Wednesday, June 03, 2009

Biskut koko rangup

Lamakan daku menyepi diri...huhuhu..tkpela, kite cerita kisah jumaat lepasla..jumaat lepas ayah aina cuti, cam biasa leh la pergi solat jumaat kt pejabat petronas, minato mirae.
Pas tu kami gi Rumah kak ita sbb ade bacaan yasin, kebetulan kak ita ade buat sambutan birthday fateh 1 year. Dah lama kak ita ajak datang , cuma bru ni berkesempatan dapat join kebetulan ayah aina cuti. insyaALLAH kalau ayah aina cuti bila2 jumaat nanti kami datang lagi yek. Terima kasih akak..
So sempat daku membuat biskut koko rangup dari kak yani nih. Buat 4 adunan...alhamdulilla menjadi..thank you kak yani.

Balik sampai umah dalam 12 ++ tp alhamdulilla best dapat join aktivti gitu dan dapat jumpa ramai2.
Sabtu lak pg tak ke mana pun, petang join kak ita lagi dan adik YNU ni main badminton dan pingpong. best2..hihi..dapat la beriadah..

Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )

50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam


Cara-cara
  1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
  2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk.
  3. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
  4. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
  5. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

2 comments: