Thursday, May 14, 2009

Butter Roll

Hari2 mesti ade roti. Untuk ibu aina makan time lapar dan untuk sarapan esok pg.Emm isnin hr tu pizza, kelmarin france bread, smlm buat Butter Roll ni, kak yani buat bulatt je comey, aisha buat hahaha kurusss je.

Cam biasa, kalut2 buat roti, masak cepat2, aina jaga lak time tu, dan ayah aina balik keje awai la pkui 5 smlm, sempat la mkn roti ni, pastu terus kuar cari kotak gitar sampai ke conan nun sana tp tkde la pulak...kotak gitar sbb nk letak gitar la, dah jual pung..dari tak guna baikk jualkan. Lagi pun ayah aina dah masuk angka 30 nih die kate bukan zaman die lagi nak main gitar..hahaha
Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
*******************
telur untuk sapu


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
  2. Keluarkan dari breadmaker. Bahgiakan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
  3. Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon
  4. Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
  6. Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/201

2 comments:

  1. bestnye abg shaheer balik awal, joe asyik balik kul 8 jek.. geram sungguh..

    ReplyDelete
  2. sabar2..hihi dh tkde ot la murni.kenala balik awai.stiap rabu mmg pkui 5 dh kena balik. hari lain tu, tgk la tp sblm pkui 7 tu dah balik la skrg nih..

    ReplyDelete