Thursday, March 25, 2010

Kanazawa Zoo @ Kanazawa Shizen Koen

Kanazawa Zoo ada buat anniversary festival, so cuti weekend 3 hari weekend lepas tu tu entrance fee tu free je. Sabtu lepas tak kemana tu, duk cibuk konon ye nak ke kedai untuk baiki kereta yang dilanggar cenonet tu, tp tak jd, sbb weeknd kan nak guna kereta.
Hari Ahad lak, ade jemputan birthday party zayyan, thank you murni & joe jemput kami. Kami gi ngan idanuar je. Thanks to idanuar dtg ambil kami. Seronot la kan duk bual2 jumpa kekawan.
Hari isnin tu, pagi pkui730 dah kuar gi Kanazawa Zoo ni. Mula2 tu malasla nak pergi sbb tak prepare ape2 pun. Pas subuh, sempat goreng keledek utk sarapan..Dalam perjalanan singgah beli 3 ketul onigiri. Planning mmg nk gi awal pg sbb nak balik awal. Sampai2 sampai kat gate tol nak ke Kanazawa Zoo pun tak buka lg, hihihi, tu pun mmmg dah ade org jepun beratur duk menunggu. Tak lama pun duk tunggu. Tapi mmg berbaloi la dtg awal, masuk awal, dan dpt balik awal. Masa balik tu, tgk punya ramai duk beratur nak masuk parking zoo tu , cuaca pun cerah dan free pulak, mmg ramai la umat manusia ye.
Sementara tunggu gate zoo tu buka, duk layan bergambar kat nanohana ni. Konon datang siap pakai mask, tp tak cun la nak bergambar..so cabut je simpan..hihi..alhamdulilla ok sikit hidungku minggu ini.;)
Nonahana ni depa tu tanam kat liring bukit. So cam susah sikit nak ambil gambar.hihi.
Bunga apa ntah ni layan jelah yek.hihi
Aina asyik nak lepas je berlari2. yelah budak dah kuat berlari maner nak duduk diam. Masuk je gate Kanazawa Zoo tu dapat survenior 3 ketul pin button. Ayah aina kate klu dpt magnet ke keychain ke ok gak.haha. org dah nak bg, abik jelah..;p
Masuk2 je gate, ade laluan terowong dan kiri kanan ade kartun2 nih. Aina suka jelah tgk.
Chak aina naik bas ngan ibu nih..;p
Pastu mula la perjalanan melawat haiwan2 kat zoo ni. Aina mmg taknak la dah duduk dalam stroller..lari sana sini, tunjuk haiwan tu tunjuk haiwan ni..ponat sunnguh kejar die je sana sini. mulut pun bising je..ape yang di cakap, ntah la bukan ye kami paham pung..kihkih. duk sibuk nak pegang anak2 jpn la, mainan anak2 jpn la...alahai aina ooo aina. Pujuk masuk stroller taknak, takpela ikut jela si kenit tu. Then bile tiba jalan yang berbukti, tercungap2 duk jalan..hahaha..
"Aina duduk la dalam stroller ye" ..terus tepuk2 stroller minta duduk, kemudian duk jerit airr air..hahaha..tau pun penat..Kemudian rehat makan keledek sementara ayah aina duk menembang sana sini.
Dalam byk2 gambar aina, nak gelak tgk mata aina time nih..hahaha..Ntah berapa kali aina duk turun dr stroller, ayah aina kate tak reti duduk diam dalam stroller. haha. "Biarla ayah aina, aina nak bebas, takpela ibu aina jg je..ayah gi jelah menembak haiwan2 tu..;p"
Ntah berapa kali duk berhenti rehat, sbb berbukit2 la Zoo ni..ponat den..hihi. Ni last berhenti, kami makan onigiri je..hihi
Ni pulak haiwan2 yang sempat di'tembak' oleh ayah aina. Layan jelah yek. Bila kat rumah aina tgk gambar2 haiwan ni, punya la bising mulut die duk tunjuk2 jerit2..kenai la kot haiwan2 tu..hahaha
Salah satu permandangan yang di ambil. Tinggikan kawasan nih..tu jenuh kakiku..
Kemudian, pukul 12 tu kami gerak balik. Aina dan ibu aina pengsan dalam kereta..hihi. Sampai rumah, solat zuhur, dan sambung tido balik..hihi..bangun2 baru terasa lapar..makan, dan kejut aina, sbb dah tido lama sgt..hihi.solat asar, kemudian kuar gi beli brg2 dapur dan singgah hardoff..;)

2 comments:

  1. bestnye jln..awal ye pegi..kitorg pukul 9pg baru bgn tido hahahaha.....berbukit2 ye..nasib i tak pegi..kalau tak..aduhai..dhle jln mcm penguin skrg..hehe

    ReplyDelete
  2. ida - hahaha ida..tulah nasib awak tk gi. berbukit2..ponat sgt..gi awai sbb nk balik awai.hihi..tkpe2..2 bulan je lg tu..hihi

    ReplyDelete