Thursday, June 18, 2009

Donut

Petang tadi sempat gak la minum petang ngan resepi donut kak yani ni...slalu mmg guna resepi ni aje buat donut...thank you kak yani..pasni kena try resepi lain la pulak kan..dah lama sungguh tak buat donut. tu yang duk teringin nak makan..abis dikerjakan oleh ibu aina ptg td..yumm yum..copy past sini je dr myR..tp guna BM je..mudahkan..tu pun td membentuk donut ngan bantuan aina shafeeyah..biasala, kecik2 dah cibukk dan kacau, besar nnti jgn malas masuk dapur, udah ler..hahahaha..okla nk tido dah..good nite..

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 200g tepung roti
  • 20g gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • 140ml susu segar
  • 20g butter
  • minyak masak untuk menggoreng
  • sugar powder
Cara2
  1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
  2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit
  3. Masukkan pula butter
  4. Kacau sehingga sekata
  5. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
  6. Uli sehingga tak melekat ditangan
  7. Buatkan bentuk bulat
  8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
  9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
  10. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
  11. Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
  12. Uli biar jadi bentuk panjang
  13. Kemudian pulaskan.
  14. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
  15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/208

2 comments:

  1. huhu teringin sgt nak makan .. dah lama akak x buat .. rinduuuuuuuuu

    ReplyDelete
  2. buat2 akak, jgn tk buat..hihi

    ReplyDelete