaikan cookie
- Letakkan cookie ke atas roti
- Celupkan bahagian cookie ke dalam gula
- Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
- Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
- Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C
Mozzarella Cheese Bread
Resipi ini dari Myresipi gak. Klik di sini
Bahan-bahan ( 8 biji )
*200g tepung roti
*30g butter
*1 1/3 sk dry yeast
*20g gula
*60ml susu
*1 biji telur
*1 biji telur kuning
*1/2 sk garam
Mozzarella cheese
telur untuk sapu
Cara-cara
1)Masukkan semua yang bertanda * ke dalam breadmaker.
2)Bila dah siap bahagikan kepada 8 bahagian. Rehat 10 minit.
3)Potong dadu cheese. Saiznya ikut suka... kalau suka cheese banyak... potong besar sket.
4)Ambik sebiji roti tadi. Leperkan di atas tapak tangan. Kemudian masuklah cheese yang dipotong tadi. Buat bulat dan tutup rapat.
5)Penaikkan 2 kali ganda ataupun 20-30 minit pada suhu 30C
6)Gunting 2 bahagian atas.. jangan terputus. Sapukan telur
7)Bakar pada suhu 180C selama 10 minit
Wednesday, April 15, 2009
Aina oo Aina
Minggu lepas, pas solat tinggalkan kejap dalm katil sebab ibu aina nak gi tandas, tapi si aina ni nangis2, jerit2..fuhh yaring tau suara die..Kemudian ibu aina lari gi ambik camera dan snap gambar die. Mula2 nangis2. pastu perasan kite snap gambar die, leh la terus senyum2 tu..isk isk isk. sedangkan sbelum tu nangis siap menjurai2 air mata.Itu la Aina Shafeeyah kami.hahaha. ok start nangis gambar bawah ni..
eh eh eh,..ade camera la..kena control cun...kehkehkeh
ok smileeeeeeeee..hahahaha.
Kan die tipu je. Pastu okay je tak nangis sebab ibu ada sebelah main ngan die.hihi
Ni pulak gambar sabtu lalu. (7bulan)..suka sangat la si kecik ni ngan camera. Saper suruh dr kecik ajar depan camera kan..hihihi. Saper jelah pegang camera depan die, mesti nk tengok camera.hahahaha.
Monday, April 13, 2009
Kasai Rinkai Koen
Friday, April 10, 2009
Nugget Ayam
500 g isi ayam } dicincang dan dikisar
1/4 cawan breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
breadcrumbs secukupnya utk 'coating' (leh gak klu saper nk try serbuk cornflakes)
tepung gandum ( tambahan)
(1-2 biji telur }dipukul sedikit
- ayam kisar dan breadcrumbs tu aisha agak2 ikut berapa banyak nak buat.
Cara membuat ;
1. Campurkan ayam bersama breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
2. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
4. Ambil satu adunan, balikkan dalam tepung gandum. (langkah ini, aisha tambah)
5. Kemudian celup ke dlm telur dan lepas itu digolek kedlm breadcrumbs.
Di sini aisha hanya menggunakan breadcrumbs warna putih.
6. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.
7. Sedia dimakan bersama sos.
p/s : Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal. Yang ini Jeni gunakan breadcrumb warna kuning/oren. ( langkah ini aisha tak buat)
Kemudian, leh la frozen. Klu ayah aina minta nugget lg, leh goreng je.kehkehkeh
Thursday, April 09, 2009
Sakura yang berguguran jatuh ke bumi...
Sejak ade aina chan ni, rajin je nenek2 nih tegur. Tapi tegur aina chan la..hahahaha...aina chan nih pun peramah, bukan boleh ditegur sikit, mulala gelak2..tepuk2 pemegang stroller tu, hentak2 kaki2..hahahaha, ape lagi makin suka la nenek2 nih..hihi...Jom layan sakura2 yang gugur. Stroller aina chan pun byk kelopak2 sakura jatuh...haii, sakura nih nk tunggu kembang nih punyala bercinta kan..then kembang ye seminggu je, pastu gugur. So kena timing baikk punya saper yang nak datang melawat nak tengok sakura in full bloom...
Roti Naan
4 ½ cawan tepung gandum
1 paket (11 gm) yis kering
2 sudu teh gula
1 cawan air suam
1 biji telur, dipukul
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar mentega cair/ minyak zaiton (saya guna minyak Zaiton)
4 sudu besar tairu (yoghurt)
Cara-caranya
1. Campurkan yis, air suam dan gula dan ketepikan selama 5 minit.
2. Masukkan tepung gandum, garam, baking powder, tairu, mentega cair/
minyak zaiton, telur mangkuk besar. Masukkan bancuhan yis tadi dan uli
sehingga ia lembut dan licin.
3. Biarkan sekejap 15minit dan leperkan bentuk bulat dan potong 8 bahagian
untuk dapatkan saiz Roti Naan yang sama.
3. Perap adunan naan sehingga ia naik dua kali ganda.
4. Canai di atas papan canai
5. Bakar diatas kuali leper menggunakan api yang kecil sehingga kedua-dua
belah masak. Angkat dan hidangkan.
- tepung tu saya agak2 je..mula2 buat dalm 4cawan je, pastu uli2, tambah
sikit klu lembik, uli la adunan sehingga lembut dan licin.
- prefer non stick pan
- untuk nan cheese, canai 1 bahagian, letak cheese dan tindihkan 1 lagi bahagian roti ( untuk resipi ini, 1 adunan saya bahagikan 2 bhgn untuk naan cheese)
p/s : cara2 ini saya ubah sedikit. Ini adalah untuk rujukan saya sendiri pada masa akan datang.
( susah dan malas nak uli, saya guna resipi BreadMaker tu aje..kehkehkeh)